Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Khutbah Solat Raya Bersama Keluarga

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Khutbah Solat Raya Bersama Keluarga | Allahuakbar!!! Lagi 2 hari lagi berakhirnya bulan Ramadhan dan kita akan melangkah ke bulan Syawal. Terasa cepatnya masa berlalau kali ini. Suasana Ramadhan yang lain dari yang lain dengan kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejak dari PKP, semua aktiviti kita dihadkan terutama sekali aktiviti kita beribadah di masjid dan surau. Dan ada hikmahnya kerana kita diberikan masa dan kesempatan untuk meluangkan masa dengan keluarga dan juga yang penting beribadah bersama-sama. Diwaktu ini, solat kita berimamkan ayah, abang atau adik. Seronoknya kan??

Sempena Syawal yang bakal tiba Ahad ini, pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menunaikan solat Aidil Fitri bersama-sama keluarga yang merupakan norma baru bagi kita semua. Tapi bersediakah imam kita yang akan mengimamkan dan berkhutbah Aidil Fitri kali ini. Di sini Liez sharekan 
Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Khutbah Solat Raya Bersama Keluarga
Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Khutbah Solat Raya Bersama Keluarga

PERSIAPAN DIRI: Panduan Solat dan khutbah Aidil Fitri
Bagaimana persediaan para imam yang akan solat dan berkhutbah Aidil Fitri kali ini?

Tentunya ia satu pengalaman indah menjadi imam dan berkhutbah di hadapan jemaah ahli keluarga sendiri. Walaupun sunat, tetapi eloklah kita sempurnakan solat dan khutbahnya sekali.


Solat Aidil Fitri dua rakaat biasa kita dilakukan.


Rakaat pertama selepas doa iftitah, kita bertakbir (Allahu Akbar) tujuh kali dan diselangi oleh bacaan tasbih (Subhanallah wal hamdulillah, wala ilaha Illah walLahu Akbar) enam kali.

Setelah itu baca al-Fatihah dan surah pilihan.

Pilihlah surah yang mudah bagi anda.

Pada rakaat kedua, dikehendaki bertakbir (Allahu Akbar) lima kali diselangi dengan bacaan tasbih, seperti di atas.

Diikuti bacaan Al-Fatihah dan surah pilihan.

Sesudah memberi salam, imam akan berkhutbah.

Saya ringkaskan di sini kaedah berkhutbah Aidil Fitri. Ia boleh dilakukan oleh semua imam.

Usah gusar. Ia mudah dan simple. Ingat, khutbah ada dua, khutbah satu dan khutbah dua yang diselangi oleh DUDUKnya imam.


Rukun khutbah ialah:


1. Alhamdulillah (memuji Allah)

2. Selawat ke atas nabi (Alluumma salli ala Muhammad... )
3. Ittaqullah! (pesan bertakwa kepada Allah)
4. Baca satu ayat al-Quran
5. Doa kepada seluruh muslimin (Allummaghfir lil muslimin wal muslimat)

Semua rukun ini perlu dibacakan dalam bahasa Arab. Ringkasnya jika anda menyebut seperti ini sahaja,


1. Alhamdulillah,

2 Allumma salli ala Muhammad,
3. Ittaqullah,
4 Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dan
5. Allummaghfir lil muslimin”,

maka SAH khutbah kita. Kemudian anda duduk sebentar, bangun dan ulang semula, maka ia sudah memadai, sudah sah.


Ia tersangat ringkas kan...


Bagi mengindahkan lagi susunan khutbah Aidil Fitri, maka kita tambahlah beberapa perkara.


Kita mulakan dengan takbir (Allah Akbar!) 9 kali.

Dan kita pesanlah dengan nasihat berkenaan kekeluargaan dan sambutan Aidil Fitri, maka jadilah ia lebih cantik.

Jemaah pun boleh tersenyum lebar.

Saya kemukakan satu contoh teks khutbah yang boleh dijadikan panduan kepada para imam.


