KELEBIHAN LAZY 8 UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK-ANAK | Assalamualaikum korang. Cepat betul dah hari jumaat kan? Cuti lagi 3 hari, minggu lepas 4 hari cuti. Sakan dengan cuti bulan September ni. Anak-anak mesti seronok bila tak payah ke sekolah. Macam Qaseh cukup seronok bila kata cuti lagi hahahah~ tapi dia tak tahu mama dah plan banyak aktiviti untuk dia, bukan asyik main Barbie je. Salah satu aktiviti yang Liez beri pada Qaseh ialah LAZY 8.
LAZY 8 adalah salah satu aktiviti Brain Gym dengan huruf lapan mendatar. Ini antara aktiviti yang membantu mata untuk lebih relax dan membantu meningkatkan koordinasi otak kanan dan kiri. Jika huruf 8 yang dihasilkan besar, ia juga sebenarnya melibatkan pergerakan anggota badan seperti bahu.
KELEBIHAN LAZY 8
- meningkatkan tahap fokus dan konsentrasi
- bantu anak berfikir dengan jelas
- memperbaiki kordinasi mata dan tangan (eye-hand coordination)
- meningkatkan keupayaan pergerakan mata (gerakan mata dan bukan kepala ketika melihat)
- meningkatkan daya ingatan
- meningkatkan kawalan kelajuan dan kelancaran ketika menulis
- mengimbangi emosi
- mengingkatkan kemahiran Cross Laterality (crossing the midline of the body, your belly button, connects the right and left hemisphere)
- membantu mengenalpasti tangan dominasi (kanan atau kiri)
- Lukiskan huruf 8 secara melintang di atas kertas A3 putih atau papan putih secara landskap.
- Letakkan bahagian tengah huruf 8 tadi selari dengan tengah badan.
- Gerakkan pensil/marker dari tengah huruf lapan nak bergerak ke kiri mengikut huruf lapan tadi.
- Bergerak terus ke kanan atas dan kebawah tanpa mengangkat pensil/marker. Teruskan sehingga pergerakkan lancar.
- Lekatkan bahagian bawah kertas agar tidak bergerak.
- Gunakan kertas lebih besar untuk membantu tangan menyebarkan garis tengah lebih jauh.
- Mulakan Lazy 8 sebelum membuat homework kerana ia membantu anak untuk fokus dan tenang.
Kali pertama Qaseh cuba Lazy 8 ni agak perlahan dan dia berhati-hati. Tapi lama kelamaan Qaseh makin selesa dan pergerakkan tangan makin lancar. Aktiviti Lazy 8 ini sebenarnya sangat bagus dan sesuai untuk kanak-kanak penghidap Disleksia, ADD (Attention Deficit Disorder), Dyspraxia dan SPD (Sensory Processing Disorder)
Jom cuba pada anak-anak kita dan lakukan.
Selamat mencuba!!
24 Comments
Menarik jugak ni kak liez. Ada jugak aktiviti untuk anak-anak cuti begini
ReplyDeletemenarik ni liez.
ReplyDeletetq for sharing.
tumpuan tu penting ekk. anak2 kecik ni kekadang penumpuan diorang tu kurang.
sukar nak maintain dia utk buat sesuatu tu lama.
will try this. tq again.
Bagus ni untuk budak2 sekarang ni. Dari main gajet tak habis2. Nmpk simple tapi sbnrnya aktiviti Lazy 8 ni banyak kebaikan untuk kanak-kanak.
ReplyDeletewah..sangat bagus untuk perkembangan minda anak-anak..kena perkenalkan kat anak-anak buah gak ni
ReplyDeleteWah good sharing , ilmu ni .. tq kak boleh cuba di rumah , xpe mula2 slow makin lama makin laju .. first time dengan pasal lazy 8 ni
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ni kak liez. nanti nak apply kat bebudak ni. tapi tulah, bebudak ni susah nak fokus 1 task. ada tak cadangan?
ReplyDeletegreat sharing, interesting to know of this. Kids these day not easy when want to focus on one task.
ReplyDeleteLazy 8..activities utk ank2 bgs ni.. Tkde la dgn gadget je kn . At least bole merangsangkn perkembangan minda ank2..tq for sharing
ReplyDeleteKak liez, qaseh umur berapa sekarang? Rasa macam nak buat jugak untuk aneeq ni tapi tak apa ke buat untuk budak seawal 3 tahun ni. Maksudnya sesuai ke?
ReplyDeleteBaguslah aktiviti macam ni boleh mengasahkan minda kanak-kanak, sebagai parent kena luang masa belajar bersama anak dan bermain bersama... bila mereka dah besar jadi kenangan terindah :)
ReplyDeleteMenarik ni. Ingat nak cuba dekat anak-anak. Tak sangka dengan menulis no 8 ikut step dia memberi banyak impak menarik. Terima kasih atas perkongsian ini ya :-)
ReplyDeleteGood sharing, mesti nak coba gak ngan cucu opah nanti. TApi.. kenapa namanya lazy 8 ya?
ReplyDeletePetua Awet Muda Untuk Opah
Ohh wow I didn't know this. Bagus untuk ibu bapa tahu hal ni dan bantu monitor dan belajar tentang perkembangan anak2 sendiri. Thanks for sharing!
ReplyDeleteTak sangka perkara yang simple macm ni rupanya memberi kesan pada anak2. Bleh try pada ank2 nanti
ReplyDeleteWaaa... boleh cuba kat anak dara saya ni... Thanks berkongsi benda ni
ReplyDeleteYa yang si kecil kenalah selalu bersenam akal untuk menajamkan minda mereka. :) Saya nak suruh anak-anak saya try juga. :)
ReplyDeleteThanks for the great tips, I noticed my 3 years old pun dah lazy, I got to find some solution for this too.
ReplyDeleteAM baru tau pasal Lazy 8 nie.. baguslah.. boleh try pendekatan seperti ini utk anak2 AM.. nak tgk gak sejauh mana focus dan tahap konsentrasi diaorg nie.. terima kasih atas perkongsian bermakna nie..
ReplyDeleteBagus kannn Mrs Liez kalau anak-anak didedahkan dengan kemahiran berfikir begini di peringkat awal lagi..
ReplyDeleteRupa rupanya ini lah nama teknik ni. Lazy 8 atau pun infinity. Sebelum ni cikgu anak ibu pernah rekemen selalu amalkan latihan ni
ReplyDeleteAda juga teknik yang namanya 8 yang malas. Hehe. Nombor lapan baring. Mujur banyak manfaat kepada anak anak ktia
ReplyDeleteNampak biasa saja, tak sangaka begitu banyak kelebihan yang ada pada satu latihan yang sangat mudah ni kan
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteFirst time dengar pasal lazy 8
ReplyDelete