Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 : PERCUMA Datuk Dr Azizan Untuk Usahawan Terjejas Akibat Covid 19

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 : PERCUMA Datuk Dr Azizan Untuk Usahawan Terjejas Akibat Covid 19 | Sejak dunia dilanda Pandamik Covid 19 tidak terkecuali Malaysia pada tahun 2020, ia memberi kesan yang teruk kepada kita semua tidak kira kepada sektor ekonomi, sosial dan pendidikan. Ramai yang terjejas teruk termasuk bagi mereka yang bergantung pendapatan dengan berniaga. Mereka tidak boleh menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa dan bermula episod kesukaran dalam mencari rezeki untuk keluarga.


RichWorks sangat memahami dengan keadaan ini, pengasas Richwork International iaitu Datuk Wira Azizan Osman berbesar hati menaja para usahawan yang terjejas sertai program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital pada 27-29 Ogos ini khas untuk mereka yang ingin mengembalikan semangat dan bangkit untuk berjaya.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd Radz Mohd berkata, pihaknya cukup memahami keadaan yang dialami usahawan - usahawan sekarang bila terpaksa berhenti dari berniaga dan ada yang gulung tikar sejak Covid 19 melanda negara kita. Dan ramai diantara mereka yang menghubungi Richwork untuk dapatkan panduan dan nasihat untuk bantu menyelesaikan masalah ini. Tetapi kami kagum dengan usaha - mereka untuk tetap meneruskan perniagaan walapun sukar.

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 : PERCUMA Untuk Usahawan Terjejas Akibat Covid 19 


Pasti ada yang bercakap-cakap tentang program PERCUMA Datuk Wira Dr Azizan yang akhirnya menjerat usahawan untuk terus menyertai program berbayar mereka. Sebenarnya, ia terpulang kepada seseorang itu yang inginkan untuk perbaiki bisnes dan mahu mendapatkan hasil yang mana. Tiada paksaan untuk sertai program-program yang dianjurkan dan ia adalah pilihan masing-masing. Ada yang ingin belajar lebih lagi tentang trend perniagaan seperti yang dilakukan oleh Datuk Wira sendiri yang telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 untuk belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi.

Ramai sebenarnya tidak tahu, Program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online.


Lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion dan mengikuti program secara percuma dan juga berbayar mengikut kemahuan dan budget mereka sendiri. Perumpamaan mudah, seperti pergi di universiti dalam kelas dihadiri 50 orang pelajar. BELAJAR DENGAN CIKGU YANG SAMA, WAKTU YANG SAMA, ADAKAH SEMUA PELAJAR AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SAMA???

SEMUA GOLONGAN DARI USAHAWAN, SURI RUMAH, PELAJAR BOLEH SERTAI

Seperti kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, jangan anggap negara kita akan pulih (pandemik) dalam masa terdekat. “Pandemik ini masalah satu dunia dan kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” jelasnya lagi.

“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya. 



TENTANG RICHWORKS

Syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. 

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 

HUBUNGI KAMI : 
Richworks International Sdn Bhd, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. 

Website: www.richworks.com 

Post a Comment

1 Comments