18 October 2019

Nasi Mentega Dan Ayam Masak Merah Versi Anak-Anak

Nasi Mentega Dan Ayam Masak Merah Versi Anak-Anak | Assalamaulaikum korang. Awal pagi ni Liez dah mengadap lappy nak update resepi yang Liez sediakan untuk anak-anak hari ini. Kebetulan pagi ni bangun awal untuk basuh baju so terus masak untuk sarapan pagi dan tengahari. Memang selalu Liez masak pagi sebab Niyaz memang akan minta nasi pagi-pagi dan Qaseh balik je dari sekolah jam 12.30 terus minta makan. Tapi hari ni lagi awal sebab petang nanti Liez ada kerja yang harus dibuat. Kena tinggalkan anak-anak dengan Tokmi diaorang sekejap.
Nasi Mentega Dan Ayam Masak Merah Versi Anak-Anak
Menu hari ni kira favourite anak-anak sebab lauk ayam kan? Budak mana tak suka. Tapi kali ni Liez buat ayam masak merah paling senang dan sesuai untuk kanak-kanak atau boleh katanya sihat. Nak tahu apa yang sihatnya, meh Liez sharekan resepinya.

Nasi Mentega Dan Ayam Masak Merah
Oleh: Liez

Nasi Mentega
Bahan - Bahan 
3 sudu besar mentega
1 1/2 pot beras (dibasuh dan tos)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3/4 kotak santan
2 helai daun pandan (diikat)
1 batang serai (diketuk) optional

Cara memasak
1. Cairkan mentega didalam periuk nasi. Masak atas dapur atau rice cooker pun boleh.
2. Kemudian masukkan bawang merah, putih, halia dan daun pandan. Goreng hingga kekuninggan dan masukkan beras.
3. Gereng hingga beras nampak hampir perang. Masukkan santan dan air mengikut sukatan beras. Masukkan garam dan kacau. Biarkan ia masak. dan boleh dihidangkan.

Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam ( digoreng 3/4 masak)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk) 
i biji tomato (dikisar halus)
2 sudu sos cili
1 biji bawang besar (dipotong kasar)
Garam
Gula

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, putih, halia da serai hingga garing.
2. Masukkan cili sos tadi dan biarkan seketika. Kemudian masukkan tomato kisar. Goreng hingga kering.
3. Perisakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng dan bawang besar. Goreng seketika.  Siap untuk dihidangkan.


9 comments:

  1. Boleh cuba ni. Tq share resepi kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni version tak pedas.. nak pedas lebihkan sos cili..

      Delete
  2. Ayam merah feveret. Besttt tq share resepi.

    ReplyDelete
  3. Sangatlah sedap. Dah lama rasanya tak menikmati Nasi Mentega tu.. Hehe.. Dulu kecik2 ada lah ibu buatkan.

    ReplyDelete
  4. sedap betul dapat makan ayam masak merah ni..hehe

    ReplyDelete
  5. simple je,nampak sedap...
    simpan tepi dlu...kalau nieyl malas nnt boleh masak ni je kekeke

    ReplyDelete
  6. perghhh
    sedap nih
    teringat zaman kecik-kecik
    haha

    ReplyDelete
  7. terimbau kenangan masa kecik..memang mama rajin buat nasi mentega ni utk anak2

    ReplyDelete