Thursday, March 11, 2021

Resepi Ikan Kerapu Stim Hong Kong Style


Resepi Ikan Kerapu Stim Hong Kong Style | Dalam sebulan dua ni, Liez asyik teringat nak cari ikan kerapu untuk di masak stim atau di goreng. Lagipun tak tahu bila lah dapat keluar makan bersama-sama anak-anak dan keluarga di restoran makanan cina kalau asyik kena kurung dek PKP.

Kisahnya bila ternampak post Instagrammer Emymellisa yang suka memasak dan tidak lokek berkongsi resepi. Bila tengok cara membuatnya sangat lah senang, terus niat nak sambar kerapu bila ke Pasar Keramat nanti. Rezeki bila jumpa ikan kerabu yang fresh dan bersaiz sederhana. Kalau besar sangat takut tak celuih periuk pengukus Liez tu. Asalkan dapat yang segar, kira jadi. Ehhh, jom Liez share resepi Ikan Kerapu Stim Hong Kong Style

Resepi Ikan Kerapu Stim Hong Kong Style

Bahan-Bahan:
Ikan kerapu
Halia (separuh ketuk/ separuh dihiris halus)
Kicap Cair
Minyak Bijan
Daun sup/ Daun Ketumbar
Daun bawang
Gula

Bahan-bahan untuk sos:
Cili api/cili merah/cili flakes
Bawang putih (kisar)
Kicap cair

Cara-cara penyediaan:
1. Ikan kerapu dilumurkan dengan sedikit garam dan minyak. Masukkan halia yang diketuk ke dalam bahagian perut ikan. Letakkan ikan kerapu tadi diatas batang daun bawang dan kukus selama 15-25 minit (Ikut size ikan).
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng hirisan halia sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
3. Dalam periuk/pan lain, ambil 2 sudu besar minyak goreng halia tadi dan masak bersama kicap cair, minyak bijan, gula dan air panas sehingga mendidih.
4. Ikan kerapu tadi dialihkan ke dalam pinggan atau dulang. Taburkan halia goreng, daun bawang, daun sup atau daun ketumbar ke atas ikan tadi.
5. Baki minyak goreng halia tadi dipanaskan secukupnya. Dan tuangkan ke atas ikan untuk menaikkan kelazatan dan aroma ikan tadi.
6. Siap dan boleh dihidangkan.

Cara-cara penyediaan sos:
1. campurkan semua bahan mengikut kepedasan masing-masing.

Nota:
# tidak perlu garam.
# jumlah halia yang digunakan adalah banyak atau mengikut selera masing-masing.
# pastikan letak ikan diatas pinggan atau dulang yang tahan panas kerana kita perlu menuang minyak panas ke atas ikan.
# berhati-hati ketika menuang minyak panas.
# untuk sos, boleh cuba cili pilihan masing-masing tetapi Liez suka menggunakan cili flakes.

Korang kena cuba resepi ini kerana ia sangat mudah nak dimasak dan yang penting memang sedap. 

3 comments: