7 Hidangan Ramadan Sedap, Sesuai Dimasak Untuk Iftar

7 Hidangan Ramadan Sedap, Sesuai Dimasak Untuk Iftar | Menjelang Ramadan, kesemua keluarga Muslim akan menghabiskan hari mereka dengan berpuasa. Tetapi setelah menjelang senja, anda pasti akan mendapati bahawa kebanyakan isi rumah tidak akan menahan diri dari memasak makanan yang special untuk berbuka puasa.

Sekiranya anda sedang mencari cadangan menu hidangan yang sesuai untuk dibuat sebagai menu Iftar, berikut adalah beberapa hidangan hebat yang boleh anda cuba!

1. Ayam Taliwang




Berasal dari Lombok, Indonesia, Ayam Taliwang adalah hidangan ayam panggang yang pedas, sedap dan sangat mudah dibuat!

Untuk menjimatkan masa bersiap untuk berbuka puasa, rempah untuk masak hidangan ini boleh dibuat lebih awal dan memasukkannya ke dalam ketuhar untuk dipanggang hingga masak. Sangat mudah dan tak perlukan masa yang lama untuk menyediakannya.

2. Ayam Masak Merah



Hidangan biasa semasa perayaan Hari Raya, Ayam Masak Merah adalah hidangan berasaskan tomato yang bukan sahaja mempunyai rasa yang pedas, ia juga berkrim dan sedap pada masa yang sama! Walaupun hidangan ini menggunakan beberapa rempah, namun rasa dan teksturnya tidak di tahap keterlaluan.

3. Ikan Goreng Kicap



Sekiranya anda lebih memilih ikan daripada sumber proten yang lain, anda disarankan untuk cuba menghasilkan hidangan Ikan Goreng Kicap yang sangat mudah ini. Perap sebilangan ikan dengan kunyit dan tepung jagung kemudian goreng hingga keemasan di dalam minyak panas.

Selesai digoreng, satukannya dengan kicap manis dan masin yang digabungkan bersama bawang. Menu simple saja tapi boleh makan nasi hingga bertambah.

4. Ayam Masak Lemak



Ayam Masak Lemak, salah satu hidangan yang sentiasa popular. Hidangan ini, yang dikatakan berasal dari Sri Lanka, dengan mudah boleh didapati dari kebanyakan gerai makanan Melayu.

Rasanya pedas dan berlemak dengan haruman aroma kunyit yang menyelerakan. Ayam masak lemak sedap di makan bersama nasi panas dan hidangan sampingan yang lain mengikut citarasa masing-masing.

5. Rendang Daging Lembu



Satu lagi menu klasik Hari Raya, Rendang daging adalah hidangan yang sangat digemari oleh masyarakat Melayu. Untuk menu rendang ini, anda boleh menukarnya kepada ayam atau kambing sebagai ganti daging lembu.

Jika mahu makan menu ini, pastikan mula masak satu jam lebih awal sebelum berbuka puasa dan biarkannya mereneh dengan menggunakan api kecil sehingga tiba masa untuk disajikan!

6. Tauhu Goreng



Walaupun ini boleh disajikan sebagai lauk, Tauhu Goreng sebenarnya cukup kenyang untuk dianggap sebagai hidangan utama bagi mereka yang berdiet. Hidangan ini senang untuk disiapkan dan boleh dibuat dalam masa beberapa minit saja.

Yang perlu anda buat hanyalah menyediakan sos manis dan pedas (yang boleh dilakukan beberapa jam sebelumnya!) Dan goreng tauhu sebelum menghidangkannya panas-panas. Ia sedap di makan begitu saja dan boleh juga dinikmati bersama nasi panas dengan lauk pauk yang lain.

7. Nasi Goreng Indonesia



Nasi Goreng Indonesia adalah hidangan yang sangat cepat dibuat dan mempunyai rasa yang mengenyangkan. Jadi apa yang menjadikan nasi goreng versi Indonesia berbeza? Seperti kebanyakan masakan Indonesia, ia harus di masak dengan penggunaan sambal.

Jika kurang arif tentang nasi goreng Indonesia, boleh saja masak nasi goreng versi yang lain. Buka puasa dengan nasi goreng sangat menjimatkan masa dan tidak perlu sediakan banyak lauk lain untuk di makan bersamanya, cukup sekadar goreng telur mata sebagai pelengkap selera.

Hari-hari masak, satu hari tentu rasa jemu asyik makan menu masakan sendiri saja kan? Tanpa perlu susah payah dan buang masa tenaga, boleh terus order food dari aplikasi Foodpanda.

Macam-macam tawaran ada, siap diskaun!!



Cuma untuk menu di bulan puasa ini, pastikan buat pesanan lebih awal supaya makanan yang dihantar boleh tiba tepat pada waktunya. Janganlah buat pesanan di waktu sudah hampir dengan masa untuk berbuka puasa, ianya akan menyusahkan banyak pihak nanti.

Rider yang menghantar makanan juga manusia dan pastinya ramai di kalangan mereka adalah Muslim yang akan turut berbuka puasa sama waktu dengan kita. Bertimbangrasalah sesama kita.



Post a Comment

0 Comments