8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular

8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular | Siapa tak kenal Sheila Rusly kan? Liez suka sangat lakonan dia yang real dan menghayati watak. Seorang pelakon yang versatil kerana mampu membawa semua jenis watak yang diberikan. Kalau berlakon jadi jahat pun sangat menjadi. Tapi sekarang beliau dah kurang berlakon kerana lebih kepada mengarahkan drama bersama suami dan juga pengarah tersohor, Jinggo.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
Nama Sheila Rusly menjadi sebutan bila membuat satu rancangan masakan yang sangat popular bila tiba bulan ramadhan. Tidak lain dan tidak bukan rancangan " Ketuk-ketuk Ramadhan" yang menjadi tontonan umum paling tinggi sepanjang bulan ramadhan. Siapa sangka sudah 15 tahun rancangan masakan popular ini ditayangkan setiap kali ramadhan. Menariknya kerana setiap episod ada tetamu dari golongan artis-artist popular yang dijemput untuk masak bersama beliau.

Dan sejak itu Sheila Rusly menjadi tumpuan kerana suka berkongsi resepi-resepi dan istimewa dan sedap. Sehingga beliau menulis beberapa siri buku masakan yang memang sangat popular antaranya Ketuk-Ketuk Sheila Rusly dan 'Sentuhan Rasa Sheila Rusly'.

Sheila Rusly tidak lokek untuk menunjukkan resipi masakan yang sering dimasak untuk isi rumahnya dan video masakan juga sering diupload di youtube beliau. Liez suka dengan cara Sheila Rusly sebab masakannya kena dengan tekak melayu Liez. So kalau korang nak boleh cuba resipi-resipi berikut
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
1. Aglio Olio Ikan Dory

Bahan-bahan
1 pek Spaghetti (direbus dan ditos)
3 keping ikan dory (salut tepung dan goreng)
4 ulas bawang putih (cincang)
3 batang cili kering (potong kecil)
2 tangkai daun kari
1 kiub ikan bilis
1 biji lemon (ambil jus)
Cili Flakes
Daun Pasley
Garam
lada hitam

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kering dan daun kari.
2. Masukkan kiub pati ikan bilis dan jus lemon.
3. Tuang sedikit air spaghetti dan spaghetti, cili flakes, daun pasley. Gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan isi ikan dory. Perasakan dan hidangkan.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
2. Scampi Prawn Pasta

Bahan-bahan:
1 pek spaghetti (direbus dan tos)
400g udang
Seikat asparagus (potong saiz 3inci)
3 ulas bawang merah (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 kiub ayam
1/2 biji lemon ( ambil jus)
Butter
Cili flakes
Garam
Lada hitam

Cara penyediaan:
1. Panaskan butter dengan sedikit minyak Zaiton. Saute sebentar asparagus hingga masak.
2. Dalam kuali lain, panaskan 40g butter dan sedikit minyak zaiton, tumis bawang merah hingga lembut. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis hingga hampir garing.
3. Masukkan kiub pati ayam, cili flakes dan udang.
4. Biar udang masak dan taburkan lada hitam, jus lemon dan sedikit air rebusan spaghetti.
5. Taburkan daun pasley cincang dan spaghetti. Masukkan asparagus yang disaute tadi dan perasakan dengan garam dan lada.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
3. Pasta Pesto Lockdown

Bahan-bahan meatball
300gm isi ayam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
100gm serbuk roti
1 biji telur
garam
lada hitam
serbuk oregano, parsley

Bahan-bahan:
1 pek spaghetti ( rebus dan tos)
1 Biji terung panjang (potong jejari 2 inci)
2 biji cili api ( cincang)
1 tin sos pesto
1 kub pati ayam
garam

Cara penyediaan:
1. Gorengkan terung dengan sedikit minyak hingga keperangan. Alihkan.
1. Campurkan semua bahan untuk meatball dan buatkan bentuk bebola. Gorengkan hingga masak.
2. Dalam kuali lain, tumis bawang putih, cili api, sos pesto dan kiub pati ayam. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti dan persakan dengan garam.
3. Masukkan spaghetti, terung yang digoreng dan meatball tadi. Gaul hingga rata dan boleh dihidangkan.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
4. Spaghetti Telur Masin

Bahan-bahan:
1 pek spaghetti (direbus dan tos)
300g isi ayam (potong kecil)
4 sudu tepung tempura
2 sudu tepung beras
3 sudu serbuk kuning telur masin
3 tangkai daun kari
4 biji cili api (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)


Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung tempura dan tepung beras untuk menggoreng isi ayam.  Celup ayam dalam bancuhan tepung dan gorengkan separuh masak.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kuning telur masin dan goreng hingga berbuih. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti.
4. Masukkan isi ayam dan spaghetti tadi, gaul hingga sebati. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
5. Mee Goreng Thai Aroi

Bahan-Bahan
2 Bungkus mee kuning
1 bungkus fish cake
200g udang
Daun kucai
Tauge
1 batang carrot (potong halus)
2 biji telur
sedikit dauh selasih
2 kiub pati ikan bilis
sos ikan
2 biji jus limau nipis.

