Sambal Kelapa Resepi Emak | Dah lama tak makan sambal kelapa ni. Teringat nak minta emaknbuatkan tapi asyik terlupa je. Nak jadikan cerita ternampak satu gambar orang post pasal sambal kelapa terus minggu ni luahkan dekat emak. Akhirnya, permintaan tercapai.
Sambal Kelapa Resepi Emak
Actually dah 2 malam tidur dekat rumah di Serendah, so mudah untuk emak beli bahan-bahan terutama ulam raja yang memang ngam dimakan dengan sambal kelapa tau. Ulam lain macam tak kena sangat tapi ulam raja memang terbaik. Sambal kelapa ni memang mudah dan boleh dibuat sendiri tetapi air tangan emak yang terbaik di dunia. Jadi 40 kali sedap tau!!

Sambal Kelapa
Bahan-bahan
300gm Kelapa parut (putih sahaja)
3 ulas Bawang merah
1 inci belacan
1 sudu cili giling
Cuka
Garam

Cara penyediaan:
1. Tumbuk belacan dan cili hingga sebati.
2. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Masukkan bawang merah dan tumhuk hingga lumat.
3. Perasakan dengan cuka dan garam secukupnya.

#Tips!
Boleh tambahkan cili api kalau hendak pedas.