Mee Segera Vit's Masak Chow Mien

Mee Segera Vit's Masak Chow Mien Lagi Mudah Dan Sedap | Assalamualaikum. Agak lama tak share resepi dalam blog kan? Since tak sihat dari bulan November sampai la kena warded selama seminggu, blog terbiar sepi. Memang tak larat nak mengadap hp dan lappy sebenarnya. Even encik suami bising nape dah jarang baca Whatsapp. Bukan apa, bila tengok terus rasa nak muntah dan badan jadi lemah. So caranya memang ignore Whatsapp. Alhamdulillah lepas discharged, kesihatan dah ok cuma pantau sendiri keadaan di rumah.

Mee Segera Vit's Masak Chow Mien Lagi Mudah Dan Sedap
Since anak-anak lama Liez tinggal dengan parents Liez dekat Gapi sebab kena warded tu, segala program nak bawa anak-anak mak ayah jalan-jalan naik tren, shopping terbantut. Even dah janji dengan Qaseh dan Niyaz nak balik ipoh duduk lama sikit pun postponed. Tapi alhamdulillah, dapat juga tunaikan permintaan diaorang nak balik ipoh selama seminggu.

Bila balik Ipoh, MIL Liez memang akan masak untuk kami semua. Selalunya kami anak menantu cucu tak balik memang makan dekat kedai je. Sebab tinggal MIL dan FIL je dekat rumah so rugi kalau memasak kan. So kali ni balik, Liez kena make sure tak skip dan makan on time.

Kali ni, MIL nak masak mee menggunakan mee segera jenama Vit's. Ini kali pertama Liez nak cuba mee segera ni. Selalunya makan yang siap ada perencahkan tapi ini yang perlu kita masak dengan rencah kita sendiri. MIL kata sedap kalau buat Lo Mien atau Chow Mien

Chow Mien ni adalah cara masakan cina yang terkenal di luar negara sebagai makanan takeout atau delivery. Kalau korang perasan dalam drama atau filem Hollywood, ada scene makan makanan dalam bekas makanan warna putih yang digunakan oleh kedai makanan cina.

Gambar: Google
Asalnya masakan gaya ini menggunakan mee telur tetapi sedap jugak menggunakan mee segera atau mee kering. Bahan-bahan pun hanya perlu 4, 5 bahan sahaja.


Mee Segera Masak Chow Mien

Bahan-bahan
3 keping mee segera Vit's ( rebus sehingga 3/4 masak dan toskan)
150g udang
100g isi ayam ( dipotong dadu)
5 biji cendawan Shitake ( dihiris)
1/4 kobis (dipotong kecil)
3 batang sawi kecil (dipotong kecil)

Bahan untuk sos
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap cair
2 sudu kicap pekat
2 sudu minyak bijan
Lada hitam
Garam

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak hingga kekuningan.
2. Masukkan udang dan ayam, goreng sampai masak. Kemudian masukkan sayur dan sayuran dan cendawan.
3. Bila sudah layu, masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Gaul rata.
4. Masukkan mee segera yang telah direbus dan gaul hingga sebati. Peeisakan dengan garam dan lada hitam.
5. Selepas 5 minit, tutup api dan hidangkan.

#TIPS
1. Boleh gantikan sos tiram dengan pati pekat ayam maggi.
2. Sayuran boleh ditukar ikut kesukaan.
3. Nak lebih sedap, boleh makan dengan cili potong kicap.

Post a Comment

6 Comments

  1. yes. cili potong kicap wajib.
    tambah selera bila pedas menyengat!

    ReplyDelete
  2. peh macam sedap je ni, nanti nak try buat la

    ReplyDelete
  3. masa kecik makan mi segera Vit's ni la. Campur cuka sikit bagi masam..nikmatnya

    ReplyDelete
  4. sedapnya,resepi pun mudah nak ikut.nanti nak try buat laa.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Nanti nak trylah resipi ni.

    ReplyDelete
  6. Meriahhh betul bahan dalam Mee tu.. Tu yang bertambah sedap tuu kann! Bertambah seleraa. Hehehe

    ReplyDelete