Tarik Minat Nak Belajar Sifir Tanpa Hafal Dan Matematik Dengan Teknik Mengira Menggunakan Jari Aritmetik Cahaya Minda | Assalamualaikum semua. Bila sebut tentang matematik, Liez antara orang yang tidak suka pembelajaran subjek matematik di zaman persekolahan dulu. Jangan tak tahu, Liez tak pernah lulus ketika ujian atau percubaan SPM tetapi dapat kelulusan cemerlang untuk keputusan SPM. Fuhh!!! seram bila fikir balik. Ingatkan bila habis sekolah tak perlu mengadap matematik, dapat masuk Politeknik dan ambik course Architecture kena mengadap matematik juga. Bila difikir balik sekarang, matematik adalah subjek yang perlu kita kuasai kerana ia digunakan sepanjang masa. Jadi Liez nak anak-anak Liez dapat menguasai matematik terutama sifir untuk kepentingan mereka nanti.
Tarik Minat Nak Belajar Sifir Tanpa Hafal Dan Matematik Dengan Teknik Mengira Menggunakan Jari Aritmetik Cahaya Minda |
Liez mula risau sebab Qaseh kena belajar secara online (PdPR) dan pemahaman semakin berkurang kerana tidak dapat fokus. Lagilah Liez risau sebab Liez nak ajar memang tak tahu teknik atau cara. Tak lama selepas itu, Liez dapat masukkan Qaseh ke kelas Aritmetik Cahaya Minda selepas ternampak iklannya keluar di facebook.
Tarik Minat Nak Belajar Sifir Dan Matematik Dengan Teknik Kiraan Guna Jari Di Aritmetik Cahaya Minda
Pada awalnya Liez macam tak yakin sangat bila Qaseh masuk kelas Aritmetik ni sebabnya risau Qaseh tidak faham dengan formula-formula yang rumit. Even buat kiraan tambah tolak yang mudah pun tidak lancar inikan pula jika menggunakan formula yang sukar.
Tarik Minat Nak Belajar Sifir Tanpa Hafal Dan Matematik Dengan Teknik Mengira Menggunakan Jari Aritmetik Cahaya Minda |
Percaya tak akhirnya dengan 1 sesi pembelajaran, Qaseh berjaya jawab soalan tolak tambah dalam masa beberapa saat sahaja. Dan semangat dan minat Qaseh makin mendalam untuk belajar matematik. Bayangkan setiap hari mesti ada sahaja permintaan Qaseh untuk Liez beri soalan matematik. Nampak tak, Teknik Aritmetik menggunakan jari ini menarik minat anak untuk belajar matematik?
Terujanya Liez bila Qaseh makin semangat untuk belajar lebih lagi. Boleh dikatakan dia asyik sebut nak belajar sifir dengan cepat. Mana tidaknya, Liez asyik push dia untuk hafal sifir dari awal tahun sampai sekarang masih tidak lancar. Syukur alhamdulillah Liez ditemukan dengan Puan Faridah kerana buat Qaseh makin minat untuk belajar matematik.
Tarik Minat Nak Belajar Sifir Tanpa Hafal Dan Matematik Dengan Teknik Mengira Menggunakan Jari Aritmetik Cahaya Minda |
Keistimewaan Kelas Aritmetik Cahaya Minda.
Mesti ramai tertanya apa yang buatkan Liez teruja nak cerita mengenai keberkesanan teknik mengira dari Aritmetik ni kan? Insyallah apa yang Liez tulis ini adalah pengalaman anak Liez sendiri dan Liez berpuas hati dengan keputusannya.
1. Teknik mengira menggunakan jari dan tahu sifir tanpa menghafal
Liez memang tak sangka ada teknik yang sangat mudah untuk mengira menggunakan jari. Memanglah selama ini menggunakan jari tetapi macam susah walaupun sebenarnya senang. tetapi dengan teknik Aritmetik ni, teknik menggunakan jari tu sangat mudah hinggakan ada anak yang berusia 5 tahun boleh buat kiraan dengan mudah. Serius Liez teruja.
2. Teknik pembelajaran yang terkini, mudah dan efektif
Teknik Aritmetik mengira menggunakan jari memang sangat mudah difahami. Liez yang pertama kali join sesi pertama, boleh faham dan nampak anak-anak lain boleh memahami teknik yang diajar. Ibu bapa tak perlu risau sebab memang anak-anak akan mudah faham. Mereka akan seronok dan enjoy ketika belajar kerana tekniknya tidak membosankan.
3. Kelas secara online dan masa yang fleksibel
4. Tutor yang berpengalaman selama 28 tahun
Pengalaman pengajar yang mengajar anak-anak di Aritmetik Cahaya Minda bukan calang-calang ye. 28 tahun mengajar dan sentiasa memastikan teknik yang diajar mudah difahami anak-anak dan juga pengalaman untuk menarik anak-anak untuk minat matematik.5. Pembelajaran di ajar secara Profesional
6. Belajar sampai pandai.
Ini yang semua ibu bapa nak kan? Begitu juga Liez. Liez nak Qaseh mahir dan pantas dalam matematik. Minat yang mendalam untuk belajar matematik bukan macam mamanya ni. hihihihi Liez yakin dengan menghadiri kelas Aritmetik secara konsisten dan bertanya jika tidak faham adalah kunci untuk bejaya dan pandai dalam matematik. Dan pasti tenaga pengajar Aritmetik mahu pelajar-pelajar mereka berjaya. Kuncinya, kena kenal angka sudah boleh pandai dengan Aritmetik nanti. Latihan juga diberikan setiap kali lepas sesi pembelajaran. Ini untuk membiasakan dan anak-anak akan teruja membuat latihan dirumah.Tarik Minat Nak Belajar Sifir Tanpa Hafal Dan Matematik Dengan Teknik Mengira Menggunakan Jari Aritmetik Cahaya Minda |
Apa kata Liez?
Dan Liez berterima kasih dengan Puan Faridah Fagir kerana tidak jemu mengajar Qaseh juga qnak-anak yang lain untuk terus menguasai matematik dengan mudah. Sanggup 1 on 1 dengan Qaseh bila Qaseh terlepas pembelajaran disebabkan masalah internet.
1 Comments
menarik tu...mesti Qaseh pun seronok belajar tuu
ReplyDelete