Bawa Mak Makan Dubuyo di Wangsa Walk, Wangsa Maju

Bawa Mak Makan Dubuyo di Wangsa Walk, Wangsa Maju | Jadual setiap hujung minggu mak ayah dan anak-anak akan bermalam dirumah Tokmak di Sri Rampai. Kira giliran mak Liez untuk overnight di rumah Tokmak Liez. Hari lain, mak saudara atau bapa saudara Liez akan overnight secara bergilir. Jadi tiap kali nak balik ke rumah Liez, kami akan lunch dulu samada di foodcourt Giant Batu Caves atau kedai makan berhampiran. Minggu lepas, kebetulan ayah Liez pergi memancing dengan adik Liez, so Liez ajak mak lepak di Wangsa Walk. Sesambil jalan memang plan nak lunch dan terus ternampak Dubuyo.
Bawa Mak Makan Dubuyo di Wangsa Walk, Wangsa Maju
Tertarik dengan menunya yang diletakkan didepan kedai, so kami decided untuk cuba makan disini. Walaupun tempatnya hampir penuh dengan pelanggan tapi ada tempat kosong untuk kami berempat. Tempahan makanan perlu dibuat dikaunter dan menu yang dipilih adalah Chicken cheese bibimbap dan juga Dubuyo Chocolate Bingsu untuk anak-anak.

Selepas pembayaran dibuat, resit dan nombor giliran diberikan. So makanan korang akan disediakan dan akan diserahkan melalui kaunter kecil disitu. Memang cool la konsepnya dan tidak memerlukan pekerja yang ramai kan? Lagipun ia sesuai kalau size restoran yang kecil. Bila nombor dipanggil, Liez terus ke kaunter dan mengambil makanan. Tadaaa, ini la rupa chicken cheese bibimbap yang Liez order. Memang portion makanan boleh kongsi dua orang. Mak dah tertarik dengan menunya tetapi belum cuba lagi rasanya. Ini kali pertama Liez makan di Dubuyo dan emak pula kali pertama nak cuba makan makanan korea.

Bibimbap adalah menu berasaskan nasi dan protein seperti ayam atau daging. Juga terdapat sayuran seperti lobak merah, tauge, jagung, bayam yang ditelah digoreng kilas. Disatukan dalam satu mangkuk dan akan digaul sebelum dimakan. Selain itu, bibimbap selalunya akan dihidangkan dengan beberapa hidangan sampingan seperti sup, kimchi atau tauge goreng kilas.

Bawa Mak Makan Dubuyo di Wangsa Walk, Wangsa Maju
Bawa Mak Makan Dubuyo di Wangsa Walk, Wangsa Maju
Not bad juga bibimbap ni kata mak. Kira menu ini sangat sesuai la dengan citarasa kami walaupun tak ada makanan pedas tapi tekak kami masih boleh terima. Bingsu pula anak-anak yang makan. Liez dam emak dapat rasa 2,3 sudu je buat basah-basah tekak. Suka betul dengan kegebuan ais bingsu tu.. Bila masuk dalam mulut terus jadi tekstur krim yang lembut. Tapi yang tak boleh tahan, serbuk koko yang ditaburkan atas bingsu tu buat kami nak tersedak~ hihihihi tapi bingsu ni sedap la kan.

Bawa Mak Makan Dubuyo di Wangsa Walk, Wangsa Maju
Bawa Mak Makan Dubuyo di Wangsa Walk, Wangsa Maju
Lepas makan, mak kata boleh repeat makan menu lain pula. Naik selera pula tengok ramyeon yang penuh satu mangkuk tu. Memang akan repeat balik nanti. Next ajak ayah pulak, itu pun kalau ayah nak la cuba makanan Korea ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. Erm sedapnya. Syoklah mak akak nak join dubuyo. Mak Syaza tak mau hahaha dia kata pelik-pelik. Padahal makan pun belum haha

    ReplyDelete
  2. Sesekali ubah selera kan Liez.. Okaylah mak Liez boleh makan.. Sha tak pernah cuba lagi Dubuyo ini..

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan la. Nak try la

    ReplyDelete
  4. saya pernah try makan dekat duboyo nie jugak . saya order jjajangmyeon and kawan saya order rice set yang ada chicken wing tu . Not bad , sedap . .

    ReplyDelete
  5. sedapnya bingsu..penuh coco powder tu haa

    ReplyDelete
  6. mak CT masuk gak Dubuyo tapi sebab teman anak dia je makan. dia xmo makan laa kedai2 Korea ni katanya x lalu. tapi lately da berjaya dididik tekaknya hehe..

    ooohhmai bingsuuu sedap !!

    ReplyDelete