Wednesday, June 29, 2022

Anytime Fitness Launches AF Connect

Wednesday, June 29, 2022 0

Anytime Fitness Launches AF Connect | Anytime Fitness launches a new digital platform, AF Connect. This domain features personalized coaching that provides the best fitness, nutrition, and recovery guidance accessible any time, anywhere. The newest digital platform launched this April 1.

Anytime Fitness Launches AF Connect

AF Connect features curated workouts with global fitness brand, Les Mills, as well as blogs and entries about keeping a fit and healthy lifestyle beyond the physical aspect. Users can also expect a wide array of content, including healthy, easy-to-do recipes, exclusive perks and discounts for active members, member testimonials, and other lifestyle content such as mental health, COVID protocols, and the like.

Anytime Fitness Asia COO for Core Market Ryan Cheal shares his insight for AF Connect, “The past two years have been challenging with COVID-19, and we have witnessed that leading a healthy lifestyle is very important. Anytime Fitness has 34 gyms nationwide and we open new gyms every month. For the last seven years, we have been bringing Anytime Fitness to our communities. Now we want to make health and fitness more accessible by launching our online platforms. Our members can get the best education on nutrition, recovery, mental health, and workout at the gym, at home, at work and at the local park, with the world’s number 1 in group exercise Les Mills on demand. Not only will this platform be for free for our members, but we also want to give everyone a 7-day free trial. We want to continue to improve the health and fitness of the Filipino people.”

Anytime Fitness Launches AF Connect

Aside from AF Connect, other digital platforms include the Anytime Fitness PH website, a user-friendly tool that features Find My Gym, free day passes, and online sign-ups. The AF app is also available to all active members where they can book their gym visit, customize workouts, and speak to their personal trainers, 24-7.

AF Connect launched this April 1st, with a free 7-day trial open to everyone. Claim your free trial here: http://afconnect.coach


Friday, June 24, 2022

Shopee bantu penjual tempatan tingkatkan jualan dengan lebih banyak ciri kolaboratif

Friday, June 24, 2022 1
Shopee kongsikan inisiatif dan sumber untuk menyokong perniagaan tempatan di Seller Summit 2022 | Pengarah Shopee Malaysia Kavan Sito menekankan bahawa platform tersebut kekal komited untukmembantu lebih ramai orang dan perniagaan mengakses manfaat ekonomi digital melalui teknologi.



Shopee berusaha untuk membantu para penjual tempatan menarik lebih ramai pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada untuk kembali membuat pembelian pada platform dengan alat pemasaran penjual baharu dan bersifat lebih kolaboratif.

Menurut Kavan Sito, Pengarah Shopee Malaysia, mulai S3 tahun ini, semua penjual bakal meluaskan jangkauan mereka menerusi lebih 13,000 rakan affiliate Shopee untuk menambahbaik keterlihatan serta meningkatkan jualan melalui Shopee Affiliate Marketing Solution (AMS).

Rakan kongsi affiliate termasuk influencer media sosial, platform kupon dan pulangan tunai, platform perbandingan harga dan penerbit kandungan. 

Penjual terpilih yang menyertai AMS antara bulan Oktober dan Disember tahun lalu mencapai hingga 16 kali ganda pulangan atas pelaburan pengiklanan mereka.

Berucap di Shopee Seller Summit pada 16 Jun, Sito berkata bahawa ulasan atau review daripada pengguna adalah penting untuk membantu mewujudkan kepercayaan dan daya tarikan untuk produk dalam talian. Oleh itu, Shopee juga akan membolehkan para penjual memberi ganjaran kepada pengguna yang memberi ulasan produk yang berguna.

Selain itu, platform itu juga akan mempertingkatkan ciri baucarnya yang akan membolehkan para penjual memberi insentif kepada pembeli baharu serta memberi ganjaran kepada pembeli sedia ada yang kembali membuat pembelian atas kesetiaan mereka.

“Ini adalah antara banyak ciri pemasaran penjual inovatif yang akan dilancarkan oleh Shopee dalam beberapa bulan akan datang untuk membantu para penjual memacu pertumbuhan perniagaan jangka panjang,” kata Sito.

Shopee Seller Summit yang bertemakan “Level Up: Driving Growth Together” telah diadakan di Sunway Resort, Petaling Jaya. Acara tersebut telah menarik 500 peserta fizikal dan hampir 2000 peserta maya.

Sito berkata, “Shopee kekal komited untuk meningkatkan kemahiran dan memperkasakan perniagaan tempatan. Selain daripada modul latihan percuma yang disediakan melalui Shopee University, Shopee berbesar hati menjadi rakan kepada agensi kerajaan yang dipercayai untuk menyokong komuniti tempatan serta memacu inisiatif latihan yang membantu meningkatkan kemahiran perniagaan tempatan.

Ini termasuk memberi sokongan kepada semua jenis penjual, malah kira-kira 5,000 usahawan pelajar universiti memulakan perjalanan perniagaan dalam talian mereka melalui inisiatif Siswa Mall dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.”

Shopee Seller Summit juga merupakan sebahagian daripada inisiatif #ShopeeSapotLokal yang bertujuan memacu inklusiviti dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti tempatan. Kelvin Yam, 46 tahun, seorang penjual di Shopee yang mengendalikan kedai alat tulis, CX Trading merupakan seorang pengguna tegar program-program Shopee seperti Facebook Collaborative Ads (CPAS) dan Seller Affiliate Programme. Beliau berkata bahawa program-program tersebut bukan sahaja memberi insentif kepadanya untuk memasarkan produk Shopee di Facebook, tetapi turut membantu meningkatkan purata jualan bulanannya sebanyak lebih daripada dua kali ganda.

“Program-program ini sangat membantu dalam meningkatkan perniagaan Shopee saya kerana saya melihat peningkatan jualan hampir 5 kali ganda. Saya kini menjana purata jualan bulanan sebanyak kira- kira RM50,000,” kata Yam.

Seorang lagi penjual, Ammar Izzuddin, 33, percaya bahawa selain menambah ilmu, seseorang juga perlu menjalin rangkaian kenalan dan belajar daripada penjual lain untuk menimba lebih banyak pengalaman dalam penjualan.

Ammar yang menjual produk bayi di Shopee berkata, “Melalui peluang meluaskan rangkaian kenalan di Shopee Seller Summit, saya memperoleh pandangan tentang cara para penjual lain menyusun strategi dan meramalkan peluang perniagaan, serta mengurus sumber mereka. Ini semua sangat bermanfaat demi membantu kami memahami cara kami dapat melakukan yang lebih baik dan mengembangkan perniagaan dalam jangka panjang.”

Ammar merupakan peserta setia Shopee Seller Summit selama empat tahun berturut-turut.
Para penjual yang ingin menyampaikan kemahiran dan pengetahuan mereka boleh menyertai program ShopeeXperts, di mana permohonan program akan dibuka pada awal bulan Ogos tahun ini. Melalui program ini, penjual berprestasi tinggi terpilih akan diberi latihan selama sebulan dalam kemahiran pemasaran, operasi, jualan dan pembentangan. Ini merupakan peluang untuk mewujudkan kredibiliti sebagai seorang jurulatih yang berkelayakan serta dapat membantu para penjual lain dalam memacu pertumbuhan perniagaan mereka.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.


Thursday, June 23, 2022

KUCATE Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin

Thursday, June 23, 2022 0
KUCATE Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin | Dalam menceburi bidang perniagaan, yang diperlukan adalah semangat dan sikap tidak berputus asa. 

KUCATE Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin

Membuka peluang meningkatkan ekonomi secara perseorangan mahupun berkumpulan, jenama KUCATÉ yang baru ditubuhkan namun menjadi salah satu bisnes paling pantas berkembang ada sesuatu yang ingin dihadiahkan kepada para rakan kongsi mereka. 

KUCATE Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin

KUCATE Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin

Lantaran itu, sebuah majlis yang digelar Gold Rally Winner Celebration dilaksanakan dengan bertujuan untuk meraikan Business Partner KUCATÉ. 

Objektif majlis ini adalah untuk menyampaikan ganjaran kepada top 10 Business Partner KUCATÉ yang telah berjaya mencapai target untuk menangi cabaran Rally For Gold. 

KUCATE Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin

KUCATE Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin

KUCATÉ yang merupakan minuman teh herba dengan pelbagai perisa enak dari ‘Keluarga Neelofa’ juga bakal memberi ganjaran kepada 10 Business Partner KUCATÉ dengan pencapaian personal sales paling banyak. Mereka dihadiahkan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin dari Habib Jewels dengan kadar berat emas yang berbeza. 

KUCATE Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin

“Saya amat berbangga dengan pencapaian Business Partner KUCATÉ yang telah menyahut cabaran Rally For Gold yang berjalan sepanjang bulan Mei yang lepas. Majlis yang istimewa ini adalah cara saya untuk meraikan pencapaian mereka dan juga menaikkan lagi semangat serta memberi inspirasi kepada business partner yang lain untuk turut berjaya,” ujar Datin Noor Kartini. 

KUCATÉ membuka peluang kepada orang awam terutama sekali suri rumah untuk memperoleh pendapatan tetap dengan menyertai KUCATÉ sebagai Business Partner. KUCATÉ menawarkan perniagaan tanpa modal, tanpa urus stok, mendapat bimbingan untuk berniaga dan pelbagai kelebihan lain. 

Ramai Business Partner KUCATÉ telah berjaya meningkatkan taraf kewangan mereka selepas mereka menyertai KUCATÉ. 

Ada yang mampu menukar kereta lama kepada kereta yang lebih selesa. Ada yang mampu membawa ibu dan ayah menunaikan umrah menggunakan duit jualan KUCATÉ sepenuhnya.

#BerjayaBersamaKucate

Wednesday, June 22, 2022

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Wednesday, June 22, 2022 10

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya | Assalamualaikum korang. Lama betul Liez dan keluarga tak pergi bercuti tau. Biasalah encik suami dai bukan kaki berjalan dan tambahan lagi sekarang ni bila nak pergi berjalan ke mesti takut. Masih ada rasa tak selamat nak keluarga bawa anak-anak sejak dunia dilanda Covid-19.

Tapi akhirnya selepas kerajaan dah umumkan Malaysia sudah di fasa endemik, Liez dan encik suami plan nak bawa anak-anak pergi bercuti. Nak ke satu tempat ni, dah lama teringin dan berangan nak ke sana tapi bila fikirkan harganya terus tak jadi nak bawa diaorang. Alhamdulillah raya ke 4 baru ini kami akhirnya ke sana juga. Itu pun secara spontan plan dengan encik suami, kira beberapa hari lagi nak raya baru sibuk usha online untuk check harga bilik. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak merasai pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya.

Sebelum bergerak ke Port Dickson, Liez dah usha dulu Waze untuk tengok keadaan lalulintas. Actually sebelum booking bilik pun dah mention dekat encik suami yang keadaan highway akan sesak sebab masih di bulan raya. Tapi kalau kita asyik cakap, tak nak lah kemana-mana sebab sesak, memang sampai ke sudahlah tak kemana-mana kan? Jadi kena redah jugak.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Kami bergerak ke Port Dickson pada jam 12 tengahari. Itu pun siap buat kiraan kerana waktu check-in masuk jam 3 petang, so harap dapat sampai sana just nice waktu daftar masuk. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tiada kesesakan langsung walaupun kereta banyak. Kami sampai di Port Dickson sekitar jam 2 petang. Sempat makan tengahari di Restoran Pantai Ria yang menghidangkan makanan berasaskan makanan laut. Nak cari kedai masakan melayu memang takkan jumpa sebab masih lagi cuti raya.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Selepas itu kami terus ke Lexis Hibiscus Port Dickson sebab anak-anak dah kecoh nak mandi pool. Anak-anak dah tak sabar sebab dah lama kan tak bercuti, lepak-lepak di hotel katanya. Setibanya di hotel, memang ramai sangat orang yang nak bercuti di sini. Lalulintas di dalam kawasan hotel pun dengan banyak kenderaan tetapi terkawal dengan bantuan staff Lexis Hibiscus yang dapat mengawalnya. Dan proses pengunjung yang hendak keluar dari kenderaan dan memunggah beg-beg jadi lancar kerana staf Lexis Hibiscus cekap membantu dan menguruskan.

Liez pula, encik suami turunkan kami di lobi untuk Liez uruskan tentang check-in dan encik suami ke tempat letak kereta. Liez dan anak-anak terus ke kaunter pendaftaran. Lega kerana disediakan kerusi yang banyak untuk pengunjung duduk sementara menunggu urusan check-in selesai. Ketika Liez sedang beratur, datang staf yang ingin membantu Liez. Maybe sebab Liez tengah dukung Najla, jadi mereka datang membantu memudahkan urusan.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Staf hotel minta MYkad dan borang deklarasi saringan covid-19 untuk dia urusan kemasukan kami ke bilik. Serius sangat membantu dan cepat sahaja urusan selesai. Setelah Liez selesai membuat pembayaran melalui kad debit, kami diberikan 1 beg merah yang dipenuhi dengan air kotak, biskut dan semburan sanitizer buah tangan buat pengunjung Lexis Hibiscus Port Dickson.

SKY POOL VILLA, LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Selepas perbincangan, Liez nak belanjan encik suami dan anak-anak bercuti mengikut buget yang Liez mampu la kan. Selepas buat pengiraan, Liez membuat tempahan Sky Pool Villa untuk satu malam. Kalau korang nak tahu, Sky Pool Villa terletak di bangunan yang sama dengan tempat daftar masuk. Ia bukan berada di lokasi villa terapung tau. Kira ni villa budget yang korang boleh stay. 

Bagi kami yang berlima beranak ni memag sesuai sangat. Bila kaki jejak masuk ke villa, Ya Allah besar dan selesa untuk kami. Even boleh lagi seorang dua join bersama. Anak-anak jejak masuk je terus nak serbu ke pool. Liez seperti biasa, snap gambar villa dulu buat kenang-kenangan.

Bilik luas dengan 2 katil king. Ada dua bilik air , satu untuk mandi ada bathtub dan satu tandas sahaja. Dressing table pun besar dengan dua sink dan wardrobe lengkap. Kira lengkap semua in room amenities termasuk iron dan iron board, fridge, kettle, flat TV dengan channel. Pendek kata memang lengkap semua.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Yang menarik sebenarnya, ada private pool dan bilik sauna. Yang ni Liez tak sempat nak merasa la ye sebab sibuk melayan anak-anak je lebih. Sebab tujuan nak happykan anak-anak. So biarlah diaorang bergembira sehabisnya. Najla pulak bila hari esoknya Liez bagi dia mandi bathtub je sebab risau dengan keterujaan abang dan kakak dalam pool tu. Baba dia pula seronok bersauna ye.

Bila selesai Liez snap gambar, anak-anak dah get ready nak terjun pool ye. Jadinya ecik suami dan anak-anak enjoy bermandi pool lebih kurang sejam lebih juga. Plan seterusnya nak lepak di pantai pula petang nanti dan terus makan malam sebelum balik ke villa semula.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Luang Masa Lepak Di Persisiran Pantai

Akhirnya dapat Liez bawa Najla pijak pasir ye. Kesian Najla since dia dilahirkan di zaman covid ni, tak merasa nak lepak-lepak main diluar, pijak pasir atau mandi pantai semua tu. Jadinya kita bagi dia enjoy main pasir dengan kakak dan abang. Awal tu dia geli-geli tapi lama-lama naik seronok pula. Dapatlah kami lepak di pantai hampir sejam sebelum gerak balik ke restoran untuk makan malam. Encik suami dan reserve nama untuk makan malam di situ tetapi kami decide nak makan dekat villa je sebab rasa penat sangat.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Kebetulan ternampak pelakon remaja Arif Johan yang popular di drama remaja SMK. Cerita favourite anak-anak dan mama dia juga. Serius kelakar sangat cerita SMK di Astro Ceria tu. Repeat tengok banyak kali tetap gelak dengan gelagat budak-budak tu.

Suasana Malam Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Kami order untuk room service dan akan siap dalam masa 1 jam, so kami sempat la berjalan-jalan di sekitar villa terapung yang viral. Memang cantik sangat kawasan Lexis Hibiscus diwaktu malam. Dengan pantulan lampu bewarna warni buat persekitaran jadi terang dan indah ditambah pula dengan bunyi pukulan ombak ke tepi pantai. waktu ni ramai yang mengayuh basikal pusing-pusing tepi villa atau naik buggy untuk ke villa masing-masing. Memang meriah sangat suasa malam di sana. Sempat la kami bergambar, berposing siap rakan video momen-momen bersama.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Balik villa je, bell villa berbunyi tanda makanan dan sampai. Encik suami order pizza, Chicken chop, Aglio Olio dan kek. Foods dia pun sedap. Serius berbaloi dengan harga. Puas hati !!