Bahan untuk ditumbuk 
2 biji cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara penyediaan:
1. Goreng telur hancur dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan tumbuk tadi dengan kiub pati ikan bilis. 
3. Masukkan sedikit sos ikan, udang dan fish cake. Biarkan seketika. Masukkan jus limau nipis dan mee. Gaul rata.
4. Masukkan telur hancur, carrot, daun kucai dan tauge. Gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan daun selasih dan siap untuk dihidangkan.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
6. Mee Kering TomYam

Bahan-bahan
2 bungkus mee kering (celurdan tos)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
300g udang
2 sudu pes tomyam
1 kiub pati ikan bilis
1 bungkus fish cake/fish ball
daun ketumbar

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan pes tomyam dan gaul hingga naik bau. Masukkan kiub pati ikan bilis, fish cake dan mee kering tadi. Akhir sekali taburkan daun ketumbar. Hidangkan dan taburkan dengan telur goreng.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
7. Yee Mee Kicap Goreng

Bahan-Bahan:
3 ketul Yee mee
2 bawang putih (cincang)
200g Udang
200g Isi ayam
Siew pay choy (kerat kecil)
Carrot (hiris)
cendawan hitam
3 biji cili api
1 kiub maggi
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan

Cara penyediaan:
1. tumis bawang putih hingga garing. Masukkan isi ayam dan udang, goreng sebentar.
2. Masukkan kiub maggi, sos tiram, kicap pekat, minyak bijan, sedikit air dan cendawan hitam. Gaul hingga rata.
3. Kemudian masukkan sayuran dan cili api. Renehkan seketika.
4. Masukkan yee mee dan gaul sebati.
8 Resipi Spaghetti Dan Mee Sheila Rusly Yang Popular
Gambar: IG Sheila Rusly
8. Mee Kicap ayam

Bahan-bahan:
Yee mee/ mee kuning/ mee sanggul
2 ulas bawang putih
1 inchi halia (hiris nipis)
3 batang cili kering (potong size 2 inci)
300g isi ayam dan tulang (potong kecil)
1 kiub pati ayam maggi
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
Cendawan hitam
bancuhan tepung jagung.

Cara penyediaan;
1. Tuniskan bawang putih, halia dan cili kering hingga garing.
2. Kemudian masukkan ayam, kiub pati ayam maggi, kicap pekat, sos tiram dan air.
3. Kemudian cendawan hitam dan tepung jagung. Biarkan semua mendidih dan pekat.

Selamat mencuba!!! Semua resipi-resipi diatas Liez dapat dari Youtube Sheila Rusly https://www.youtube.com/channel/UCVW67nfON9IIsThefwTEOMg


Post a Comment

9 Comments

  1. Oh my...scrampi olio tu sedapnyaaa...nak try laaa...Sis suka makan spageti alio olio..tak kira laa jenis apa sekalipun...memang suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn liez.. dlm byk jenis pasta mmg aglio olio kena dgn tekak sbb pedas2 masam.. yg lain mcm muak sgt...

      Delete
  2. ya Allah. sedap nya!!!
    semlm kebetulan aida ke mydin, nak beli ikan dory frozen. xde plak :(
    goreng tepung, liez, sedap!
    SR ni kreatif, kan. aida ada 2 buku masakan dia.
    and suka tgk program ketuk2 ramadhan nyer. simple. and praktikal semua resepi.

    ReplyDelete
  3. Kann... serius dia pandai olah menu.. mmg sedap2 masakan dia.. jom cuba

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok resipi2 sheila rusly ni..boleh cuba ni, liez. kadang kebuntuan juga nak masak apa hari2..tambah2 sejak PKP ni...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya semua, cara masak pun ringkas... akak suka layan ig dia macam2 masakan dia buat

    ReplyDelete
  6. time pkp ni terasa nak try mcm2 haha. seronok pulak

    ReplyDelete
  7. pasta pesto tu memang mengundang..rindu nak makan pasta pesto kat Jln Ampang nun..hehe

    ReplyDelete
  8. Kak liez, semua ni nampak auumm la. Tetiba lapor ha nampak semua ni. Nanti nak try la.

    ReplyDelete