Nak Otak Muda? Amalkan 10 Makanan Untuk Kesihatan Otak Yang Baik

Nak Otak Muda? Amalkan 10 Makanan Untuk Kesihatan Otak Yang Baik | Assalamualaikum sahabat semua. Agak lama Liez tak share tentang tips pemakanan untuk kesihatan kan? Tahu tak, pengambilan makanan yang terbaik boleh membuatkan otak korang sentiasa muda? Ehhhh~ macam mana otak muda tu?

Otak muda bermaksud pemikiran kita persis fikiran kanak-kanak yang sentiasa aktif dan otak kekal cergas. Agar otak sentiasa muda, pemilihan diet tetentu dan sentiasa giat melakukan kegiatan atau senaman minda seperti bermain catur, permainan silang kata, melakukan kira-kira matematik dan juga menghafal ayat Al-Quran.

Kalau korang perasan, bila kita mencecah usia 30an kemampuan daya pemikiran kita akan lemah atau menurun disebabkan penuaan sel-sel saraf otak. So jom amalkan 10 jenis makanan ni untuk dapat kuasa kesihatan minda yang hebat.
1. Kekacang
Penyelidikan ada menyarankan mengambil vitmin E untuk mengelak dari Kognitif terutama pada warga emas. Kekacang adalah sumber vitamin E terbaik selain sayuran hijau, telur, beras perang dan Asparagus.

2. Bijirin Penuh
Amalkan pengambilan bijiran rendah GI, contohnya bijiran perang seperti gandum bran, eoti gran dan pasta perang kerana ia boleh membebaskan glukos secara perlahan ke saluran darah dan membuatkan otak cergas.


3. Ikan
Mengandungi essential fatty acids (EFAs) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia boleh didapati dari ikan yang kaya dengan lemak omega-3 yang bagus untuk meningkatkan fungsi otak selain baik untuk jantung dan sendi. Kandungan DHA dan EPA dari ikan seperti salmom, trout, kembung atau makerel, sardin, hering dan banyak lagi. Kekurangan DHA boleh menyebabkan penyakit alzheimer atau hilang ingatan.
4. Anggur Hitam atau Blackcurrant
Mengandungi vitamin C tang baik untuk meningkatkan ketangkasan mental



 5. Biji Labu
Amalkan makan segenggam biji labu setiap hari untuk mendapatkan khasiat zink untuk meningkatkan memori dan skil berfikir.
6. Brokoli
Mengandungi vitamin K yang baik untuk menambah baik kuasa minda.
7. Tomato
Mengandungi Likopena, sejenis antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang merosakkan sel dan meningkatkan risiko Alzheimer.

8. Vitamin
Vitamin B seperti B6, B1W dan Asid Folik yang mengurangkan paras Homocysteine dalam darah.

9. Herba SAGE
Berpotensi untuk meingkatkan memori. Jadi boleh cari minyak pati SAGE  dan jadikan sebagai sebgai dressing salad.

10. Beri Biru
Terbukti melalui kajian Universiti Tufts di Amerika Syarikat, beri biru boleh melambatkan kehilangan ingatan jangka pendek.

Haaaa.... so mulai hari ni boleh la kita bersama-sama amalkan pengambilan makanan yang baik untuk membantu kita dari cepat lupa atau hilang ingatan di usia emas nanti. Selain itu, kita juga kena selalu berdoa semoga diberikan kesihatan yang baik dan kekal cergas.

Apa itu Kognitif?
Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. 

#tips :
Pengambilan ubat tidur atau pil penahan sakit boleh mengakibatkan kerosakan Kognitif yang boleh memutuskan hubungan antara sel-sel otak.

Post a Comment

11 Comments

  1. 10 makanan dekat atas tu sebenarnya bagus juga untuk ibu mengandung kan....

    ReplyDelete
  2. kekacang memang bagus tapi harga sekarang sgt mahal

    ReplyDelete
  3. good sharing..mujur I tak pantang makan tu semua, cuma pantang dapat jer hahaa

    ReplyDelete
  4. kena banyakkan makan makanan ni untuk otak muda sokmo nanti hihihi

    ReplyDelete
  5. So agree! Balance diet indeed is important :)

    ReplyDelete
  6. kena amalkan ni, dah makin pelupa dah sekarang. huhuhu
    biji labu tu macam tak sangka je.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, klu ada mkn jer semua tu...tq share

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing kak Liez. Penting ni untuk otak kekal cerdas...

    ReplyDelete
  9. memang perlu makanan ni semua untuk otak. kasi lebih sihat.

    ReplyDelete