Sunnah Tutup Pintu Dan Tingkap Ketika Waktu Maghrib | Assalamualaikum semua. Topik hariini Lie nak kongsi tentang pesanan yang selalu kita dengar dari generasi yang lebih tua dari kita. Salah satu pesanan ialah " tutup pintu dan tingkap bila hampir maghrib takut hantu sorok" Mesti korang pernah dengar kan? Liez dan keluarga pernah melalui saat-saat cemas pada tahun 1997/98 bila dua adik lelaki Liez tidak pulang ke rumah bila menjelang waktu mahgrib.
Pengalaman Cemas Adik Hilang di Waktu Maghrib
Pada waktu itu, kami sekeluarga menetap di Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Pada hari kejadian, dua adik Liez bermain di lubang tepi jalan waktu pembinaan lebuhraya Darul Aman. Bila hampir maghrib, ayah Liez menjumpai mereka dan menyuruh balik ke rumah. Waktu Liez dan mak Liez berdiri depan pintu dan nampak mereka berjalan ke arah rumah. Tapi agak pelik sudah waktu maghrib, mereka tak kunjung pulang padahal jarak mereka dengan rumah dalam 200 meter sahaja. Mak yang paling panik dan waktu kami minta tolong jiran-jiran mencari mereka. Merata tempat dikawasan berek polis kami cari sampai Liez dan bff Liez keluar ke rumah kawan-kawan diaorang dengan menaiki basikal tapi hampa. Kawan-kawan pun tak ada jumpa adik-adik Liez.
Dah nak tengah malam akhirnya ada jiran panggilkan seorang ustaz dalam usaha mencari mereka. Pencarian masih buntu hingga ustaz akhirnya membaca ayat-ayat dalam al-quran sepanjang pencarian itu. Akhirnya, mereka dijumpai disebalik busut semut dibelakang komplek latihan polis. Yang peliknya, di awal pencarian banyak kali jiran-jiran yang mencari memeriksa di belakang busut itu. Selepas membawa mereka pulang, akhirnya ustaz memberi tahu mereka mungkin di sorok oleh 'sesuatu'
Berbalik pada perkara diatas, sebenarnya ada hadith-hadith sahih yang patut kita tahu bahawa syaitan berkeliaran pada waktu tersebut. Sememangnya kita tidak digalakkan untuk berada di luar rumah pada waktu senja disebabkan pada waktu syaitan sedang berkeliaran.
Syaitan dari sudut bahasa bermaksud jauh daripada kebenaran. Adapun dari sudut istilah pula bermaksud setiap yang memberontak sama ada daripada kalangan jin atau manusia serta bersifat atau melalui jalan kejahatan.
Sebuah hadith sahih yang menunjukkan petunjuk atau panduan daripada Nabi SAW kepada kita apabila tibanya waktu senja.
Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا
Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” [Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)]
Imam Ibn Abd al-Bar (463 H) berkata bahawa hadith ini menunjukkan perintah (arahan) menutup pintu-pintu pada malam hari (apabila tibanya senja). Itu adalah sunnah yang diperintah akannya sebagai tanda kasih kepada manusia daripada (terkena kecelakaan atau keburukan) syaitan manusia dan jin. [Lihat: al-Istizkar, 363/8]
Imam al-Nawawi (676 H) berkata bahawa hadith ini mempunyai banyak faedah berkaitan kebaikan dan adab yang melibatkan maslahah akhirat dan dunia. Maka, Nabi SAW mengajar adab-adab ini yang merupakan sebab terselamatnya daripada kecelakaan syaitan dan Allah SWT menjadikan sebab-sebab ini agar menjadi penyebab terselamatnya kita daripada kecelakaan atau keburukan syaitan ini.
Maksud menahan anak adalah melarang mereka daripada keluar pada waktu. Ini kerana, dibimbangi anak tersebut terkena kejahatan syaitan itu disebabkan banyaknya mereka (syaitan). [Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 185/13]
Hal ini juga disebut oleh Imam Khatib al-Syarbini (977 H) bahawa sunat menutup pintu ketika masuknya senja. [Lihat: Mughni al-Muhtaj, 139/1] Antara hikmah mengapa dilarang melepaskan budak-budak pada waktu senja adalah disebabkan syaitan berkeliaran pada waktu itu dan pergerakan syaitan lebih aktif berbanding siang hari kerana kegelapan itu akan menambahkankan kekuatan syaitan berbanding waktu yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H). [Lihat: Fath al-Bari, 31/6]
Berkata Ibn Daqiq al-‘Aid (702 H):
فِي الْأَمْرِ بِإِغْلَاقِ الْأَبْوَابِ مِنَ الْمَصَالِحِ الدِّينِيَّةِ وَالدُّنْيَوِيَّةِ حِرَاسَةُ الْأَنْفُسِ وَالْأَمْوَالِ مِنْ أَهْلِ الْعَبَثِ وَالْفَسَادِ وَلَا سِيَّمَا الشَّيَاطِينُ
Maksudnya: “Pada perintah agar ditutup pintu-pintu adalah melibatkan maslahah agama dan dunia yang mana dengan itu akan memelihara diri dan harta daripada orang yang sia-sia dan merosakkan terutamanya syaitan-syaitan.” [Lihat: Fath al-Bari, 87/11]Apa yang Liez faham dari pandangan para ulama'?
Kita disunatkan untuk menutup atau tingkapapabila tiba waktu senja seperti yang selalu dipesan oleh orang tua. Memang benarsyaitan-syaitanberkeliaranpadawaktu tersebut juga dibimbangi manusia akan terkena kecelakaan atau kejahatan berpunca dari syaitan yang sahih sifatnya suka menyesat dan menyakitkan manusia.
Semoga serba sedikit info ini dapat menbantu kita dan memelihara kita dan keluarga kita dari syaitan terkutuk dan meminta ALLAH SWT sentiasa memelihara diri dan keluarga dari perkara yang tidak baik.
7 Comments
SA pun ada pengalaman adik sepupu hilang time2 maghrib, masa tu umur dia 2 tahun, di hilang sebaik sahaja melambai mak dia dan masa tu dia bermain kat garaj rumah..sekejap je mak dia berpaling arah lain terus anak dia hilang..jumpa keesokkan harinya dalam tong air belakang surau, mulut penuh dengan bulu burung atau ayam..scary...
ReplyDeleteMemang betul la kan pesanan orang tua tua,balik rumah sebelum maghrib. tutup tingkap angkat kain semua, tp wktu skrg kdg susah sebab kdg kdg balik kerja pun dh lmbt.
ReplyDeletepernah jugak main aci sembunyi dengan adik dan sepupu. Masa maghrib tu adik hilang padahal dah banyak kali cari dekat tempat dia sembunyi. Habis maghrib baru jumpa dia nangis2
ReplyDeleteKadang-kadang pesanan orang tua ni memang kena dengar juga. Scary jugak cerita adik liez hilang tu.. Errmmm.... Sama-sama lah ambil.iktibar
ReplyDeleteingat dulu waktu kecil mmg mak larang keluar rumah dan kalau main kat laman rumah pun dah kena masuk rumah sebelum senja..memang scary kan
ReplyDeletengerinya.. patutlah mak akak dulu terjerit2 panggil balik sebelum maghrib. kalau lambat kena sebat haha
ReplyDeletebetul tu kak liez. orang dulu dulu memang pantang.. kalau waktu maghrib mesti kaki dah jejak ke rumah. jangan ngade nak kat luar. tapi tu lah. budak budak kan. mana nak dengar cakap hahahaha.
ReplyDelete