Keistimewaan Susu Kambing Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak

Keistimewaan Susu Kambing Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak | Assalamualaikum korang. Sebut pasal susu untuk anak-anak, korang selalunya memilih susu yang bagaimana? Sebab terlampau banyak susu formula dalam pasaran yang menawarkan pelbagai khasiat dan kebaikan mengikut keperluan anak-anak. Macam Liez, memang Liez akan memilih susu yang bukan sahaja untuk menyokong tumbesaran anak tetapi juga susu yang mampu membantu menguatkan sistem imun kanak-kanak. 
Keistimewaan Susu Kambing Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak
Sebut pasal sistem imun, korang tahu tak yang ia adalah salah satu fungsi tubuh yang sangat penting kerana ia membantu badan dari diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Sebab itu, amat penting anak-anak korang mempunyai kekebalan tubuh yang kuat untuk menghindari penyakit sepanjang pembesaran mereka. Susu kambing juga memgandungi Nukleotida yang tinggi yang baik untuk sistem imun, zink untuk membantu penyembuhan luka dan asid Sialik untuk mencegah jangkitan bakteria. Selain sistem imun, kandungan kalsium juga amat penting dalam pembesaran serta perkembangan anak-anak terutamanya dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. Sebab itu pengambilan susu yang betul dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan mereka perlu dititkberatkan. 

Banyak-banyak susu dipasaran, Liez mempercayai susu kambing kerana ia menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan. 

Liez melalui pengalaman sendiri dengan anak lelaki, Niyaz berusia 3 tahun. Liez perasan yang dia kerap tidak sihat seperti demam, selsema dan batuk berbanding kakaknya. Walhal dia belum bersekolah atau bergaul dengan kanak-kanak yang tidak sihat. Bila Liez baca salah satu antara puncanya adalah sistem imun agak lemah. Uishhh~ risau juga tapi Liez terus mencari info-info untuk membantu meningkatkan sistem imun anak-anak dan salah satu caranya adalah dengan mengambil susu. Dan susu terbaik adalah susu kambing. 


Keistimewaan Susu Kambing Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak
Banyak juga Liez survey mencari susu kambing terbaik dan Liez jumpa Susu Kambing Karihome. Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya dan satu-satunya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu tidak perlu bimbang untuk memberikan susu kambing Karihome kepada anak-anak korang. 

Antara kelebihan yang ada pada susu Karihome adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan tumbesaran mereka. Kalau korang nak tahu banyak nutrisi lengkap yang korang boleh dapat dari susu kambing Karihome iaitu: 

1. Kalsium semulajadi - membina tulang dan gigi yang kuat 
2. Kasein Fosfopeptida (CPP) - Meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, zat besi dan zink. 
3. Taurina - Menyokong perkembangan otak dan fizikal. 
4. Prebiotik, Probiotik - menyokong sistem penghadaman yang baik. 
5. Vitamin B6 - Membantu mengekalkan metabolisma dan penghantaran neuron yang optimum 
6. Potasium - Mengekalkan sistem pengaliran darah yang optimum. 
7. Protein Susu Kambing - Protein susu kambing yang lebih lembut untuk memudahkan pencernaan dan pembinaan sel tisu. 
8. Kolina - terlibat dalam metabolisma regulasi dan DNA sintesis 
9. Vitamin A - menyokong perkembangan mata dan sistem imun yang baik. 

Liez berikan Niyaz minum susu kambing Karihome 2 kali sehari bagi memenuhi nutrisi lengkap yang diperlukan badannya. Syukur Niyaz suka minum dan yang penting tidak berbau hamis. Risau juga nanti dia taknak minum disebabkan ada bau yang tak best kan?

Susu kambing Karihome ada 2 peringkat susu yang menyediakan keperluan lengkap mengikut peringkat umur anak-anak iaitu:- 

1. Karihome step 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 - 3 tahun 
2. Karihome step 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia 4 - 6  tahun 
Keistimewaan Susu Kambing Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak
Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan kalsium menambah berat badan tanya menyebabkan masalah ‘obesity’. Protein curd susu kambing pula halus dan senang dihadam maka ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar. 

Perubahan pada Niyaz selepas pengambilan susu kambing Karihome adalah dia kurang mengalami demam, batuk dan selsema seperti sebelum ini. Selain itu, dia semakin aktif, lincah dan cerdas, Kehulu-kehilir sampai kami sendiri tak terkejar. Liez happy sangat dengan perubahan ini dan akan memastikan memberikan Karihome untuk Niyaz. 

Liez sangat menyarankan pengambilan susu kambing dalam permakanan harian anak-anak kerana yakin ia sangat membantu sistem tumbesaran dan sistem imun anak-anak. Orang dewasa juga digalakkan mengambilan susu kambing kan? Jadi, gunakan susu kambing Karihome yang dapat memberi nutrisi keperluan mencukupi untuk anak-anak korang. 

Post a Comment

15 Comments

  1. Alhamdulillah susu karihome sesuai dengan Niyaz. Ye memang susu kambing banyak khasiat. Tapi tu la anak dara kinah tu tak berapa suka dengan susu kambing. Busuk katanya. Nanti boleh cari susu karihome pulak la mana tahu dia nak. Aii dak kenteng, bila boleh jumpa lagi hehe

    ReplyDelete
  2. baru tahu khasiat susu kambing ni no wonder lah digalakkan minum.

    ReplyDelete
  3. Ada tak untuk kanak kanak 2 tahun~
    anak saya 2 tahun~ kalau ada bolehlah belikan~
    Thank you for such an informative post~

    ReplyDelete
  4. Yup. susu kambing memang bagus untuk tumbesaran kanak-kanak.

    ReplyDelete
  5. kawan mek pun bagi anak dia minum susu ni jugak. memang bagus tengok anak dia ckup nutrisi. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Ramai kata susu kambing karihome nih bagus sekali untuk perkembangan minda anak-anak, baguslah liez pilih untuk beri kepada anak-anak..

    ReplyDelete
  7. Memang tk dinafikan susu kambing karihomes byk membantu ramai orang. Termasuk sy sendiri. Banyak khasiat ni. Berbaloi la dgn harga agk mahal, result pasti mahal jgk

    ReplyDelete
  8. banyak baca review karihome ni memang jadi kegemaran anak-anak. Anak Airah pun nanti nak cuba karihome juga la

    ReplyDelete
  9. Greetings! Very helpful advice in this particular post! It's
    the little changes that produce the most important changes.
    Many thanks for sharing!

    ReplyDelete
  10. ala tak de anak kecil nak bagi minum susu kambing nii..heheee

    ReplyDelete
  11. Setuju sangat. Susu kambing susu pilihan terbaik untuk anak-anak selepas susu ibu. Karihome dah lama dan trusted brand. Alhamdulillah serasi ngan anak-anak jugak

    ReplyDelete
  12. Memang pilihan terbaik susu kambing nie..

    ReplyDelete
  13. untuk dewasa punya, ada ke liez susu kambing karihome ni?

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak guna susu ni. Dulu zarra pernah minum. Tapi sekali je lah mksudnya 1 tin je. Heheheh harga blh thn mhl. Tp sedap dan berkhasiat susu ni.

    ReplyDelete
  15. lama dah brand ni kan, masih menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia. terutamanya sapa yang alergik susu lembu

    ReplyDelete