[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta

[Port Makan] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta | Liez adalah seorang yang suka makan semua jenis makanan tak kira makanan lokal atau makanan barat. Nak cari makanan barat yang sedap dan harga berpatutan memang susah sebab kalau makan di restoran mewah memang tak mampu. Tapi Liez dah jumpa satu port makan yang sangat selesa dan yang lebih penting menyajikan makanan itali yang sedap dengan harga berpatutan. 

Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta 
Port makan yang Liez maksudkan ialah Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang nama diberi. Konsep hidangan makanan adalah makanan Itali. Ada beberapa menu yang Liez dah cuba dan menjadi favourite Liez. 
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Sedikit tentang Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang

Dimulakan pada 1 April 2019 oleh pengasas Encik Mohd Effandy. Ia bertemakan masakan Italian yang menjadi passion kepada pengasasnya. Sudah beroperasi kurang dari 6 bulan dan Naughty Italian sudah mempunyai ramai ‘regular customer’ dari kalangan penduduk tempatan dan antarabangsa. Bukan sahaja mementingkan makanan dari segi rasa tetapi mereka juga mementingkan ‘presentation’. 

Sesuai dgn slogan mereka iaitu “Eat with your eyes, taste with your tongue”. Perkataan ‘wow’ adalah perkara biasa bila pelanggan mula mendapat makanan yg mereka pesan. Naughty Italian bukan kedai masakan Italy yang biasa. Penggunaan bahan adalah dari yang bermutu dijamin berkualiti dan dibuat sendiri. Ini supaya pelanggan merasai pengalaman seperti makan di hotel dan restoran besar. Walau dengan kualiti bahan yang baik, harga masih kami letakkan lebih rendah dari yang sepatutnya. Kami nak beri peluang kepada ramai orang untuk merasai makanan Italy yang dimasak secara professional. 

Di Mainroad Jalan Ampang, tiada masalah untuk Naughty Italian menyediakan makanan untuk jumlah pelanggan yang besar, samada untuk sambutan hari jadi dan sebagainya. Korang kena buat tempahan lebih awal untuk mengelakkan kelewatan.


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta

Arrabiata Meatball @ RM 19.50
Pasta jenis Fettuccine di masak dengan sos tomato pedas dan dihidangkan dengan homemade bebola daging yang lembut. Liez suka dengan bebola dagingnya sebab dagingnya lebih lembut.


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Fungi Almond - Basil Pesto @ RM 19.50
Ini yang menjadi igauan Liez. Serius SEDAP babe!! Fettuccine yang di saute dengan 3 jenis cendawan dan menggunakan krim pesto badam - basil yang lazat. Ditabur pula dengan hirisan badam yang ranggup, Marvelous guyss!! 


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Mac & Blue Cheese @ RM 16.50
Bagi peminat cheese memang boleh cuba ni. Macaroni yang diadun dengan cheese~ bukan sebarang cheese tapi Blue cheese. Ada kelainan dari segi rasa dan tekstur. Liez suka juga tetapi tidak seperti yang Liez duga, akan ada lelehan cheese yang boleh ditarik. Itu je yang kurang, tetapi rasa sedap ye~


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Italian Nachos @ RM 14.50
Yeayyyy~ sebagai side dishes memang korang kena cuba Italian Nachos ni. Kepingan Nachos jagung yang dilitupi dengan taburan daging cincang yang di masak dengan Pamodora sauce dan salsa tomato. krup krap krup krap ranggupnya. Kena pula dengan lelehan sos keju yang mewah...


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Sicilian Aglio Olio @ RM 16.50
Liez lebih suka makan pasta yang tidak berkuah jadi Sicilian Aglio Olio boleh masuk dalam list kegemaran Liez. Spaghetti yang dimasak dengan minyak bawang putih dan cili, cendawan liar, daun pasrley segar serta Pangrilala. Tidak lupa, hirisan cili kering ranggup untuk menambah rasa pedas Aglio Olio. Juga menggunakan udang harimau, Mussels dari New Zealand yang segar.


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Shroom & Beef Lasagne @ RM 19.50
Korang boleh cuba ni~ lasagne yang dilapisan dengan daging yang dimasak dengan cendawan dan diselang seli dengan sos bechamel dan tidak lupa taburan cheese yang banyak. melting ye!! 


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Virgin Lamb Brasato @ RM 24.50
Buat peminat daging kambing, korang kena cuba ye. Sos enak dengan taburan daun parsley segar, ditambah daging kambing dan dimasak selama 5 jam untuk memberikan tekstur yang empuk dan lembut. diakhiri dengan taburan cheese Grana Padano.

[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Naughty's Carbonara @ RM 19.50
Pasta Fettuccine dimasak dengan krim bawang putih, 3 jenis cendawan dan ditabur dengan kepingan bacon. Diatasnya diletakkan poached egg yang mengiurkan~ superb!!


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Wild Mushroom Bruschetta @ RM 14.50
Pembuka selera yang paling win!! Liez suka sos cendawannya yang dibuat sendiri, bukan dari tin ye~ Perggghhh memang terangkat sebab cukup rasa. memang boleh berebut ni kalau makan ramai-ramai.

