Resepi Perapan Kambing Black Pepper Penuhi Selera Anak-Anak | Alhamdulillah kalau bab makan, anak-anak Liez tidak memilih, semua main bedal makan. Kalau tengok diaorang makan memang kita jadi berselera pulak. Diaorang ni banyak makanan kegemaran dan salah satunya kambing. Teringat masa bulan raya baru-baru ni, memang menu kambing golek je bila menghadiri rumah terbuka. Dan anak-anak Liez paling happy sebab boleh makan banyak.. aishhhhh~anak-anak kan..
Resepi Perapan Kambing Black Pepper Penuhi Selera Anak-Anak |
Resepi Perapan Kambing Black Pepper Penuhi Selera Anak-Anak |
Resepi Perapan Kambing Black Pepper Penuhi Selera Anak-Anak |
4 keping kambing
2 sudu sos tiram
3 sudu sos lada hitam
2 sudu kicap
2 sudu serbuk lada hitam
2 sudu daun rosemary kering
garam dan gula ikut citarasa.
1. Campurkan semua bahan tadi dalam bekas dan gaul hingga sebati.
2. Masukkan kepingan daging kambing dan salutkan satu persatu dengan bahan yang disatukan tadi.
3. Boleh simpan kepingan daging tadi dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
4. Boleh digrill selepas 24 jam.
#TIPS
- lebih lama diperap lebih bagus
- sukatan bahan boleh dilebihkan ikut selera masing-masing
Resepi: Majalah Saji
4 Comments
Pebret kambing.
ReplyDeleteNampak sedap.
My favorite juga ni Mrs. Liez..
ReplyDeleteSedap betul daging kambing panggang black paper / bbq..
aduh liezz... sedapnyaaa.. tp awa ni kambing kurang sikit. kalau tukar pd lembut dan ayam ok kot eh... nnti nk try
ReplyDeleteSuami la kaki perap kambing, Diah tolong makan je hahha
ReplyDelete