Covid-19 : Bolehkah Menderma Darah Ketika Covid-19? |
1. Adakah ia selamat untuk menderma darah ketika Covid-19 merebak?
- Ianya selamat. Kajian mendapati tiada transmisi boleh berlaku melalui pendermaa darah atau penerimaan darah.
- langkah pencegahan diambil berat dengan menyaring setiap penderma darah sebelum masuk ke Pusat Darah Negara dan ia bebas dari Covid-19.
- Pusat Darah Negara dan pusat kutipan darah statik bukan tempat rawatan pesakit dan ia selamat untuk dikunjungi oleh penderma.
2. Apakah kriteria khas yang perlu penderma tahu berkaitan Covid-19?
- Tangguhkan pendermaan darah buat sementara waktu bagi:
a. Penderma yang disahkan mengalami jangkitan Covid-19 : TIDAK DIBENARKAN menderma sehingga 28 selepas sembuh sepenuhnya.
b. penderma tidak mempunyai gejala tetapi mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 : TIDAK DIBENARKAN menderma sehingga 28 dari tarikh kontak
c. penderma tidak bergejala tapi mempunyai sejarah ke China, Korea, Japan, Itali dan Iran :TIDAK DIBENARKAN menderma sehingga 28 hari selepas tiba dari negara terlibat
Apa yang korang perlu sediakan untuk keluar Ke Pusat Darah Negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan?
Mungkin antara punca ramai yang tidak dapat menderma darah adalah kerana kita masih didalam Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) yang menghadkan pergerakkan kita. Selain itu, ramai yang risau jika mereka tidak dibenarkan untuk menderma darah dan ditahan ketika melalui sekatan jalan raya.
Korang jangan risau, apa yang korang perlukan adalah membawa buku merah/Kad pendermaan darah ATAU mengisi borang menderma darah secara online ATAU mendapatkan slip temujanji untuk menderma darah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menggalakkan orang ramai yang ingin menderma supaya menghubungi talian hotline Kementerian Kesihatan (KKM) bagi berbuat demikian.
Beliau akui bekalan darah mengalami kekurangan namun pihaknya sudah mengawal penggunaannya khususnya untuk rawatan lain di hospital bagi mengelak penyusutan bekalan secara mendadak.
“Sekarang ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Semua orang dihadkan keluar. Jadi mereka yang ingin menderma boleh hubungi kita dan petugas kesihatan akan datang ke rumah untuk ambil bekalan darah,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti 3,000 jururawat yang sudah bersara untuk kembali dipanggil bertugas bagi menampung kekurangan petugas kesihatan ketika ini.
Jom kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab untuk mengumpul bekalan darah negara dan memastikan bekalan cukup bila diperlukan. Ini juga boleh dikatakan salah satu jihad kita untuk membantu mereka yang memerlukan. Mungkin kita tidak mampu membantu dari segi kewangan tapi boleh membantu dengan menderma darah.
Ayuh Rakyat Malaysia !!!!
4 Comments
terima kasih perkongsian.
ReplyDeleteSekarang memang digalakkan menderma darah... cuma buat yang sihat
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian... semoga kita dapat membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeleteThanks, that was a really cool read! N95 mask China
ReplyDelete