Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G

Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G | Syarikat telekomunikasi terbesar di China menyasarkan syarikat telco sederhana di Malaysia untuk bekerjasama dalam meningkatkan usaha pengkomersialan teknologi 5G di negara ini. Mereka sedang menyasarkan syarikat yang berkemampuan untuk bersama mengembangkan perniagaan.
Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G
Sumber dari industri menyatakan, antara  syarikat yang mungkin menjadi pilihan mereka adalah Green Packet Bhd dan XOX Bhd. Dimana XOX Bhd merupakan syarikat telco termurah yang berada di Bursa Saham Malaysia dan salah satu syarikat telco yang sedang sedang pesat berkembang di Malaysia. XOX yang mempunyai kira-kira RM35 juta tunai yang kini menawarkan pelan data 4G paling kopetitif dan inovatif telah merangka untuk menumpukan kepada infrastuktur 5G di rantau ini
Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G
Teknologi 5G yang terkini menjanjikan pengalaman telekomunikasi berkelajuan tinggi untuk muat turun dengan lebih cepat dan rangkaian yang berkemampuan tinggi. Ini membuka peluang untuk untuk memberikan perkhidmatan baru, operasi rangkaian dan juga meningkatkan pengalaman pengguna. Dengan teknologi 5G, syarikat telco mampu meningkatkan kelajuan muat turun dan kapasiti data bulanan dalam pakej tahap had kepada pengguna. Selain itu ia mampu menghasilkan peluang kepada vendor rangkaian, infrastruktur dan peralatan.

Dalam tiga bulan yang lalu, XOX telah bekerjasama dengan Advance Tech Communication Sdn Bhd (ATC) untuk melancarakan telefon pintar 4G dan 5G dengan keupayaan komunikasi satelit tambahan dipanggil XPLORE. Dimana XOX menjadi sayrikat telco pertama yang memasarkan dan mengedarkan produk tersebut kepada penggunanya ke seluruh Asia Tenggara.Telefon pintar tersebut dilengkapi dengan sambungan satelit dan radio mudah alih digital, akan dilancarkan oleh ATC kepada pengguna XOX.

Pengarah eksekutif XOX Steve Tan, syarikat menyediakan rancangan untuk rangkaian terpadu dengan mengintegrasikan rancangan prabayar dan pesanan dengan perkhidmatan kecemasan satelit ATC yang luas.

"XOX cukup kuat dan berpengaruh sebagai sebuah syarikat. Ia menerapkan strategi pemasaran yang tepat serta idea dan produk inovasi untuk melalui Pandemik Covid-19 ketika ini dan mendorong syarikat ke maju ke hadapan. Faktor kejayaan untuk XOX dibina dengan memanfaatkan jenama , saluran pengedaran dengan pertumbuhan asas pelanggan yang kukuh. Saham XOX melonjak 11.11 peratus di tengah dagangan aktif pada hari Jumaat untuk ditutup 5 sen menjadikannya permodalan pasaran sebanyak RM54.62 juta. Kaunter itu meningkat satu sen dengan 154 juta saham diniagakan."kata sumber yang dekat dengan XOX. 
Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G
XOX juga menduduki tempat kelima dalam sektor telco dan merupakan syarikat MVNO nombor satu di Malaysia dengan pangkalan pelanggan semasa hampir mencecah tiga juta, termasuk pengguna telefon bimbit prabayar dan pascabayar. Bulan lalu. XOX menandatangani perjanjian dengan DGB Asia Bhd untuk bekerjasama dalam penggunaan sehingga 1,000 mesin layan diri dengan strategi XOX untuk memusatkan perhatian pada perniagaan yang berlainan untuk membangun aliran pendapatannya. Dan Penganalisis percaya saham syarikat telco akan naik kerana sektor ini mengaut keuntungan lumayan, di tengah Pandemik Covid-19.

Penilaian syarikat telekomunikasi di Malaysia akan bertambah menarik dan sektor ini dijangka berkembang pada kadar yang cepat dengan peralihan semasa yang berlaku di landskap digital seperti 5G, Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI).

Post a Comment

11 Comments

  1. wah teknologi 5G plak ye nanti...menjanjikan pengalaman telekomunikasi berkelajuan tinggi untuk muat turun dengan lebih cepat...syoknya...semakin canggih teknologi skarang kn

    ReplyDelete
  2. makin canggih teknologi ni. moga kita dapat manfaatkan teknologi dengan baik

    ReplyDelete
  3. Peegh 4g un dh gempak ni kan pulak 5g..hebat ooo.. Teknologi makin lama makin advance.. Semoga digunakan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  4. Wah... tahniah Malaysia menjadi pilihan utk teknologi 5G lg gempaj

    ReplyDelete
  5. Macam menarik je bila dengar 5g ni. Mesti canggih lagi teknologi komunikasi masa akan datang.

    ReplyDelete
  6. Wah. 5G plak. Lepas nie nak WFH pun takde hal la kan. Semestinya memudahkan semua termasuk pendidikan
    Tapi moga wabak nie segera hilang agar kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak tunggu 5G ni masuk ke Malaysia...mesti laju capaian internet nanti

    ReplyDelete
  8. Wah, XOX bekerjasama dengan syarikat ni ya... ini merupakan suatu pencapaian dalam XOX mara setapak lagi ke hadapan... capaian internet 5G memang telah lama saya nantikan... ini sudah semestinya akan memberikan kebaikan kepada kita sebagai pengguna...

    ReplyDelete
  9. Wow.. Bakal bergabung meletup nanti.. Kalau 4G ni pun dh kira ok, apatah lagi 5G punya... Mesti lagi mantap kan..

    ReplyDelete
  10. Wah, soon we will be able to use 5G lagi laju and power.

    ReplyDelete
  11. Harap dengan teknologi 5G internet akan lebih laju...

    ReplyDelete