Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara | Assalmualaikum korang. Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 tahun. Apa aktiviti yang korang buat semperna cuti hujung minggu yang panjang? Pasti ramai yang balik ke kampung halaman, bercuti di dalam dan ke luar negara atau just lepak-lepak dirumah kan? Untuk Liez sekeluarga just lepak dirumah dengan mak dan ayah Liez, lepak di rumah Tokmak dan ada aktiviti tambahan. Paksu Liez ajak kami sekeluarga hiking di Taman Eco Rimba Kota Damansara. Pergghhhh, macam best je tapi boleh ke Liez hiking ni since dah la tak jaga makan dan berat naik ni. Liez dah 2 kali hiking dan tak ada masalah pun just sekarang tak jaga makan dan exercise so takut kecundang.
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Minta tanya Encik suami dia nak follow ke? Dan dia bagi green light nak join sekali. So kali ni kami bawa anak-anak dan mak. Malangnya mak memang tak boleh nak trekking la sebab masalah lutut, jadinya mak tunggu ke dekat bawah. Kawasan Taman Eco Rimba Kota Damansara ni juga ada tempat duduk untuk beristirehat dan laluan pejalan kaki untuk yang nak jogging.
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Setiba disana, Paksu dan family dah sampai dan menunggu kehadiran kami. So kami dah bersedia dengan air, pisang dan coklat untuk memberi energy sepanjang perjalanan nanti. Perkara pertaman korang kena buat adalah isi nama dan butiran peribadi dalam buku laporan yang disediakan di hadapan pejabat taman eco. Ini adalah untuk keselamatan korang, if anything happen during trekking tu so adalah maklumat-maklumat penting yang boleh diguna pakai. Kemudian korang boleh la mulakan perjalanan.
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
V
v
v
v
Video lawak Niyaz hihihi
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Lepas bergambar dipuncak dan rehat sebentar, dah tiba masa untuk turun kebawah kembali. Tapi masa ni dah rasa sangat letih, sebabnya badan dah dehidration. Bekalan air dah habis. Mana taknya, masa mendaki, masing-masing minum air tak ingat. Niyaz la paling banyak minum air. So bila nak turun, bekalan air memang tinggal sikit. Masing-masing dah kekurangan bekalan air, jadinya kami kena turun cepat.
Bila nak turun, masing-masing dah mula lajukan langkah sebab nak sampai bawah cepat dan dapatkan air. Liez dan Encik suami tertinggal dibelakang dengan Niyaz. Niyaz dah mula keletihan. Yang dari awal naik bukit dia cakap dia kuat dan hebat, terus keluar ayat dia tak kuat dan minta didukung. Allahuakbar, kita dah penat di nak dukung bagai. Nasib lah encik suami dukung kejap, kejap Tokshu dukung dan pimpin Niyaz. Tapi banyak main psycology suruh dia tolong Toksu panjat dan turun bukit so dia jadi lupa kepenatan. Qaseh pula dari awal naik dan turun memang dia didepan dengan uncles dia. Macam tak penat je bila tengok dia tu. Laju berjalan di depan.
Power Betul Qaseh dan Niyaz ~ Hiking Di Taman Eco Rimba Kota Damansara |
Perkara pertama yang kami cari adalah air minuman. Mak Liez nampak je kelibat Liez sampai terus bagi air mineral. Minum bagai berhari tak dapat air. Fuhhhhh~ keletihan terus hilang tapi kaki jadi berat, lenguh dan sakit. Anak-anak pula boleh lagi main lari-lari dan bergurau macam tak ada apa pun. Gila lah!! power betul.
Pergghhhhh~ berjaya juga selesaikan hiking 6km dalam masa 3 jam lebih. walaupun penat dan sakit, still Liez rasa ini aktiviti seronok dibuat dengan anak-anak.. Even anak-anak cakap suka dan tak penat. Liez siap picit-picit kaki dan tanya if diaorang sakit kaki ke? Jawabnya~ best dan tak sakit pun. Yang Qaseh siap ajak nak ke Bukit Gasing pulak. Haaaaaa~ yang tu kena tunggu mama kurus baru kita plan balik or mama start balik IF so badan tak la berat sangat nak bawa. hahahahha~
Nak tips Hiking? >> 7 Tips Penting Untuk Yang Nak Mula Hiking
Apa-apa pun, Liez bangga dengan diri Liez, encik suami dan anak-anak sebab berjaya habiskan pendakian turun naik dengan jayanya. Cuma next time kena prepare fizikal dan mental untuk elakkan perkara yang tidak di ingini. Serius Liez tak buat sebarang warmup pun sebelum naik. Nasib la tak cramp kan?? so kena ingat untuk bersedia sebelum hiking or trekking ye.
15 Comments
Perghhh mmg power la anak anak boleh layan trail 6km tu ... Nextime mmg kena well prepared ni, lagi2 bab air habis tu mmg boleh dehydrate...
ReplyDeleteBagusnya buat aktiviti riadah macam ni bersama keluarga. Disamping spend time kualiti dgn family, dapat juga menyihatkan tubuh badan..Good activities!
ReplyDeleteBudak2 layan hiking mmg semangat kental tu. Sy dgr hiking, terus rasa lemah lutut. Hehe
ReplyDeleteBagus aktiviti cmni. Nti nak suggest pd suami la.. Saya tinggal la. Ahahah
nice to know from you, yeah its healthy and good to be close to nature too. I like hiking too been so long since I go hiking with my son.
ReplyDeleteMenarik..baru tahu pasal eco rimba ni..nice sharing
ReplyDeleteAsslamaualaikum. Memang menarik satu pengalaman yang terbaik bersama famili tercinta. Insha Allah, jika ada peluang Naim ingin ke Damansara untuk hiking. Nampak mencabar untuk mendaki hehe
ReplyDeletewow bestnya. hiking walaupun penat bila dah sampai puncak akan hilang segala penat sebab nampak pemandangan yang cantik.
ReplyDeleteBestnya, Qaseh ni pulak lama tak hiking haha last kat Broga je
ReplyDeleteFuyooooo seronoknya spend masa bersama buat aktiviti sihat. Mesti seronok budak2 tu kan. Mana tahu nanti dia mintak lagi nak hiking tempat lain pulak. Wahhhh kecik2 dah practice bagus ni :D
ReplyDeleteWah. Tak terbayang kota damansara, bandar yg pesat tu pon ada tempat hiking yg lawa mcm ni. Boleh la join utk hiking next time.
ReplyDeleteseronok dapat hiking kat tempat macam ni... boleh lihat keindahan alam sambil relaks kan minda...nanti nak ajak husband hiking jugakla hehehe
ReplyDeleteBagusnya kecil2 dah pergi hiking. Good moments to cherish with children. Good job👍
ReplyDeleteterbaik laaa...wish I have the same guts..hahaha
ReplyDeleteMalu nya acik ana dengan niyaz dan qaseh. Ni kalau acik ana follow sure tertinggal jauh. Hehe.
ReplyDeleteThis blog was... how do I say it? Relevant!! Finally I've found something that helped me.
ReplyDeleteThank you!