Mata Qaseh Kena Cakar Dengan Niyaz | kejadian berlaku malam sebelum sekolah bermula. Kebetulan malam tu, Liez agak moody dan masuk tidur dalam bilik lebih awal. Tinggalkan anak-anak dengan baba diaorang. Biarkan diaorang bermain.
Dengar la dua beradik tu bergurau senda. Tapi tak lama lepas tu dengar Qaseh menjerit dan menangis. Kelam kabut Liez keluar dan menjerit. Risaukan apa yang berlaku. Rupanya si adik cekau mata kakak. Mengamuk la Liez. Jenis dua beradik ni tak boleh duduk dekat,ada je yang nak main. Ada je nak bergaduh, menjerit, melompat bagai.
Keesokkan pagi, Liez siapkan kakak ke sekolah dan nampak mata kakak ada kesan merah. Allahuakbar, rupanya Niyaz cekau kena mata putih kakak semalam.
![]() |
Mata Qaseh Kena Cakar Dengan Niyaz |
Mahu tak ketahuan la Liez tengok mata aseh macam tu. Mak mana yang suka kan? Tapi Liea suruh juga Qaseh ke sekolah dan plan ke klinik lepas Qaseh habis sekolah. Masa jemput Qaseh, cikgu ada bertanya tentang matanya. Risau katanya. Memang pun, Liez seharian dekat rumah dah tak senang duduk ingatkan mata Qaseh.
Terus Liez drive ke Klinik Norliza di Melawati, antara klinik favourite Liez sekeluarga selain klinik Dr Nadir di Wangsa Maju. Sampai di sana, hanya ada Dr Norliza. Jadi dia dah kenal sangat dengan Liez so terus Liez dipanggil masuk ke bilik rawatan. Lagi pun tiada pesakit yang menunggu.
![]() |
Mata Qaseh Kena Cakar Dengan Niyaz |
Liez pun ada terbaca tentang tu dan beraga lega sebab risau dengan mata. Pancaindera terpenting tu, jangan buat main-main. Dan alhamdulillah, kesan darah dah hilang sepenuhnya.
Ya Allah.Terkejut tengok.Moga segera pulih mata Qaseh.
ReplyDeleteseriau tgk mata dia macm tu..huhu
ReplyDeleteTeruk juga nampak mata qaseh. Mujurlah takde apa apa. Niyaz oh niyaz entah apa la yang dia geram dengan kakak dia tu. Moga Qaseh cepat sembuh ye
ReplyDeletealhamdulillah takde apa yg serius
ReplyDeleteYa Allah... Terkejut LeYa. Tapi syukur lah takde apa-apa. Budak-budak ni memang tengah seronok bermain dah tak ingat apa dah.. Nak dimarah, masih kecil. Cuma mampu menasihati dan beritahu itu bahaya dan tidak melakukannya lagi.
ReplyDeleteallahuakhbar.. kalo kene jaga anak2 buah nila antara yang ditakutkan. syukur tiada yang serius..
ReplyDeleteAduh, seriau pula tgk mata berdarah. Nasibla tak ada apa-apa. Hope mata Qaseh dah ok ye sekarang.
ReplyDeleteTakut pulak ana tgk. Alhamdulillah nothing serious. Sekarang dah ok ke?
ReplyDelete