30 Amalan Mudah Kumpul Pahala Sepanjang Bulan Ramadhan

30 Amalan Mudah Kumpul Pahala Sepanjang Bulan Ramadhan | Assalamualaikum. Lebih kurang 4 hari lagi kita akan menyambut bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan. Bulan terbaik di antara bulan-bulan yang dinantikan umat islam untuk beribadah dan mengumpul sebanyak pahala. Bulan Ramadhan, bulan yang dikhususkan oleh ALLAH SWT dengan keistimewa dimana ia adalah bulan penghapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan dalam sedar atau tidak sedar.


Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda : ‘’Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala  dari Allah SWT, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu”. 


Keistimewaan Bulan Ramadhan
1. Turunnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada umat manusia untuk melakukan amal ibadah dan kebaikan. 
2. Bulan penghapus dosa-dosa jika dilakukan dengan keikhlasan dan bersungguh-sunguh. Dibulan ini juga kita dapat mengawal diri dari menlakukan kejahatan dan menghambakan diri beribdatan mencari pahala dari ALLAH SWT
3. Dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka bagi orang yang membanyakkan amal soleh yang disyatriatkan dibulan ini
4. ALLAH SWT menjanjikan pahala berlipat kali ganda dari bulan-bulan lain tidak kira dari ibadah wajib atau sunat.
5. Syaitan-syaitan akan diikat dan tidak akan menyesatkan, menggoda manusia untuk melakukan kejahatan.
6. Bulan yang terdapat malam Lailatul-Qadar (Malam kemuliaan) yang istimewa. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Surah al-Qadr: ayat 1-5)

Banyak keistimewaan yang kita tidak boleh lepaskan bila tibanya bulan Ramadhan Ini. Jom kita tabah pahala dan perbaiki diri untuk beribadat kepada ALLAH SWT

1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yang lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana ALLAH SWT
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebihan maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah, hadirkan Allah di dalam hati,dan berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita..

Post a Comment

4 Comments

  1. Ambil dan gunakan peluang yang ada sebaik-baiknya...moga kita sentiasa dipermudahkan dalam urusan ibadah..aamiin.

    ReplyDelete
  2. waahhhhh, terima kasih atas perkongsian! :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. ramadan kareem liez. selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sihat hendaknya. Amin. sama2 top up yg baik dan discard yg boleh mengurangkan pahala puasa kita.

    ReplyDelete