Covid-19 : Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Pada Isnin (6 April)

Covid-19 : Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Pada Isnin (6 April) | Alhamdulillah, berita baik untuk rakyat Malaysia yang layak mendapat BPN akibat Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Pembayaran fasa pertama BPN ini akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020.


Pembayaran BPN ini dipercepatkan dan telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembayaran fasa pertama berjumlah RM5.63 billion dan fasa kedua berjumlah RM9.24 bakal dinikmati oleh 8.3 juta isi rumah yang berkelayakan yang merupakan bantuan secara one-off pertama kali kepada kumpulan sasaran M40.

Kerajaan menggariskan empat kategori penerima bantuan seperti berikut:

Kumpulan Pertama
berpendapatan bulanan RM4,000 kebawah layak menerima bantuan RM1,600. Pembayaran fasa pertama RM1,000 dan fasa kedua sebanyak RM600 pada bulan Mei.

Kumpulan Kedua
berpendapatan bulanan RM4,000 hingga RM8,000 layak menerima bantuan RM1,000. Pembayaran fasa pertama RM500 dan fasa kedua sebanyak RM500 pada bulan Mei.

Kumpulan Ketiga

individu bujang berusia 21 tahun keatas dan pendapatan bulanan RM2,000 kebawah. Pembayaran fasa pertama RM500 dan fasa kedua sebanyak RM300 pada bulan Mei.

Kumpulan Keempat
individu bujang berusia 21 tahun keatas dan pendapatan bulanan RM2,000 hingga rm4,000 layak menerima bantuan RM500 Pembayaran fasa pertama RM250 dan fasa kedua sebanyak RM250 pada bulan Mei.







Syukur alhamdulillah atas bantuan yang disalurkan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia. Dan peringatan kepada yang menerima bantuan, pastikan korang dapatakan segala maklumata dari saluran yang betul sebab banyak scammer yang menunggu mangsa sekarang. Yang Liez risaukan adalah pakcik, makcik,atok, nenek yang dikampung yang tidak mendapat maklumat yang jelas tentang hal ini. Mereka merupakan mangsa mudah untuk scammer tau!!

Semoga dengan bantuan ini, kita dapat meneruskan kehidupan melalui saat getir ini. Dan marilah kita berdoa beramai-ramai agak Covid-19 ini hilang dengan cepat.

#stayathome #dudukrumah #fightCovid19 #kitajagakita #TQFronliners

Post a Comment

1 Comments

  1. semoga bantuan yang di berikan dalam membantu ekonomi rakyat...

    ReplyDelete