Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu | Assalamualaikum korang. Alhamdulillah kita sudah tiba ke tahun 2020. Dan tidak lewat untuk Liez ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua. Semoga tahun ni akan memberikan kita kesempatan untuk beribadat dan mencapai apa yang diingin. Dan juga dimurahkan rezeki untuk keluarga.
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
Tahun ini juga anak sulung Liez berusia 7 tahun dan memasuki Tahun satu. Cepat betul masa berlalu, macam rasa baru je Liez lahirkan dia. Alhamdulillah Qaseh sebenarnya teruja nak belajar lagi selepas menamatkan pembelajaran selama dua tahun di sekolah tadika.

Segala persiapan persekolahan seperti pakaian, kasut sekolah dan peralatan sekolah dah Liez urusan di awal cuti sekolah yang lalu. Macam pakaian, tudung dan kasut Liez beli di Pusat Pakaian Hari-Hari di Batang Kali. Budget beli semua dalam RM245 je untuk 3 pasang baju kurung, 3 pasang kasut hitam dengan 6 pasang stokin hitam, 3 helai tudung, 2 helai singlet dan seluar tight. Murah sangat dan berbaloi-baloi dan kualiti pun terbaik.
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
28 Disember 2019 adalah tarikh orientasi Tahun satu di sekolah. Qaseh excited nak lalui hari persekolahan dan kami lega Qaseh tak buat hal dan cool je. Kami antara orang terawal yang hadir ke sekolah. Nampak tak siapa ayang lebih excited, parents ke Qaseh?! hihihi

Selesai membuat pembayaran yuran (kami orang pertama tau), terus Qaseh dibawa ke tapak perhimpunan untuk berkumpul sebelum semua pelajar dibawa ke kelas masing-masing. Yang perents pula berkumpul di dalam dewan untuk sesi penerangan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan sesi petang. Sementara parents dalam dewan, semua pelajar dibawa ke kelas masing-masing untuk orientasi. 

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
Selesai penerangan, sesi membuat pembayaran dijalankan. Yang bestnya, Liez menjadi orang terawal yang beraturdan tidak perlu beratur panjang. Uiishhh jenuh nak tunggu kalau duduk belakang-belakang tu. Sementara Liez beratur untuk membuat pembayaran, Encik suami pula keluar untuk mengambil buku teks. Dalam 10 minit selesai semua urusan persekolahan Qaseh kecuali pembelian buku nanti Liez buat dihari pertama persekolahan.
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
Liez sempat menjenguk Qaseh di kelas dan dia berada di meja hadapan sekali. tengok pula anak-anak lain masih mewarna tetapi Qaseh dan siap dan dia menjadi volunteer membantu cikgu memberikan roti dan air mineral pada kawan-kawan yang lain. Good job kakak!!

Nak lagi ?? >>> Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu

Selesai orientasi jam 12 tengahari dan semua pelajar bersurai. Qaseh pun seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru dan juga membantu seorang kawan yang ada masalah untuk sesuaikan diri di tempat baru. Nanti Liez story kan ye.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah bagus Qaseh ni. Dah siap kerja volunteer tolong cikgu pulak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Qaseh anak yamg baik. Rajin-rajinlah tolong cikgu ye. Berkat nanti ilmu yang dipelajari

    ReplyDelete