Info mengenai Mainroad Jalan Ampang
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 3.00 pagi
Special promo: 15% diskaun setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 5.00pm hingga 7.00pm

Liez kali pertama jejak kaki ke Mainroad Jalan Ampang memang agak suprise sebab ia adalah satu foodcourt yang sangat unik dan yang penting sangat selesa. Tak seperti foodcourt atau tapak makan lain yang agak kecil, gelap dan tidak selesa. Ruangnya yuang luas, terang dan selesa. Kalau yang datang dengan family yang ada anak-anak kecil pun korang akan rasa selamat. 
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Untuk halwa telinga, geng buskers akan menghiburkan pengunjung dari hari Rabu hingga Ahad. Buat kaki bola, ada skrin besar untuk korang layan game bola. Havoc habis, sambil tengok bola boleh nikmati makanan sedap di Mainroad Jalan Ampang. Jangan risau, parking disediakan, surau dan tandas juga tersedia. 


[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta
Serius korang kena datang dan cuba sendiri makanan Italian Naughty Italian dari anak tempatan yang bercitarasa tinggi. Tak perlu ke restoran mahal untuk nikmati makanan Italia yang sedap. 
[ Port Makan ] Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Penuhi Citarasa Pengemar Pasta

Apa kata Liez?

Facebook

Post a Comment

16 Comments

  1. wah..nampak sedap semua makanan. Terliur tengok Virgin Lamb Brasato dengan Italian Nachos tu. Harga pun berpatutan ye. Wajib terjah ni.

    ReplyDelete
  2. Nakal dan seksinya bunyi restoren ni, hihi. But the price mmg dah harga standard area ampang and mcm kedai resepi rahsia. In the middle jugak lah the price range. But rasa nak lepak sini sbb sampai 3 am! Next time go to KL nak lepak pagi ruang selesa tak gelap sangat I nak mai sini, fefeeling dia similar mcm Gobox.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya nampak makanan kat sini. Dah la harga pun sgt berpatutan. Nampaknya kak min kena cari makan kat sini gak la

    ReplyDelete
  4. Uitsss tertarik betul nama restoran ni. Nakal betul dengan hidangan yang di sajikan. Suka sgt mac & bluecheese tu. Pernah makan hat tu masa my brother cheff dekat restoran italy. Semua makanan tu nampak sedap dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  5. Alamak mac& cheese tu macam menarik je. Nanti ke kl nanti bolehla try sini plak.

    Jemput join giveaway ya :)

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ReplyDelete
  6. semuanya nampak best kak liez. tempat pun cosy. sesuai untuk lepak-lepak dengan kawan-kawan ni.

    ReplyDelete
  7. Wow makan pasta tak hajak kita hehehe sampai hati tau.. Tapi paling sedap yang Nachos tu memang sedap habis lah terbaik lah kita nak kena datang sana cuba juga lah hehehe harga murah juga..

    ReplyDelete
  8. Makan makanan itali! Lama jugak saya tak makan makanan western ni. Nampak menarik restoran ni. Nampak selesa dan makanannya nampak sedap. Nak ajak member lepak sini la nnti.

    ReplyDelete
  9. Punya lah lama semalam belek gambar makanan ni, sampai tertido tak sempat letak komen hahahaha. Terliur sungguh tengok makanan yg disajikan Naughty Etalian. Tempat makan pun selesa pulak tu. Nur kurang gemar makan bersuasanakan gelap2 ni. So Mainroad Jln Ampang ni mmg pilihan yg tepat utk Nur pergi :)

    ReplyDelete
  10. Terliorlah akak tengok...bolelah bawa family pergi rasa pasta kat sini :))

    ReplyDelete
  11. Menu semua nampak menyelerakan. Ena ni dala hantu pasta. Hope dapatlah cuba menu di Naughty Italian ni. My favourite carbonara. So sape2 yang memang suka pasta memang wajib cuba

    ReplyDelete
  12. Wow..betul2 menu itali ni.. Mcm2 jenis pasta ade.. Kita pun suka pasta jga.. Sebab sedap dan lagi satu cpt kenyang kalau makan.. Lagi2 yg jenis creamy2 ke

    ReplyDelete
  13. Kemain cantik platting dia. Nampak menyelerakan sangat. Next time ajak kita Pls..ngee

    ReplyDelete
  14. I actually tak pandai.makan menu Itali. Tapi menu kat sini nampak menarik betul. Teringin pula nak cuba fungi almond tu. Dengar mrs liez kata sedap!

    ReplyDelete
  15. Makanannya tampak sedap sekali. Konsep seperti italia memang buat menarik dilihat dan dilidah. Semoga di indo pun cepat ada yang seperti itu yaa. pengen..

    ReplyDelete
  16. Pwrgh sekali makanan italian tu.. Baru buka ke twmpat ni.. Rasa dekat dengan rumah nad ni.. Boleh pwrgi ni nanti.. Tengok semua mkaanna sedap belaka uiii

    ReplyDelete