Tiap kali buat 3, 4 biji timun boleh habis dalam sehari atau sekali hadap je. Memang sedap dan kena dengan tekak kami. Dah tak perlu nak masak sayur sebab ini dah cukup sedap.
Resepi Kimchi ni memang mudah sangat, even boleh je nak guna cili flakes biasa. Tapi tak korea la kan hehehe. Liez akan top up beli serbuk cili atau Kochukoru dengan Ommason. Orang muslim yang mengeluarkan produk makanan korea dan yang penting HALAL.

Resepi Kimchi Timun
2 biji timun (cuci, rendam dalam air garam semalaman)
2 ulas bawang putih (cincang/kisar halus)
3 sudu besar serbuk cili Kochukoru
1 sudu sos ikan
1 sudu minyak bijan
garam dan gula
2 ulas bawang putih (cincang/kisar halus)
3 sudu besar serbuk cili Kochukoru
1 sudu sos ikan
1 sudu minyak bijan
garam dan gula
Bawang holland (hiris) - optional
Daun bawang - optional
Cara penyediaan:
1. Selepas dibasuh selepas direndam semalam, potong ikut selera. Boleh hiris atau potong jejari.
2. Kemudian satukan semua bahan-bahan dan gaul hingga sebati.
3. Simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge selama 30 minit.
4. Sedia untuk dimakan.
Nota:
- Ada banyak version buat kimchi ni tapi ini bagi Liez dah memadai.
- Boleh tengok video kimchi timun Liez di TikTok Liez
3 Comments
Terima kasih atas perkongsian, anak ai cukup suka dengan kimchi. Baru2 ni dia ada cuba, bolehlah percubaan pertama dia, ni nak cuba resepi yang ini pulak.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesedapnyaaa
ReplyDelete