Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera

Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera | Penggunaan minyak pelincir kenderaan yang betul dan sesuai akan memastikan enjin kereta korang dilindungi secara optima. Oleh tu, baru-baru ni Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk terbarunya iaitu MAXGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLADE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.
Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
Majlis pelancaran " The New Glide" itu telah diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad. Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat dibawah Glide Group yang telah ditubuhkan pada 16 Januari 2007 yang memfokuskan kepada pembuatan minyak pelincir dibawah jenama Glide Lubricants.

Di majlis ini, mereka juga memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol baru ke atas semua produk yang dikeluarkan. Dua produk terbaru yang diperkanlkan ialah BEYOND SAE OW16 dan SAE 0W20 fokus kepada meninggikan taraf minyak pelincir kereta di mana ianya juga bakal merendahkan kesan pencemaran dari kenderaan. 

Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV). Standard API: API SP/SN PLUS (RC). Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun dan Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.
Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya  Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan  maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa. Di samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.

Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini, Glide Technology Sdn Bhd memberikan tumpuan kepada pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tidak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan. Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah  RM170.00.

Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide  di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my. Untuk maklumat lanjut boleh layari lama web tertera dibawah:

Website : 

Facebook : 

Instagram :

Post a Comment

17 Comments

  1. Wow boleh saya cuba brand ni lain kali

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis Mrs Liez, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  3. Bab minyak pelincir ni sis selalu serahkan kepada syarikat servis yg tentukan jenama mana sesuai utk kereta hihi

    ReplyDelete
  4. bagusnya put effort selama 3 tahun and dapat come up dengan product yang banyak manfaat kepada pengguna macam ni. kalau mahal sikit dari brand lain pun tak kisah sebab berkualiti

    ReplyDelete
  5. Minyak pelincir ni selalu bg suami je yang uruskan. Hahaha. Nanti nak suruh dia cuba Glide pula.

    ReplyDelete
  6. Sis sama macam Ruby, taunya pergi servis kete derang yang rekemen guna apa...tapi kalau kita ada bawak sendiri punya derang boleh guna gak, nanti nak cari gak Glide ni dan cuba laaaa

    ReplyDelete
  7. Bab minyak pelincir saya juga serahkan kpd Perodua service. However, thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Glide kerana berwajah baru dan juga atas pelancaran produk2 terbaru. Siap naik taraf lagi. Yg penting environmental friendly.

    ReplyDelete
  9. iena selalu servis kereta semua ikut je produk yg pusat servis kereta suggest..lepas ni boleh la cuba Glide :)

    ReplyDelete
  10. Selama ni mmg tak ambik tahu pun pasal minyak hitam ke apa2 pasai keta..tahu bawak je. Lps ni mmg kena ambik tahu gak le..senang apa2 nanti

    ReplyDelete
  11. Wahhhh bagus ni minyak pelincir memang diperlukan.. senang la lepas ni nak beli minyak pelincir melalui aplikasi

    ReplyDelete
  12. tahniah Glide, dah berwajah baru. saya tak sure apa yang dipakai selama ni sbg minyak pelincir. nanti saya bgtau husband

    ReplyDelete
  13. Produk lokal yang mmg kita kena support. Banyak kebaikan dan kelebihannya. Harga pun sgt berpatutan

    ReplyDelete
  14. Tahu bdrive kereta je tak pernah ambil tahu pasal lain. Tapi kena ambil thau juga kan. Contohnya cara isi minyak, guna minyak pelincir yang betul kan. Nampak minyak pelincir ni bagus keluaran bumiputra pulak. Nanti nak beli lah untuk kegunaan kereta.

    ReplyDelete
  15. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas info. Bolehlah lepas ni try minyak pelincir ni pulak 😊

    ReplyDelete
  17. Good luck and all the best of Glide!
    Although I am not good in all these, I believe my dad would understand better.

    ReplyDelete