Baby Carrie Produk Terbaru Dihasilkan 100% Organik Untuk Bayi Baru Lahir


Baby Carrie Produk Terbaru Dihasilkan 100% Organik Untuk Bayi Baru Lahir | Assalamualaikum korang. Masa Liez buat persiapan untuk bersalin, Liez dah prepare barangan keperluan bayi yang diperlukan. Memandangkan pakaian bayi kepunyaan anak pertama Liez masih elok, jadi Liez tak kisah untuk digunakan untuk Baby Najla. Cuma Liez pentingkan barangan penjagaan diri seperti sabun mandi, syampu, lotion dan juga minyak bayi. Memang dari anak pertama lagi Liez akan belikan produk organik kerana kulit bayi sangat sensitif dan lembut. Sebelum ni Liez beli dari jenama luar negara tetapi kali ni Liez dapatkan rangkaian produk organik terbaru iaitu Baby Carrie.


Rangkaian Produk Baby Carrie yang terbaru ini dihasilkan untuk keperluan bayi baru lahir. Produk yang sangat sesuai untuk bayi baru lahir kerana bayi mempunyai kulit yang sensitif dan lembut. Produk Baby Carrie ini mengandungi 100% bahan organik dari aktif tumbuh-tumbuhan semulajadi.


Baby Carrie Produk Terbaru Dihasilkan 100% Organik Untuk Bayi Baru Lahir 

BABY CARRIE HEAD TO TOE GENTLE WASH

Menjadi pilihan Liez untuk mandian Najla kerana ia boleh digunakan sebagai sabun mandian dan juga syampu. Kiranya 2 dalam satu, tidak perlu produk berasingan dah. Formulasinya mengandungi susu badam organik dan susu gandum yang sesuai untuk kulit bayi. Selain berbau wangi, ia juga sangat lembut pada kulit bayi. Produk yang bukan sahaja membersihkan tetapi membantu melembapkan dan mencegah dari kerosakan sel kulit.


BABY CARRIE BABY BATH

Sabun mandian yang mengandungi susu oat organik dan susu badam sama membantu membersihkan kulit vayi yang sensitif selain melembapkan, melembutkan dan melindungi kulit. Ia juga menganjalkan kulit bayi kerana mengandungi Vitamin A & E selain sebagai antioksidan.

Untuk Baby Carrie Baby Bath, anak-anak Liez memang suka. Dengan bauan wangi dan segar, memang menjadi kegemaran mereka. Lembut pada kulit dan mudah dicuci.

BABY CARRIE BABY OIL NOURISHING

Diperbuat dari minyak badam dan minyak gandum yang menyerap cepat pada kulit. Selain minyak ini melindungi kulit dan mengekalkan kelembapan kulit bayi. Minyak bayi yang pelbagai guna seperti untuk kepala atau rambut, kulit dan juga digunakan untuk urutan pada bayi.


Minyak bayi ini Liez sapukan pada bahagian kepala Najla untuk mengurangkan kerengsaan akibat kepala dicukur. Bila disapu, kulit kepala menjadi lembut selain membantu mengurangkan masalah kulit kepala berkuping. Liez juga sapukan pada belakang telinga Najla untuk membuang kotoran atau daki. Najla juga suka diurut jadi Liez gunakan minyak bayi ini sebagai minyak urutan.


BABY CARRIE LOTION

Lotion yang dihasilkan dengan susu oat organik dan susu badam yang sangat bagus untuk kulit bayi. Ia melembapkan kulit bayi selama 48 jam dan tidak berminyak. Mengandungi Gliserin yang membantu menghidratkan selain membantu menenangkan kulit bayi.


Liez sapukan lotion pada pergelangan tangan lutut dan siku Najla. Selain itu bauan yang lembut seakan menenangkan Najla. Liez pun suka baunya dan gunakan untuk melembutkan bahagian siku Liez.


Liez berpuas hati dengan produk Baby Carrie kerana ia sangat sesuai untuk Baby Najla dan juga produk Carrie Junior adalah produk yang Liez gunakan untuk ketiga-tiga anak Liez dari mereka kecil lagi. Selain itu, produk Carrie Junior juga telah berada dipasaran lebih dari 20 tahun dan kekal kerana mereka menjadi pilihan ibu bapa.

Korang boleh dapatkan produk Baby Carrie dengan melawati social media Carrie Malaysia seperti dibawah

Post a Comment

19 Comments

  1. mesti baby Najla bau wangiiii je lepas pakai produk baby carrie ni kan! nak usha jugak lah, kot nak hadiahkan kat kawan2 yang baru melahirkan anak..

    ReplyDelete
  2. Produk baby carries ni memang sangat sesuai untuk bayi..saya pun pernah guna untuk anak masa dia kecil dulu..mmg bagus

    ReplyDelete
  3. Ena dalame guna carrie junior suka bau yang wangi tahan lama. Tak sabar guna baru pulak tunggu yang lama habis. Organik produk the best.

    ReplyDelete
  4. Wah ada mcm mcm jenis produk ya untuk baby. tinggal pilih dan beli je. thanks share tau :) hrp entry ini akan bermanfaat buat yg lain

    ReplyDelete
  5. Baby Carrie memang best dan banya sedap sehingga Rawlins masih lagi menggunakan Bath products dia sehingga kini. Wangi!

    ReplyDelete
  6. Pernah try produk ni. Mmg best dan plg penting bahan dia yg guna adalah organik

    ReplyDelete
  7. Saya memang suka guna sabun baby macam ni. Carrie ni sama tak dengan Carrie Junior tu?

    ReplyDelete
  8. Dah ada baru dah yerr...kalau Sis sampai skerang masih guna yang botol kuning tu,. suka baunya yang wangi dan lembut jee... ni takde baby pun Sis beli juga hahahaha

    ReplyDelete
  9. best yer dapat hamper dari baby Carrie ni. suka bau produk ni, baby pun serasi kan

    ReplyDelete
  10. baguslah produk lama ni banyak juga buat penambahbaikan

    ReplyDelete
  11. Wow cute produk ni sangat sesuai untuk baby hehehehe kalau ibu bapa yang firstime masuk alam keluarga ni kena standby produk macam ni selamat dan bagus..

    ReplyDelete
  12. baru tau baby carrie ni adalah range daripada Carrie Junior. Carrie junior dah biasa dgr, sejak kita kecik2 lagi...

    ReplyDelete
  13. Bagus produk terbaru baby carrie ni. Anak ami yg ada kulit sensitive pon okay pakai ni. 100% organic kan?

    ReplyDelete
  14. Sis pun suka brand ini sebab dah pakai their bedak since kecil lagi, bau nyer memang sedap.

    ReplyDelete
  15. saya punya anak2 dah besar pun saya beli mandian bayi gini sebab bau sedap..Nanti nak try la yang baru ni..

    ReplyDelete
  16. suka bau almond tu.. bila sapu kat anak rasa nak gigit gigit je dia..hahaha.. bau best!!!

    ReplyDelete
  17. Takde baby..
    Tapi still suka produk baby macam ni..
    Carrie junior ni suka sangat tang bau dia.
    Haruman kekal berpanjangan gitu..

    ReplyDelete
  18. I love buying this brand for my nephew and niece when they were born... now still their favorite !!

    ReplyDelete
  19. Lengkap semua ada dengan Baby Carrie ni. Mmg pilihan mak2 dari dulu lagi kan.

    ReplyDelete