Buasir Ketika Hamil... Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 1 | Ini adalah pengalaman Liez ketika mengandungkan Niyaz tahun 2016. Kalau baca tajuk tu memang dah menyeramkan kan? Ini pengalaman yang Liez tak dapat lupakan dan selalunya orang segan nak cerita bab buasir ke sembelit ke tapi coretan ini Liez nak tulis buat kenangan dan juga buat info kepada semua. Liez sebenarnya segan nak ceritakan tapi tapi bila baca banyak artikal pasal buasir ketika hamil adalah normal, jadinya Liez berani nak ceritakan.


Buasir Ketika Hamil... Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 1
Pertama kali Liez kena buasir ketika mengandungkan Niyaz dah masuk 7 bulan. Memang tak menjangka sebab masa mengandungkan Qaseh, liez hanya ada GDM atau kecing manis ditahap yang masih boleh dikawal.he Hanya perlu kawal permakanan. Tapi kali kedua mengandung, diuji dengan dugaan lain pula.

Nak jadi cerita, 30 Oktober tue bangun pagi dah rasa sakit sikit. Tak membuang pun sebab Liez memang dari lahir dah bermasalah nak buang air besar ni. Jadi dalam fikiran Liez, tak ada pa yang serius dan tak menjangka untuk kena buasir. Tapi bertambah sakit bila masuk waktu tengah hari. Keluar lunch dengan mak nak makan ikan bakar, tapi sakit tue menguasai jadinya makan takde feel. Tapi Liez masih bertahan;

Bila petang nak balik tue, rasa sakit yang teramat datang menyerang. Nak memandu pun, kereta duduk pun kejap ke kanan kejap ke kiri.. sekejap badan ke depan sekejap ke belakang. Mulut duk mengeluh sakit sepanjang jalan nak ambil Qaseh dekat nursery yang jaraknya dalam 300 meter je. Lepas jemput Qaseh, terus ke rumah adik kat PULAPOL untuk dinner. Dugaan sakit yang teramat sepanjang jalan tu jangan cakap lah..


Gambar: https://www.womenshealth.gov
Sampai je rumah adik, dah tak boleh duduk. Baring pun tak kena. Sakit berganda dan terus call encik suami untuk ke klinik malam tu juga. Memang tak boleh tahan dengan sakit tu. Nak menangis tahan sakit, control lagi rasa sakit tue. Terus ajak mak ayah dengan mak teman Liez ke Klinik Wangsa (DR Nadir yang famous dengan kanak-kanak tue). Sampai sana dah pukul 9 malam, dan nasib waktu tue doctor perempuan yang on duty, jadi tidak la rasa segan sangat nak cerita.

So bila dah jumpa, dia kata memang biasa ibu hamil untuk kena buasir kerana cara pemakanan, organ-organ dalaman dah terhimpit dan kekurangan zat lain. Jadi doctor nasihatkan untuk Liez banyakkan makan sayuran. Doctor juga bagi ubat masuk dalam punggung, ubat tahan sakit dan ubat lawas. Sampai rumah adik, makan roti sikit dan terus makan ubat tahan sakit sebabnya memang dah tak boleh nak tahan lagi. Syukur lepas makan ubat dalam 30 minit,  sakit terus dah berkurangan dan terus lepak rumah adik tengok Supersponstan Final.


Pic: https://www.organicfacts.net/
Habis show, terus gerak balik ke Batu Caves. Waktu tue dah tak sakit sangat so masih boleh drive lagi. Sampai rumah ingat nak mintak tolong my Dearie masukkan ubat punggung tapi dia dah berdengkur, Hahahaha memang ngelat bila suruh buat benda-benda macam tue. Teringat masa lepas operation buang lump dekat breast belah kiri dulu, encik suami tak berani nak tolong cuci luka tue.. Yang jadi mangsa, omak den la..Omak den memang hati cekal hahahha! Nak tak nak, kena buat sendiri masukkan ubat tue.

Esoknya, perut dah rasa memulas effect dari makan ubat lawas yang doktor bagi. Masuk toilet, memang lancar pembuangan tapi sakit nya- Allahuakbar, Tuhan je yang tahu. Keluar toilet sampai tak boleh nak jalan tegak, membongkok sampai ke katil. Yang silapnya, masa tengah sakit Liez pergi sumbat ubat punggung. Memang sakit yang AZAB!! Berdenyut- denyut sakitnya..

Memang berguling-guling atas katil sambil menangis tahan sakit. Encik suami tolong tenangkan Liez dan bagi makan ubat tahan sakit.. Tapi seriously memang sakit sangat2


BERSAMBUNG.....