Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh | sebut pasal membeli barangan dapur ni memang menjadi aktiviti favourite Liez. Ia seakan terapi selepas menghabiskan masa menjaga anak-anak dan mengemas rumah. Apa yang Liez suka shopping barang dapur ialah bila dapat mencari tempat membeli yang lengkap dan yang penting menawarkan harga yang berpatutan selain produk yang segar dan berkualiti. SEGIFRESH adalah salah satu tempat yang korang boleh pergi dan mencari barangan keperluan.


Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh 
Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Segifresh merupakan kedai membeli barang runcit untuk peniaga dan pengguna. Segifresh juga menjadi perintis dalam industri dan menjanjikan baranagn yang dijuala adalah berkualiti dengan harga yang kompetitif, menawarkan pelbagai barangan dan yang lebih penting perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik. Kiranya korang tak perlu ke tempat lain untuk mencari barangan keperluan kerana di Segifresh semuanya ada

Bila tiba bukan ramadhan, Liez dan Dearie akan ambil peluang untuk stock up barangan dapur untuk sebulan. Jadi kami ke Segifresh kerana disana kami boleh dapatkan pelbagai keperluan seperti pelbagai makanan laut, ayam dan daging, sayur-sayuran segar dan juga barangan keperluan lain. Percaya tak yang Liez beli lebih 20 barang dengan harga RM100? Percayalahhhhhhh.....hihihi. Liez pun terkejut juga.


Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Pelbagai barangan dalam tin seperti sardin, buah-buahan dalam tin seperti longan dan laici, susu pekat dan susu cair, jem buah-buahan, tisu muka dan banyak lagi. Semuanya jenama seperti Trader's Choice dan Crown's choice iaitu dibawah Segifresh. 

Bagi yang nak memulakan perniagaan makanan atau mengusahakan perniagaan katering memang Liez sarankan untuk korang dapatkan barang-barangan keperluan di Segifresh. Boleh dikatakan semua barang ada, barang basah dan kering semua tersedia.

Semalam Liez berbuka dengan keluarga mertua dan Liez hanya sempat menyediakan menu ringkas, Golden Chicken bag. Makan panas dan cicah dengan sos cili dari jenama Berkat yang Liez beli di SegiFresh. Terkejut juga sebab sosnya sedap sama seperti jenama terkenal dipasaran.


Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Segifresh juga menerima banyak penghargaan dan anugerah diatas kejayaan mereka dan perkhidmatan mereka. Antara anugerah yang mereka terima:-
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Korang tidak akan rugi jika membeli belah di Segifresh kerana ia menjanjikan kepuasan dan berbaloi dengan wang korang.

Website

Facebook

Instagram