OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna | OSIM baru-baru telah melancarkan produk kerusi urut Dream Series terbaru mereka OSIM uDivine V yang menggunakan teknologi terkini tetapi dengan harga mampu milik. Liez berpeluang ke acara pelancaran itu teruja sangat dengan rekabentuk dan warna-warna yang ditawarkan. Tetapi sebenarnya ada fungsi canggih yang ingin diperkenalkan.


OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Liez juga dapat merasa urutan dari kerusi urutan terbaru ini yang memang sesuai untuk mereka yang selalu rasa sakit pada bahagian badan. Serius untuk kali pertama rasa urutan pada bahagian bahu boleh rasa kesakitan tetapi bila 5 minit berlalu urutan menjadi selesa dan tidak menyakitkan. Lega rasanya selepas 15 minit berurut bahagian tengkuk dan bahu ni. 

OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
 Direka untuk memenuhi citarasa genarasi terkini dengan kaedah uDivine V. Ia adalah menerusi teknologi teknologi mengurut terkini seperti teknologi V Hand dengan bebola penggelek 720º, Urutan 4-Tangan (4 Hand Massage), program-program urutan yang boleh dimuat turun, serta satu suite program yang menawarkan pilihan urutan profesional atau manual mengikut keinginan pengguna.

OSIM juga memperkenalkan selebriti berbilang bakat, JJ Lin sebagai duta global uDivine V Dream Series kerana beliau menjadi inspirasi kepada semua. JJ Lin juga selebriti pertama Singapura yang mernjadi duta OSIM selepas Andy Lau, Sammi Cheng dan Lee Min Ho.
OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna

Pengurusi Besar OSIM Malaysia, Cik Chia Sook Fun
uDivine V direka khas untuk individu era digital yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa selepas seharian bekerja untuk memanjakan diri. OSIM komited untuk membantu mereka memulihkan tubuh, minda dan jiwa tetapi menaikkan semangat untuk mengejar impian mereka
OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Ciri - Ciri OSIM uDivine V

uDivine V : mengubah Impian Menjadi Pemilik Realiti
Memiliki sebuah kerusi urut bukan lagi satu impian dengan OSIM uDivine V. Ia ditawarkan dengan harga mampu milik yang menarik.

Teknologi V HandTM dengan Bola Penggelek 720º
Penambahbaikan teknologi urut thelah menghasilkan Teknologi V Hand™ dengan Bola Penggelek 720º yang  mensimulasikan teknik dan pergerakkan tangan pengurut yang mahir untuk kesan realistik. Bola penggelek 720º berputar 360º dalam kedua-dua arah dan bergolek pada kontur tubuh dan mengurutkan setiap bahagian otot yang keletihan dan meningkatan kesegaran.

Teknologi urut 4 tangan
OSIM uDivine V dibina dengan ciri premium teknologi utut 4 tangan yang mengambil contoh 4 tangan mengurut secara segerak yang memberikan kesegaran dibahagian atas dan bahagian bawah seperti rawatan di spa mewah. Ia juga memberikan keselesaan, kesejahteraan dan pemilihan yang sepenuhnya.


Kerusi Urut Pintar Yang Meningkatkan Gaya Hidup Digital

Memuat Turun Program Urutan Terbaharu Secara Kerap
Memiliki Ciri Pengesan Bahu Auto Pintar yang memastikan urutan berdasarkan ketinggian dan berat individu. Pengguna juga boleh menikmati pelbagai pilihan programt urutan baharu menerusi aplikasi OSIM uDivine V. Antara 4 program urutan yang sedia untuk dimuat turun:

1. uDivine V Signature: Urutan yang memberikan kepusan keseluruh badan.
2. Sleep: Urutan lembut dari hujung kepala hingga ke hujung kaki untuk merehatkan tubuh dan minda.
3. Energise: Urutan yang menyegarkan untuk memulihkan tubuh dan minda.
4. Deep tissue: urutan yang merangsangkan untuk melegakan tekanan pada tubuh.


OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Pilihan Program Urutan Automatik Yang Direka Oleh Sato Tsuyoshi
OSIM uDivine V menawarkan urutan profersional yang direka oleh Pakar Urut Kiropraktik Jepun, Sato Tsuyoshi yang berpengalaman dalam urutan. Beliau juga merekabentuk program urut gaya hidup yang berkesan bukan hanya menyasarkan titik kesakitan tetapi urutan yang menyeronokkan.
OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Kelegaan seluruh tubuh yang disasarkan: Tengkuk dan bahu, Lumbar dan pinggul juga Pinggul dan paha.
Program urutan gaya hidup: Sweet Dreams, Stretch, Sports, Happy hour dan Beauty.


Kerusi Dengan Kombinasi Urutan Tanpa Had
Kerusi yang menawarkan penjagaan dari kepala hingga ke kaki dengan urutan yang lengkap dan intensiti urutan, teknik urutan dan kedudukan roller berbeza melalui tetapan urut manual. Urutan peribd yang sempurna dalah dengan menyandar pada penyandar uDivine V dan laraskan panel sisi dan pengurut kaki boleh diubah mengikut kesusaian saiz fizikal badan seseorang.

Pengurut Mata Istimewa Untuk Melegakan Keletihan Mata
Sesuai digubakan selepas seharian mata kita menggunakan peranti elektronik seperti telefon bimbit dan komputer. Alat urutan mata yang disedikan bersama uDivine V yang boleh digunakan serentak ketika anda menikmati sesi urutan.


OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Kualiti Bunyi Sebenar dengan sistem audio binaan dalaman
Memiliki sistem audio dalaman yang membolehkan pengguna memperdengarkan muzik kegemaran atau dari perpustakaan muzik OSIM yang direka khas ketika sesi urutan dijalankan.

Ciri Keselamatan Pintar
Kerusi ini dilengkapi dengan pengesan keselamatn untuk mencegah mekanisme daripada menjadi terlalu panas, dapat mengesan objek yang menghalang kerusi dibaringkan atau bersandar untuk memastikan pengguna terutama kanak-kanak dan haiwan peliharaan dirumah.

Warna anda, personaliti tersendiri
Reka bentuk yang minimalist dengan krom moden yang digilap dan kulit berwarna berbentuk V. Dan didatngakn dengan 5 warna Biru, Kuning, Ungu, Tembaga dan Kelabu.


OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Harga Promosi Prebiu RM10,888 terhad 200 unit pertama (HB: RM12,888) atau pelan ansuran 36 bulan bermula RM303 sebulan.


Website: 

Facebook:

Instagram: