Tuesday, November 2, 2021

Bangkit Semula Selepas Diberhentikan Kerja Dengan Buat Jualan RM1.7 Sebulan Melalui Perniagaan


Bangkit Semula Selepas Diberhentikan Kerja Dengan Buat Jualan RM1.7 Sebulan Melalui Perniagaan | Assalamualaikum semua. Liez sebenarnya suka baca kisah-kisah kejayaan orang kita yang berjaya dalam perniagaan lagi-lagi yang berjaya jadi jutawan dan buat jualan berjuta-juta. Kita tumpang gembira atas kejayaan mereka dan boleh jadikannya sebagai sumber inspirasi kepada kita untuk terus berusaha.

Di sini Liez nak kongsikan kepada korang semua kisah kejayaan seorang ibu anak 4 ni yang bangkit semula dengan berjaya buat jualan RM1.7 juta sebulan selepas diberhentikan kerja satu ketika dulu.

Terima Tawaran VSS Dari Majikan Bukan Pengakhiran

“Terduduk apabila bos bagi pilihan untuk ambil VSS”. Itu yang dialami oleh Puan Eina ketika itu kerana beliau mempunyai komitmen yang tinggi.

Bangkit Semula Selepas Diberhentikan Kerja Dengan Buat Jualan RM1.7 Sebulan Melalui Perniagaan

“Dulu selesa makan gaji. Setiap bulan tak pernah risau sebab hujung bulan dapat gaji. Tetapi apabila majikan tawarkan VSS, terduduk jugalah memikirkan macamana cara nak bayar semua komitmen tu. Duit VSS yang diterima tu tak banyak mana pun sebab saya baru saja bekerja di syarikat tersebut. Suami pun kerja sendiri, jadi memang risau sangat tak ada sumber pendapatan tetap” kata Puan Eina Aziz, 45, bekas Pereka Grafik.

Bangkit Semula Selepas Diberhentikan Kerja Dengan Buat Jualan RM1.7 Sebulan Melalui Perniagaan

Anak sulung daripada 6 beradik ini memikul tanggungjawab besar untuk menjaga kebajikan mak yang tersayang. Selain itu, ibu kepada 4 orang anak yang semakin meningkat dewasa ini turut menyimpan impian untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka.

Buat Jualan RM1.7 Juta Sebulan Tanpa Keluar Modal


Siapa sangka, keputusan Puan Eina Aziz untuk buat bisnes dengan Eskayvie adalah satu keputusan yang tepat. Dengan tanpa modal, beliau boleh buat duit RM1.7 juta sebulan!

“Pada mulanya saya nak jadi founder produk sebab kata orang, senang nak jadi jutawan. Tapi, selepas buat kajian lebih mendalam. Susah sebenarnya nak jadi founder. Kena ada ilmu pemasaran dan jualan, modal kena besar selain perlu ada kedai dan gajikan pekerja. Sedangkan saya ni tak ada pengalaman langsung,”


Beliau tertarik sertai Eskayvie sebab produknya yang berkualiti. Ia diformulasikan oleh Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang memastikan setiap bahan dan sukatan yang digunakan adalah bersesuaian mengikut keperluan individu. Setiap produk yang dihasilkan akan melalui penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh demi memastikan ia memberi manfaat terbaik kepada pengguna.

KELEBIHAN SEBAGAI USAHAWAN ESKAYVIE NEXUS
1. Tiada Modal
2. Yuran Pengaktifan Rendah
3. Komisen Pengenalan, Komisen Jualan sehingga 40%, Bonus
4. Tidak Perlu Pegang Stok & Penghantaran diuruskan Eskayvie
5. PERCUMA: Latihan Jualan dan Pemasaran secara online dan offline bernilai lebih RM360,000 seorang
6. Bimbingan professional oleh doktor perubatan, dietitian dan nutritionist
7. Insentif kereta, rumah & royalti
8. Sistem yang telus dan adil

Bangkit Semula Selepas Diberhentikan Kerja Dengan Buat Jualan RM1.7 Sebulan Melalui Perniagaan

“Paling best, nak sertai Eskayvie Nexus pun tak perlukan modal yang besar. HQ sediakan banyak latihan pemasaran dan jualan bagi membantu orang yang tak ada pengalaman macam saya ni untuk mulakan langkah dan berjaya dalam bisnes ni. Sekarang ni lebih mudah sebab semua HQ yang buat. Saya tak perlu simpan stok dan tak perlu bersusah payah keluar hantar barang kepada pelanggan. Semuanya di hujung jari saja sambil duduk rumah pantau PDPR anak tanpa perlu saya bergerak ke mana-mana,” kata Puan Eina yang kini menjalankan bisnes Eskayvie Nexus bersama suami yang sentiasa menyokong usahanya.

Banyak Impian Tercapai Selepas Sertai Eskayvie


Bangkit Semula Selepas Diberhentikan Kerja Dengan Buat Jualan RM1.7 Sebulan Melalui Perniagaan

Banyak impian Puan Eina yang sudah tercapai sejak sertai Eskayvie. Bukan saja bebas kewangan dan dapat berikan apa saja kepada anak-anak dan keluarga. Malah beliau juga berpeluang melancong ke luar negara yang tak pernah terfikir pun boleh sampai. Semuanya ditanggung oleh Eskayvie.

“Sokongan padu daripada HQ telah membawa saya mencapai banyak impian. Kelebihan sistem Eskayvie Nexus yang telus ini memberikan keuntungan sehingga 40% melalui Komisyen, Bonus dan Reward. Ia sangat membantu setiap usahawan mencapai pendapatan impian sehingga 6 angka. Semuanya boleh dibuat dari hujung jari saja guna telefon pintar atau laptop. Bisnes boleh berjalan lancar di mana saja anda berada asalkan ada data internet. Inilah yang saya cari. Saya sangat sarankan mereka yang hilang pekerjaan dan sedang tercari-cari peluang pendapatan untuk sertai Eskayvie Nexus ini,”

Bangkit Semula Selepas Diberhentikan Kerja Dengan Buat Jualan RM1.7 Sebulan Melalui Perniagaan

Baru-baru ni, Eskayvie ada keluarkan satu produk inovasi terkini daripada Cendawan Susu Harimau iaitu Eskayvie Diffenz yang jadi rebutan pengguna dan telah terjual lebih 500,000 botol. Kajian mendapati Cendawan Susu Harimau ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan paru-paru. Mereka yang ada sistem imun yang lemah dan masalah terhadap kesihatan paru-paru sangat sesuai untuk ambil Diffenz ni. Di musim pandemik ini, kita sendiri tahu bahawa sistem imun dan kesihatan paru-paru sangat perlu ditingkatkan agar tidak mudah dijangkiti virus yang boleh membawa maut.

Untuk pengetahuan korang, Puan Eina juga ada bekalkan anak-anak dengan Diffenz sebab nak lindungi mereka yang masih belum layak untuk terima vaksin.

Korang boleh klik sini untuk baca lebih lanjut berkaitan Eskayvie Diffenz. Produk ni memang bagus untuk tingkatkan sistem pertahanan badan tambahan sekarang ni dah boleh rentas negeri dan bebas kemana-mana.

Cara Sertai Eskayvie Nexus

Liez memang sarankan korang yang berminat nak cuba berniaga, nak cari pendapatan tambahan dan nak ubah hidup untuk sertai Eskayvie ni. Produk Eskayvie ni juga bagus dan berkualiti ya sebab Eskayvie telah tersenarai diantara salah satu brand diantara 100 usahawan jutawan dibawah bimbingan dan didikan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Richwork di Program Titan Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya.

Korang boleh baca kisah kejayaan dan jatuh bangun pengasas Eskayvie Sdn Bhd, Puan Kartika Wati Mohamed disini.

Korang yang berminat nak sertai Eskayvie ni boleh layari laman web https://eskayvienexus.my/ untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang ini sebab siapa yang laju dia yang akan berjaya!

Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan untuk membantu lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh Malaysia menjelang Disember 2021 bagi mencapai matlamat bebas kewangan serta bebas masa demi keluarga.

“Kita Ikhtiar untuk kesihatan diri dan bantu ekonomi keluarga,”

3 comments: