Mengapa alim ulamak berwasiat dikebumikan di tempat mereka menghembuskan nafas terakhir?

Mengapa alim ulamak berwasiat dikebumikan di tempat mereka menghembuskan nafas terakhir? | Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.

Gambar: https://www.kibrispdr.org/

روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .

Imam Ahmad , an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata :

" Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.

Baginda kemudiannya bersabda :
" Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya".

Mereka ( para sahabat ) bertanya : " Kenapa begitu ya Rasulullah? ".

Baginda bersabda :
"Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga. [HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab.

TETAPI.............

Sumber dari https://www.muftiwp.gov.my/

Walau bagaimanapun, diharuskan dan dibolehkan untuk menangguhnya jika mempunyai sebab yang kuat dan maslahah yang lebih besar, antaranya ialah:

  • Jika sekiranya terdapat syak tentang kematiannya seperti seseorang mati disebabkan oleh lemas, penyakit berkaitan perut, kematian mengejut dan seumpamanya, yang masih berkemungkinan untuk hidup. Hal ini seperti disebut di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah:

اتَّفَقَ الفقهاء عَلَى أَنَّهُ إِن تَيَقَّن المَوْتَ يبادر إِلَى التَجْهِيز وَلَا يُؤَخَّر... فَإِنْ مَاتَ فَجْأَةً تَرَكَ حَتَّى يتيقن مَوْتَه

Maksudnya: Para fuqaha’ telah bersepakat bahawa jika sekiranya diyakini kematian seseorang tersebut, maka hendaklah bersegera untuk menyiapkan pengebumiannya dan tidak boleh sengaja dilambat-lambatkan. Jika sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan mengejut, maka hendaklah dibiarkan terlebih dahulu sehinggalah diyakini kematiannya. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 16:7)

  • Menunggu supaya dapat disembahyangkan oleh jemaah yang lebih ramai. Dibolehkan untuk menangguhkan pengebumian seperti contohnya seseorang yang mati di awal pagi jumaat ditangguhkan sehingga selepas solat Jumaat untuk mendapatkan jumlah jemaah yang ramai. Hal ini kerana jenazah yang disembahyangkan oleh jemaah yang ramai akan dapat memberikan syafaat kepada si mati, lebih-lebih lagi jika disertai oleh ramai orang-orang yang soleh dan beriman. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مَيِّتٍ يُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ أَنْ يَكُونُوا مِائَةً يَشْفَعُونَ إِلَّا شُفِّعُوا فِيهِ

Maksudnya: Tidak ada seorang muslim yang meninggal dunia kemudian disembahyangkan oleh seratus orang dalam kalangan orang Islam dengan meminta supaya diberikan syafaat kepada si mati kecuali pasti akan diberikan syafaat kepadanya.

Hadith riwayat Muslim: (947)

  • Menunggu kedatangan ahli waris untuk melihat jenazah buat kali terakhir selama mana tidak terlalu lama. Hal ini seperti disebutkan di dalam kitab Faydh al-Qadir:

يَنْبَغِي انْتِظَارِ الوَلِيِّ إِنْ لَمْ يَخَفْ تَغَيًّرُهُ

Maksudnya: Hendaklah menunggu walinya (untuk melihat jenazah) selagimana tidak dikhuatiri perubahan berlaku pada mayat. (Rujuk Faydh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir, 3:377)

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa menangguh pengebumian adalah diharuskan jika sekiranya terdapat sebab yang munasabah dan bahkan dituntut jika terdapat maslahah yang lebih besar apabila menangguhnya pada kadar yang tidak terlalu lama.

