Resepi Sup Kimchi Dan Tofu Menu Baru Pikat Selera Anak-Anak |
Siapa tak tahu kimchi kan? Kalau nak tahu ia adalah super food yang bagus untuk tubuh badan kita.Bukan sahaja banyak khasiat tapi boleh menurunkan berat badan. Haaaa~ mana yang nak kurus tu boleh amalkan makan kimchi k !
Nak dapatkan kimchi pun mudah sebab dah ada dijual di pasaraya. Tapi Liez memang beli kimchi halal buatan anak Malaysia Ommason HQ. kebetulan ada agent yang tinggal di kondo tempat Liez tinggal. Memang senang nak dapatkan stock makanan korea. Nak tahu apa lagi makanan yang di jual, korang usha je link tu.
Kimchi bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi tapi macam-macam menu boleh dimasak dengan kimchi. Liez nak share dengan korang satu resepi sup yang menggunakan kimchi sebagai bahan utama. Mudah dan yang penting sedap guys!!!
SUP KIMCHI DENGAN TOFU
Bahan- Bahan
5 sudu besar kimchi (asingkan air kimchi)
1 biji bawang holand (dihiris)
2 keping tofu lembut
300g daging (dihiris)
1 batang leek (dihiris)
1 sudu besar minyak bijan
garam
Optional
serbuk cili
tauhu kering
Cara memasak
1. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang holland hingga lembut.
2. Masukkan kimchi. kacau selama 5 minit dan masukkan air.Biarkan menggelegak.\
3. Masukkan air kimchi dan daging. Biarkan hingga daging masak dan masukkan tofu.
4. Kemudian garam, minyak bijan dan hirisan batang leek.
5. Siap untuk dihidangkan.
TIPS!
* kalau nak pedas boleh tambah serbuk cili atau Gochujang
* selain daging boleh letak ayam ke, sosej ke, udang ke ikut selera masing-masing
* jangan biarkan tofu masak terlalu lama, nanti hancur
12 Comments
Sedapnya. Kakak2 Syaza suka kalau makan maggi tambah dengan kimchi. Ala-ala dalam cerita korea gitu :D
ReplyDeleteyes.. mmg sedap.. terus rasa nak makan lagi la...
DeleteSA suka makan kimchi gak..tapi tak selalu makan...anak dara langsung x suka..hehehe...
ReplyDeleteLiez dah addicted.. makan nasi lemak pun dgn kimchi.. sedap sgt
Deletemenarik resepi yang Liez kongsikan nie..
ReplyDeletesesekali tukar selera asyik makan tomyam je kann
DeleteNampak sedap sangat tu kak liez.. Teringat pulak masa kat Korea husniey cuba buat tomyam kimchi, hehehe.. Hari hari beli kimchi makan dengan nasi..
ReplyDeletekannnn... mcm sedap pulak kimchi tu
DeleteLama x makan kimchi
ReplyDeleteawa try beli yg brand ommason tu.. dia ada mcm2 makanan korea yg mmg sedap..
DeleteNampak sedap pulak sup kimchi kak liez ni. Musim hujan gini memang layan hihi
ReplyDeletebagi kak liez sedap sbb masam pedas mcm tomyam..
Delete