Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata

Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata | Assalamualaikum korang. Mesti korang tahu pasal Gegata kan? Liez tak pernah lagi kena Gegata tetapi baru-baru ini Niyaz disyaki kena Gegata. Uisshhhh kesian tengok dia tergaru-garu kegatalan. Liez taktahu punca kenapadia kena gegata sebab ini kali pertama anak Liez kena.

Apa tu Gegata?
Gegata atau bahasa biasa orang cakap kelopak garam ialah sejenis alahan kulit atau jangkitan. Ia tercetus bila sistem imun dalam badan dirangsang dan mengeluarkan kimia Histamine. Ini la rupanya punca naik gatal-gatal merah tu. 
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Antara punca-punca gegata ni ialah alergik terhadap makanan, bulu haiwan, ubat-ubatan atau debunga. Ada juga disebabkan jenis kain atau boleh juga disebabkan penerimaa darah (blood transfusion). Seorang penghidap Thyroid dan pesakit SLE/ Arthritis juga berisiko kerap terkena gegata.
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Dalam kes Niyaz, Liez tak pasti apa puncanya. Cuma kami suspek mungkin panas dalam badan disebabkan durian. Bab ni boleh jadi jugak sebabnya Niyaz memang hantu durian. Bayangkan dia boleh makan 7 ulas durian. Rasanya banyak kali dia makan durian minggu tu. Even dia habiskan durian Toknek. Uishhh~ parah betul budak ni

Bila nampak badan Niyaz naik gatal Liez terus sapu Mopiko sebab ingatkan kena gigitan nyamuk tapi bila tengok dia menggaru dan naik sekelompok bintik-bintik merah terus Liez google cara nak hilangkan gegata. Sebenarnya, gegata akan hilang sendiri tanpa rawatan. Tapi bila tengok dia asyik tergaru-garu tak berhenti, hati ibu mana boleh tahan tengok. Salah satu cara rawatan hanya dengan menyapukan Calamine. Memang satu badan Niyaz sapu Calamine. Alhamdulillah selepas hari ke 3, Niyaz dah tak menggaru. Lega sangat.
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Asyik Menggaru, Badan Niyaz Penuh Bintik Merah Akibat Gegata
Bagi yang alami gegata dalam jangka masa yang panjang better korang pergi hospital untuk dapatkan rawatan atau buat ujian darah. Bukan apa, kadang-kadang kita tak tahu ada sebab lain punca kepada sesuatu penyakit ni.

Ni antara sebab kenapa Liez tak aktif sangat Media sosial sebab duk fokus je dengan Niyaz. Dia dengan tak selesa dan bising tiap kali sapu Calamine satu badan. Sibuk nak suruh lap.

Nak tahu lebih lagi tentang Gegata >> Gegata - bukan disebabkan ludah jin TAPI.......

Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga cepat sembuh eh..selalu pergi klinik kerajaan akan dapat ubat sapu tu. End up mesti ke klinik swasta yang kulit punya terus elok Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Kesiannya dia...orang dewasa kalau kena pun tak selesa kan..inikan pula anak kecik...

    ReplyDelete
  3. Alahai.. kesiannya dia.. Harap dah okaylah.. Kalau kena benda ini memang miang..

    ReplyDelete