Cara Tanam Pokok Pudina Dari Keratan Batang

Cara Tanam Pokok Pudina Dari Keratan Batang | Assalamualaikum korang. Sejak Liez berniaga Vietnamese Spring roll (VSR), daun pudina adalah bahan wajib yang perlu ada di dalamnya. Kalau tak ada daun pudina, seakan tiada Umpphhh tau. 

Cara Tanam Pokok Pudina Dari Keratan Batang

Jadinya, tiap kali Liez dapat tempahan VSR, tiap kali itulah Liez kena beli daun pudina. Nak gunanya tak banyak tapi kena beli dalam kuantiti yang banyak. Selalu selebihnya Liez terpaksa buang sebab bila simpan terlalu lama, daun dah tidak segar atau rosak. Rugi sangat rasanya.

Nak dijadikan cerita, Liez tertengok video orang menanam daun pudina di dalam YouTube. Seronok tengok sebab merimbun cantik dan segar je daun pudinanya. Memang sengaja ditanam daun pudina memenuhi laman rumahnya. So, Liez pun terfikir untuk cuba tanam sendiri. Bermula la episod Liez menanam daun pudina dari keratan batang. Kalau tengok dari video di YT tu, memang mudah sangat untuk ditanam. Hanya patahkan batang pudina, dan cucuk ke dalam tanah. Siram air dan biarkan. Mudah je?? Haaa tidak semudah itu dari pengalaman Liez.

Cara Tanam Pokok Pudina Dari Keratan Batang

Liez mengalami kegagalan menanam pokok pudina sebanyak 4 kali dan akhirnya berjaya di kali ke 5. Fuhhh!!.. sangat mencabar ye, padahal salah teknik atau cara je pun. Liez tak baca atau google sebarang info untuk tanam pokok pudina tapi terdetik dihati sendiri untuk cuba cara yang lain. Alhamdulillah, pokok pudina Liez tumbuh dan membiak dengan jayanya. Meh Liez share cara tanam pokok pudina dari keratan batang.

Cara Tanam Pokok Pudina Dari Keratan Batang


Langkah Pertama
Liez akan biarkan keratan batang pokok pudina di dalam air selama 3 ke 5 hari untuk penumbuhan akar. Bila sudah ada akar, boleh la kita pindah dan tanam ke tanah. Ada beberapa point yang Liez ikut seperti dibawah:


Cara Tanam Pokok Pudina Dari Keratan Batang

1. Keratan batang

Keratan batang yang digunakan adalah yang keras. Korang buangkan daun-daun pada batang pudina dan hanya tinggalkan 3,4 helai pucuk daun pudina. Jangan lupa keratkan pangkal batang pudina itu secara menyerong.

2. Tanah
Cara Tanam Pokok Pudina Dari Keratan Batang

Liez gunakan tanah tanaman sayur organik jenama Baba. Ini Liez dapatkan di pasaraya Giant dengan harga tidak sampai RM10. Tanah ini mengandungi bahan lain seperti habuk kayu, dedaun kering, pet moss, batu fostat dan beberapa lagi bahan yang sangat sesuai untuk memulakan tanaman.

3. Air

Tanah perlu di siram 2 kali sehari atau ikut kadar kelembapan tanah itu. Pokok pudina perlu tanah yang sentiasa lembap tetapi bukan air bertakung.

4. Matahari

Selepas batang pokok pudina di tanam ke tanah, Liez akan biarkan pokok pudina di kawasan yang redup selama 1 hari sebelum Liez pindahkan ke kawasan yang ada cahaya matahari secara terus. Pokok pudina perlukan cahaya matahari waktu pagi selama 2 hingga 3 jam.

5. Baja

Liez guna baja organik 2 minggu sekali dalam kadar mengikut size pasu yang digunakan. Baja di tabur keatas tanah tanpa mengenai batang pokok pudina atau tabur keliling dalam pasu. Baja kan panas, takut nanti mati pokok pudina tu

6. Kerapkan petik daun 

Tips untuk rimbunkan daun pudina adalah dengan kerap petik daunnya. Ini menggalakkan lagi pertumbuhan pucuk-pucuk baru dan akan membuatkan daun pudian lebih lebat dan segar.

Nak tahu lagi? >>>>>>> Resepi menggunakan daun pudina

Harap korang yang nak cuba tanam pokok pudina boleh cuba cara-cara yang Liez berikan di atas. Sebenarnya mudah tetapi sebab tekniknya salah itu yang membuatkan pokok pudina tidak menjadi.

Liez sekarang dah gian tanam pokok pudina. Ada je batang yang elok, Liez asyik tanam je. Tapi ada je batang yang tidak hidup dan mati kering. Apa-apa pun jangan mengalah ye. Dan jangan lupa mencuba


Post a Comment

2 Comments

  1. wah... mudah jg nak tanam pokok pudina ni blh try ni
    thanks for saharing

    ReplyDelete
  2. baru mati pokok pudina kat rumah... sebelum ni elok je dia tapi tup2 pucuknya mati sikit2, bila dah buang pucuknya ingat makin ok rupanya inalillah dia

    ReplyDelete