KHUTBAH PERTAMA


1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Wal Asr, Innal insanalafi… - baca surah Al-Asr, (wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala saidina Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib) marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya
6. Alhamdulillah, hari ini buat pertama kali abah (saya) berdiri dan berkhutah di hadapan anak-anak dan keluarga yang dikasihi.

Alhamdulillah wabak Covid 19 ini banyak memberi pengajaran kepada kita sekeluarga. Kita bersyukur kerana kita selalu dan kerap solat berjemaah. Kita boleh solat tarawih berjemaah dan kita banyak melakukan aktiviti keluarga secara lebih dekat.

Sebagai ketua rumah tangga, abah (saya) sedar saya perlu memastikan keluarga kita ini sentiasa berada di bawah reda Allah. Maksudnya saya perlu pastikan kita semua sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya pada seluruh kehidupan kita.

Alhamdulillah kerana keluarga kita menjadi HEBAT dan SEMPURNA kerana kita punyai seorang IBU yang cukup baik. Seorang IBU yang sentiasa siang malamnya berkorban untuk kita. IBU tidak pernah mengeluh, walaupun tugasnya tidak pernah berakhir menguruskan keluarga kita.

Kita juga bersyukur kerana kita punyai anak-anak yang baik. Anak-anak abah (saya) yang sentiasa membantu keluarga, yang boleh disuruh untuk buat itu dan ini.

Anak-Anak abah (saya) sememangnya HEBAT. Anak-anak Abah (saya) sentiasa membahagiakan kami sebagai bapa dan ketua keluarga.

Pada Aidil Fitri ini, marilah kita saling bermaaf-maafan sesama kita. Lahirkan kemaafan itu dari lubuk hati kita yang suci bersih, sebersih indahnya Ramadan yang baharu sahaja kita tinggalkan.

Abah dan ibu sayang kepada anak-anak dan ahli keluarga kita. Abah memohon kemaafan atas kekurangan abah sepanjang mendidik anak-anak.

Kita bukanlah insan sempurna, walaupun sebenarnya kita mahu menjadi TERBAIK kepada semua orang.

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib) Walhamdulillah..

Imam kena DUDUK sebentar. (sediakan kerusi yang sesuai)

KHUTBAH KEDUA


1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Qulhuwallahu Ahad - baca surah Al-Ikhlas, - wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib)
6. Sidang jemaah yang dikasihi, jadikanlah hari raya ini sebagai hari terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim kalangan keluarga kita.

Kita saling bermaaf-maafan dan kita berziarah saudara terdekat. Marilah kita menjaga ibadah wajib kita sebagaimana kita menjaganya pada bulan Ramadan yang lalu, marilah kita menjaga akhlak dan peribadi kita agar kita ini dikenal sebagai seorang muslim yang soleh dan solehah.

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai tilawah harian kita, agar nantinya al-Quran itu bisa menjadi peneman kita di alam kubur kelak. Anak-anak, sentiasalah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa dan adik beradik kita.

Doakanlah keampunan kepada ibu bapa dan saudara terdekat, agar kita ini hidup dalam iman dan kembali kepada Allah juga di dalam iman. Andai kata kelak nanti, ibu dan abah ini telah tiada, maka doa dan amalan anak-anak kalian adalah peneman kami yang terbaik yang kami nantikan.

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib)

Ya Allah Kau ampunilah segala dosa kami dan ahli keluarga kami. Selamatkanlah negara kami daripada mara bahaya wabak dan segala jenis fitnah dan penyakit.

Berikanlah kami kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat.

(Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar)

Walhamdulillah.
Tamatlah khutbah dan boleh bersalaman dengan ahli keluarga.
Perlu diingat, semasa berkhutbah, imam kenalah berdiri.
Kalau ada tongkat, boleh pegang tongkat.
Jika tiada, tak perlu pegang apa-apa. Kalau pegang penyapu, dah kelakar pula jadinya!
Selamat berkhutbah. Doakan kebaikan untuk saya juga…

Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob

UiTM Segamat
Imam Surau Al-Muhajirin

Post a Comment

2 Comments