Lindungi Diri Dari Covid-19 Dengan Vitamin Lengkap Eskayvie Diffenz

Lindungi Diri Dari Covid-19 Dengan Vitamin Lengkap Eskayvie Diffenz | Dah hampir dua tahun kita berhadapan dengan Pandemik Covid-19 yang belum nampak lagi akan berkurangan dalam masa terdekat. Bukan negara kita sahaja yang mengalaminya, malahan satu dunia berhadapan dengan Pandemik Covid-19.

Dengan kehadiran varian-varian baru yang makin mengganas menyerang penduduk di seluruh dunia, kita dijangka memasuki fasa Endemik dan perlu hidup bersama Covid-19 selamanya.

Kehidupan seharian kita kini harus mematuhi Standard Operating Procedure atau SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Keselamatan Negara (MKN) selain memakai pelitup mulut, jaga jarak dan elakkan daripada berkumpul di tempat yang sesak.

Walau pun kini telah lebih 60% rakyat Malaysia divaksinasi, kita masih perlu berjaga-jaga kerana kita masih boleh dijangkiti dengan Covid-19 dan menjangkiti orang lain. Jadi, adakah kita sudah bersedia untuk hidup bersama Covid-19 ini dan meneruskan kehidupan seperti biasa?

Tingkatkan Sistem Imun Badan Dengan Eskayvie Diffenz



Selain mengambil suntikan vaksin, kita perlu tingkatkan sistem imun badan untuk mengelak daripada mudah dijangkiti. Antara cara untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kita adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta pengambilan suplemen yang lengkap dengan vitamin seperti yang disarankan oleh pakar perubatan.


Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz telah mengenengahkan 4 bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, buah Camu-camu, Vitamin C dan Vitamin D. Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan empat bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. Cuba bayangkan jika anda mengambil 4 jenis suplemen, sudah tentu harganya akan mencecah RM499 dan ke atas. Tetapi Eskayvie Diffenz menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.


Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu yang diantaranya adalah Banjaran Titiwangsa sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.

Buah Camu-Camu merupakan buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas.

Vitamin C sangat penting untuk kekuatan daya pertahanan tubuh. Kekurangan vitamin C mengakibatkan manusia mudah dijangkiti pelbagai penyakit akibat daripada sistem imun yang lemah. Walaupun vitamin C ini mudah didapati melalui pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti limau, cili, bayam, strawberi dan brokoli. Tetapi, hanya 10% sahaja yang dapat diserap oleh badan. Ini adalah kerana badan kita tidak boleh menghasilkan dan menyimpan vitamin C.

Vitamin D pula sangat terkenal dengan jolokan vitamin percuma kerana ia diperolehi daripada cahaya matahari. Walau bagaimanapun, 64.5% daripada rakyat Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin ini. Vitamin D sangat diperlukan manusia untuk memperkuatkan daya tahan tubuh kerana ia mampu mengaktifkan sel T untuk menghasilkan lebih banyak fostolipase C-y1 yang diperlukan sistem pertahanan tubuh manusia.

Kurangkan Risiko Dijangkiti Covid-19 Dengan Vitamin Lengkap Eskayvie Diffenz



Menurut Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya apabila usia semakin meningkat. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mengalami penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan jantung. Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.

Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang di ambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.

Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.

Vitamin C digunakan di ICU

Menurut artikel yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini berkenaan kajian melibatkan penggunaan Vitamin C ke atas pesakit Covid-19 yang kritikal dan berada di ICU.


Hasil keputusan kajian yang agak memberangsangkan menunjukkan 14% daripada kes-kes positif Covid-19 ini melibatkan acute lung injury (ALI) dan acute respiratory distress syndrome. Pencetusnya ialah lambakan cytokine atau cytokine storm dalam darah menyebabkan tekanan oksidatif yang melampau seterusnya menyebabkan kerosakan tisu paru-paru yang teruk.

Dalam kajian ini, Vitamin C dos tinggi diberikan ke atas pesakit COVID19 sebagai antioksidan yang berpotensi untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam usaha mengurangkan tahap kerosakan tisu paru-paru, juga dalam usaha mencegah kegagalan fungsi organ yang lain.

