01 October 2019

Spaghetti Goreng Mamak Buat Mertua Ku

Spaghetti Goreng Mamak Buat Mertua Ku | Assalamualaikum semua. Uisshhh lama juga Liez cuti dari update blog ni. Sibuk dengan kerja seharian dan juga layan parents Liez datang ke rumah. Jadi panjang langkah kalau ada parents Liez hihihi

Dua minggu lepas, Liez balik ke rumah parents di Serendah de ngan anak-anak je. Biasa la encik suami selalu kena tinggal kannnn~ Bila nak gerak balik ke KL, parents in lawa nak datang jumpa cucu-cucu yang dah lama tak jumpa. So dalam perjalanan balik, dalam fikiran Liez asyik memikirkan apa nak dimasak untuk mereka. Bosan la asyik masak mee, bihun atau keuwtiaw je. Dan tiba-tiba dapat idea nak masak mee style mamak.

Teringat dah lama dahulu masa kenduri tahlil untuk arwah nenek (mak belah ayah Liez) adik beradik dan jiran buat mee goreng mamak. Memang sedap dan Liez sendiri tengok cara diaorang masak dalam kawah besar.. Jadi teringat arwah nenek Liez dan juga mee goreng mamak tu. Langsung plan nak buat spaghetti goreng mamak sebabnya malas nak beli mee. hihihi kebetulan memang ada stock spaghetti.
Spaghetti Goreng Mamak Buat Mertua Ku
Bahan-Bahan
1 bungkus spaghetti - direbus dan ditoskan
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inchi halia*
200gm daging yang direbus
3 sudu cili giling
2 sudu rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap
Garam
Cuka
* kisar halus

Bahan sampingan
Sawi
Taugeh
Telur
Tauhu goreng
Bawang goreng
Daun Sup
Cucur Udang * optional

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling dan masak hingga garing
2. Kemudian masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak. Dan masukkan sos tiram dan kicap.
3. Masukkan daging, sawi dan spaghetti. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan semua bahan sampingan kecuali taugeh dan telur.
4. Bila semua dah sebati, masukkan telur dan taugeh. Gaul hingga masak dan sebati. Jangan lupa renjiskan cuka dan garam secukup rasa.

#tips
1. Boleh gantikan daging dengan ayam atau seafood. Ikut selera masing-masing.
2. Sayuran pun ikut selera masing-masing.

8 comments:

  1. wahh Liez, western campur mamak style ni, kreatif.. untung MIL dapat menantu macam Liez yang kreatif hehe :)

    ReplyDelete
  2. wah kreatifnya. ganti mee dengan spagetti. saya sendiri pun dah bosan makan mee..

    ReplyDelete
  3. Baca tajuk sweet sangat tau.. Sesekali ubah selera kann Mrs. Liez..
    Nampak sedap spaghetti tu..

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba ni..kat umah mmg ada je stok spaghetti...

    ReplyDelete
  5. Wah.. Sedapnya liez.. Lebih kenyalkan bila guna spaghetti..

    ReplyDelete