Disamping itu, para ulama’ juga menyatakan bahawa adalah disunatkan untuk mengebumikan jenazah di tempat dia meninggal dunia. Antaranya ialah apa yang disebut oleh Syeikh Abu Bakr al-Mundzir al-Naisabur:

يُستحبُّ أن يُدفنَ الْميِّتُ في البلدِ الذي تُوفِّيَ فيه، على هذا كانَ الأمرُ على عهدِ رسولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم، وعليه عَوامُّ أهلِ العلمِ، وكذلكَ تفعلُ العامَّةُ في عامَّةِ البلدانِ

Maksudnya: Disunatkan untuk dikebumikan jenazah di negeri yang dia meninggal dunia padanya. Dan begitulah hal keadaannya pada zaman Rasulullah SAW, dalam kalangan ahli ilmu dan juga kebiasaan orang awam. (Rujuk al-Awsat fi al-Sunan, al-Ijma’ wa al-Ikhtilaf, 5:464)

Walau bagaimanapun, diharuskan untuk memindahkan jenazah untuk dikebumikan di tempat lain selagimana mempunyai sebab dan maslahah yang kuat dan tidak mengambil masa yang lama sehingga menjangkau waktu yang lama, seperti dua atau tiga hari sebagai contoh. Jika mengambil masa terlalu lama, maka hukumnya adalah makruh. Ini sepertimana disebutkan Imam Ibn Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari dengan berkata:

اختلف فِي جَوَازِ نَقْلِ المَيِّتِ مِن بَلَدٍ إِلَى بَلَد فَقِيلَ يُكْرَه، لِمَا فِيهِ مِن تَأْخِيرِ دَفْنِهِ وتعريضه لهتك حرمته وَقِيلَ يُسْتَحَبُّ كَمَا نَصَّ الشافعي على استحباب نقل المَيِّتِ إِلَى الأرْضِ الفَاضِلَةِ كَمَكَّة وَغَيْرِهَا 

Maksudnya: Para ulama’ berbeza pendapat berkaitan keharusan memindahkan urusan pengebumian jenazah daripada stu tempat ke satu tempat yang lain. Ada yang mengatakan hukumnya makruh kerana ia melambatkan proses pengebumiannya dan mendedahkan jenazah kepada perkara yang mungkin mencemarkan kehormatannya. Ada pula yang mengatakan ia disunatkan.. sepertimana dinukilkan daripada Imam al-Syafie bahawa sunat memindahkan jenazah ke tempat yang mulia seperti Mekah dan seumpamanya. (Rujuk Fath al-Bari, 4:117)

Begitu juga, disebut di dalam kitabnya ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud:

قَالَ العيني: وَأَمَّا نَقْلُ المَيِّتِ مِن مَوْضِعٍ إِلَى مَوْضِعٍ فَكَرِهَهُ جَمَاعَةٌ وَجَوَّزَهُ آخَرُونَ, وقال المازري: ظَاهِرُ مَذْهَبنَا جَوَازُ نَقْلِ المَيِّتِ مِن بَلَدٍ إِلَى بَلَدٍ، وقد مات سعد بن أبي وقاص وسعيد بن زيد بالعقيق ودُفِنَا بِالمَدِينَةِ

Maksudnya: Berkata Imam al-AiniAdapun memindahkan jenazah daripada satu tempat ke tempat yang lain, sebahagian ulama’ mengatakan ia makruh dan sebahagian lagi mengatakan ianya diharuskan. Al-Maziriy berkata: Apa yang zahir bagi mazhab kami ialah harus untuk memindahkan jenazah daripada satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya Saad Ibn Abi Waqas dan Sa’id Ibn Zaid telah meninggal dunia di al-‘Aqiq, namun kemudiannya mereka disemadikan di Madinah. (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 5:59)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan situasi di dalam soalan di atas, kami menyimpulkan bahawa dibolehkan dan harus hukumnya untuk mengebumikan jenazah bukan di tempat dia meninggal dunia dan melewatkan sedikit urusan pengebumian jenazah selagimana mempunyai sebab yang kuat, mashlahah yang lebih besar dan tidak mengambil masa terlalu lama sehingga memudaratkan jenazah.

Justeru itu, apa yang telah dilakukan puan yang bertanya bukanlah satu perbuatan yang berdosa dan ia tidak menyakiti si mati, bahkan ia demi kebaikan si mati dan para warisnya juga. Apatah lagi, proses tersebut tidak mengambil masa yang begitu lama untuk mengebumikan jenazah di tanah air, maka ia tidak makruh dan tidak pula berdosa.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Ameen.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagus perkongsian ni Liez. Ramai yang masih tak faham tentang kenapa harus ditanam di tempat mereka meninggal.

    ReplyDelete