Di bilik kami habiskan baring sambil tengok TV. Anak-anak dah habis tenaga dan kepenatan seharian mandi pool, berjalan-jalan di pantai. Bila anak-anak dah tidur, Liez dan encik suami punya time nak berdua-duaan lepak di balkoni sambil menikmati pemandangan malam. cantik sangat bila tengok villa terapung bertukar warna mengikut warna lampu bangunan sky pool villa

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pagi esoknya kami bangun awal untuk sarapan pagi. Slot masa untuk sarapan pagi akan ditentukan masa nak check in. Liez minta sarapan pagi jam 8 hingga 9 pagi. So lepas tu boleh lah anak-anak balik bilik dan terjun ke pool semula. Pagi tu hujan turun membasahi bumi dan pemandangan diketika itu sangat indah dan dingin. Layan tengok pemandangan tu.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Makanan di Lexis Hibiscus memang pelbagai, dan harga sarapan pagi di Lexis Hibiscus juga berbaloi. Liez tak sempat nak snap sebarang gambar makanan sebab taknak buat pergerakan orang yang nak mengambil makanan terganggu. Nak elak dari bersesak-sesak dan nak cepat balik ke bilik.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Alhamdulillah dah selamat tunaikan impian anak-anak nak bercuti ke Lexis Hibiscus Port Dickson. Pengalaman bercuti di Lexis Hibiscus juga sangat berharga untuk kami sekeluarga. Liez dan encik suami dah rancang untuk kembali ke Lexis Hibiscus maybe untuk bercuti beberapa hari di sini. 


Thursday, June 9, 2022

Resepi Ayam Goreng Bawang Mamak

Thursday, June 09, 2022 1

Resepi Ayam Goreng Bawang Mamak  | Assalamualaikum korang. Kali ini Liez nak share resepi ayamg bawang yang viral bulan puasa lepas oleh Khairul Aming. Tengah video dia memasak tu memang dah tahu mesti sedap. Kalau korang perasan, resepi ini asalnya resepi dari Chef Anand Pusudoray. Bila Liez usha Youtube Chef Anand, memang banyak resepi yang sedap boleh korang cuba. Salah satunya Ayam Goreng Bawang ni.

Rasanya dah 4 kali Liez cuba resepi ni. Encik suami memang suka dan baru-baru ni kakak pula suka. Sampai dia minta prep meal Ayam goreng bawang babanya nak bawak balik ke Gapai. Dia makan siap ratah la seketul ayam goreng bawang. So boleh jadi menu kerap masak dirumah nanti. Korang kena cuba tau.

Bahan-Bahan
1 kg ayam (potong ikut pilihan, garam dan kunyit)
3 biji bawang besar 9dihiris)
2 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 biji buah palaha
1 helai daun pandan (dikerat)
1 sudu besar halia (ditumbuk lumat)
1 sudu besar bawang putih (ditumbuk lumat)
1 biji bawang besar (kisar dengan 150ml air)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil garam masala
2 sudu besar garam
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan:
1. Goreng bawang besar yang hiris sehingga garing (jangan terlalu garing). Toskan bawang.
2. Dengan minyak yang sama, goreng ayam sehingga separauh masak (Liez suka garing, lagi sedap). Angkat dan toskan.
3. Dengan minyak yang sama, tetapi kurangkan sedikit. Tumis daun pandan dan rempah 3 sekawan hingga naik bau, masukkan pes halia dan bawang putih dan biarkan hingga naik bau.
4. Masukkan bawang besar kisar dan biarkan ia mendidih seketika.
Baru masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam masala, serbuk cili, serbuk jintan putih, gula dan garam. biarkan seketika.
5. masukkan ayam goreng tadi, gaul rata dan masukkan bawang goreng. gaul biar semua sebati.
6. Tutup kuali dan biarkan ayam masak selama 8 minit dengan api perlahan.
7. Sedia di hidangkan.

Selamat mencuba!!!

