Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Untuk Lazada

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada | Domino’s Pizza baru-baru ini menganjurkan parti hari jadi sempena ulang tahun ke-7 Lazada! Untuk memperingati hari yang penuh istimewa ini, kanak-kanak dari Rumah Perlindungan al Nasuha, bloggers dan juga peminat setia dijemput untuk menyertai sambutan ulangtahun ini.

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Untuk Lazada
Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Untuk Lazada
Suasana riang ria menceriakan sambutan apabila kanak-kanak dan tetamu jemputan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Lazada, dan seterusnya menikmati kek hari jadi yang lazat serta pelbagai sajian makanan yang disediakan oleh Domino’s Pizza. Tetamu disajikan berbagai-bagai hidangan sampingan termasuk tawaran terbaru Royale Chicken Wings daripada Domino’s Pizza, yang membawakan ayam kuning telur masin dan pencuci mulut seperti Blueberry Cheesecake Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai. Para tetamu jelas teruja apabila Lazzie, mascot Lazada, muncul untuk meluangkan masa pada petang itu bersama kanak-kanak dan tetamu lain.

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Untuk Lazada
Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura,Kami amat teruja untuk merayakan ulang tahun ke-7 Lazada bersama dengan semua tetamu kami pada hari ini. Kami percaya kerjasama kami yang utuh ini membawa nilai dan pengalaman yang amat bermakna bagi para pelanggan kami. Oleh itu, kami benar-benar menghargai sokongan dan kerjasama kami dengan Lazada selama ini. Berpegang teguh kepada janji kami ‘It’s All About You’, kami percaya penghargaan bukan sahaja patut diberikan kepada pelanggan kami, tetapi juga kepada rakan-rakan kerjasama kami yang dihargai atas dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi. Kami harap perkongsian dengan Lazada ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun akan datang!”

Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, “Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Domino’s Pizza kerana menganjurkan parti hari jadi ke-7 Lazada. Dengan transformasi Lazada kepada destinasi gaya hidup setempat, kami ingin menyatukan pelanggan menerusi pengalaman yang lebih menyeronokkan dan boleh dikongsi dengan keluarga dan kawan-kawan, menerusi hiburan, permainan dan sudah tentu piza! Lazada membawakan tawaran eksklusif Domino’s untuk pelanggan kami sambil merayakan parti hari jadi ini, untuk anda!"
Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Untuk Lazada
Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Untuk Lazada
Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Untuk Lazada
Menjamu selera, tetamu jemputan juga berpeluang untuk menyertai permainan dan kuiz yang menyeronokkan, dan memenangi baucar daripada Domino’s Pizza dan Lazada. Kanak-kanak dari Rumah Perlindungan al Nasuha juga menerima beg hadiah yang disediakan khas untuk mereka sebagai tanda penghargaan kerana menghadiri parti hari jadi Lazada.

Sempena ulang tahun ke-7 Lazada, Domino’s Pizza akan menawarkan peluang kepada pelanggan di seluruh Malaysia untuk merayakannya menerusi Set Parti Hari Jadi Lazada, yang meliputi 8 tawaran berharga RM77.70 dan ke atas. Pelanggan boleh jimat RM63.65 apabila mereka membeli set ini yang mengandungi 4 Piza saiz Regular (Biasa), 1 Crazy Chicken Crunchies (Original/Tomyam), 1 roti Breadstix/Cinnastix, 1 Botol Minuman dan 1 Chocolate Lava Cake PERCUMA. Untuk setiap Set Parti Hari Jadi Lazada yang dibeli, pelanggan akan menerima kod baucar daripada Lazada.
Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Untuk Lazada
Untuk merayakan dan mengukuhkan pakatan antara Lazada dan Domino’s Pizza, Lazada juga akan mengagihkan 7,000 kupon diskaun kepada pelanggan setia Domino’s bernilai RM84,000. Di samping itu, Lazada juga akan menawarkan 7 jenis Tawaran Kupon Hari Jadi Domino’s bagi peminat setia Domino’s. Tawaran ini boleh didapati dari 27 Mac 2019 hingga 27 April 2019. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Domino’s Pizza Malaysia menerusi Lazada dan juga promosi lain, sila layari laman http://www.dominos.com.my/ atau https://www.lazada.com.my/

Mengenai Domino’s Pizza
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 236 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.

Post a Comment

2 Comments

  1. happy birthday lazada. dan tahniah buat domino atas penganjuran acara tersebut.

    ReplyDelete