Pesakit yang terlibat dalam kajian tersebut mempunyai masalah kesihatan yang pelbagai. Mereka juga adalah perokok. Daripada ujian tersebut, kumpulan yang diberi rawatan tambahan dengan Vitamin C didapati mempunyai tempoh sakit berkurangan dan Sequential Organ Failure Assessment score yang lebih baik. Kesemua mereka diberi ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk keadaan mereka dan satu kumpulan ditambah dengan Vitamin C.

Keputusan kajian terhadap pesakit yang diberi rawatan tambahan Vitamin C mendapati 57% discaj dari hospital dengan sihat, 29% discaj dengan ketidakupayaan dan 14% meninggal dunia. Berbanding kumpulan yang tidak dirawat dengan Vitamin C mendapati 71% kematian, 29% discaj dengan ketidakupayaan iaitu bebas Covid-19 tapi mengalami kegagalan atau kecederaan pada organ lain.

Berdasarkan informasi ini, vitamin C telah digunakan dalam rawatan COVID-19 untuk pesakit yang mempunyai komplikasi radang paru-paru dan kajian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan vitamin C untuk perkara yang sama. Terdapat sebuah artikel yang diterbitkan oleh Chinese Journal of Infection Diseases, the Shanghai Medical Association yang memperakukan kegunaan intravena vitamin C untuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital.

Walaubagaimanapun, rawatan vitamin C bukanlah satu rawatan standard yang diiktiraf untuk Covid-19 buat masa ini. Kajian pengambilan intravena Vitamin C dalam dos yang tinggi masih lagi sedang diuji untuk mengetahui sama ada dapat meningkatkan fungsi paru-paru pesakit Covid-19.

Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19


Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayie™ bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Diffenz diformulasikan bagi membantu anda untuk tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.

Eskayvie Diffenz ini dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, formulasi Doktor Perubatan, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Eskayvie Diffenz Membantu:
1. Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
2. Meningkatkan Sistem Imun Badan
3. Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
4. Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
5. Menyokong Kesihatan Sendi
6. Menyihatkan Jantung
7. Memberikan Tenaga
8. Mengawal Gula di Dalam Darah
9. Mencantikan Kulit
10. Anti Kanser & Anti Virus

4 Kelebihan Eskayvie Diffenz

1. Kaya dengan Vitamin C dan D
Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.

2. Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu
Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningktkan perlindungan dalaman.

3. Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet
Kandungan antioksidan dan bahan aktif yang sukar didapati dalam satu tablet mudah untuk perlindungan dari dalaman.

4. Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat
Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.




Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Vitamin C, Vitamin D, Buah Camu-Camu & Cendawan Susu Harimau yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga.

Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah beri hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.

Testimoni - Testimoni Pengguna Eskayvie Diffenz

Pengalaman Paknil selepas menerima suntikan pertama vaksin

Pengalaman Enot pulih dari jangkitan kuman

Pengalaman encik Mohd Azrul sembuh dari penyakit

Angkara seorang habis semua ahli keluarga Zura dijangkiti Covid-19

Seronok bila dapat melihat mama Izuddin kembali tersenyum


SOALAN & JAWAPAN BERKAITAN ESKAYVIE DIFFENZ

Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?

Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.

Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?

Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?

Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.

Kepada pembaca, saya memang amat sarankan anda ambil Eskayvie Diffenz ini untuk bantu tingkatkan sistem pertahanan badan kita sebagai persediaan untuk teruskan hidup Bersama Covid-19.

Bersedia lebih baik dari kita terkena Covid-19 dan lebih teruk kalau kerana kita, ahli keluarga kita dan orang disekeliling kita turut dijangkiti. Hanya dengan RM60 sahaja kita boleh dapatkan Eskayvie Diffenz sebagai persediaan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Yang penting kita ikhtiar dan usaha untuk memberikan yang terbaik untuk diri kita dan orang disekeliling kita.

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda.

Hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut.

Info lanjut mengenai Eskayvie Diffenz boleh layari laman web dan media sosial dibawah.



#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita

Post a Comment

1 Comments

  1. produk yang memang terbaik untuk tingkatkan imun badan. sape2 yang selalu demam, selsema tu memang wajib ambil Diffenz ni

    ReplyDelete