Nak banyak lagi resepi viral dan sedap boleh ke https://t.me/ResepiKampungku


Thursday, June 2, 2022

Teroka kunci kejayaan e-dagang bersama Shopee Seller Summit

Thursday, June 02, 2022 2
Teroka kunci kejayaan e-dagang bersama Shopee Seller Summit | Teroka kunci kejayaan e-dagang bersama Shopee Seller Summit. Para peserta berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun Shopee dan tawaran khas untuk para peserta sahaja



Kembali sebagai sebuah acara hibrid, Shopee akan mengadakan Seller Summit tahunannya pada 16 Jun 2022 di Sunway Resort, Petaling Jaya, di mana perkongsian tentang bagaimana para penjual dapat mengekalkan pertumbuhan perniagaan mereka dalam talian akan dibincangkan. Temanya Level Up: Driving Growth Together, menampilkan siri ceramah dan panel perbincangan daripada pakar industri yang terkenal. Shopee juga akan berkongsi tentang inisiatif sokongan yang akan memperkasakan para penjual agar dapat meraih pencapaian baharu.

Tip-tip daripada pakar industri

Para peserta bakal mendengar perkongsian tentang bagaimana untuk meningkatkan jumlah jualan dengan memanfaatkan ekosistem Shopee bagi memahami tingkah laku pengguna baharu. Ini termasuk menggunakan ciri-ciri dalam aplikasi seperti Shopee Live dan Shopee Feed yang menghubungkan penjual dengan pengguna serta mewujudkan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan, menarik dan berunsur sosial.

Dengan peralihan ekonomi kepada norma baharu, ia adalah penting untuk mengenal pasti tingkah laku pengguna baharu agar dapat menggunakan strategi e-dagang yang sesuai. Melalui bimbingan daripada penjual-penjual Shopee yang berpengalaman, para peserta akan dapat membuat persediaan yang sepenuhnya sambil berusaha mengembangkan perniagaan mereka dalam jangka masa panjang.

Dalami ilmu yang bermanfaat untuk berkembang dalam talian

Leon Wong yang menghadiri Shopee Seller Summit sejak tahun 2020 berkata acara tersebut amat bermanfaat untuk para penjual, “Saya mengesyorkan setiap penjual untuk menyertai Shopee Seller Summit yang akan datang untuk terus maju ke hadapan.”

Sehrish Kamran yang merancang untuk menyertai acara tersebut sekali lagi tahun ini, menekankan bahawa pengalaman utamanya daripada acara sebelumnya adalah mendengar pengalaman daripada penjual-penjual lain seperti ShopeeXperts. “Mendengar perkongsian mereka tentang bagaimana mereka mengembangkan perniagaan daripada hanya seorang kepada sebuah perniagaan sepenuh masa adalah sesuatu yang benar-benar memberi motivasi serta inspirasi kepada saya. Saya pasti akan menyertai lagi tahun ini terutamanya kerana kami dapat mengalaminya secara bersemuka.”

Manfaat eksklusif untuk para peserta

Acara ini terbuka kepada semua pemilik perniagaan termasuk PMKS, penjual sambilan dan lain-lain. Para hadirin berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun Shopee dan tawaran khas hanya untuk para peserta sahaja. Semua peserta juga akan menerima sijil kehadiran digital selepas acara tersebut.

Tiket-tiket bagi sesi dalam talian masih boleh didapati dengan harga RM25 setiap satu. Penjual-penjual Shopee yang sedia ada layak mendapat RM50 dalam kredit pengiklanan untuk setiap pembelian tiket dan hingga RM100 untuk dituntut bagi pembelian lebih daripada satu tiket (tertakluk pada terma dan syarat).

Rebut peluang ini untuk berkembang bersama Shopee!

Berasaskan misi Shopee untuk memanfaatkan komuniti tempatan menerusi teknologi, Shopee Seller Summit 2022 bakal mewujudkan peluang baharu dan mencipta nilai untuk komuniti e-dagang. Jualan tiket akan tamat pada 3 Jun 2022. Layari halaman Shopee Seller Summit untuk maklumat lanjut.Berasaskan misi Shopee untuk memanfaatkan komuniti tempatan menerusi teknologi, Shopee Seller Summit 2022 bakal mewujudkan peluang baharu dan mencipta nilai untuk komuniti e-dagang. Jualan tiket akan tamat pada 3 Jun 2022. Layari halaman Shopee Seller Summit untuk maklumat lanjut.