6 Bahan Superfood Dalam Eskayvie i-Qids Berkesan Untuk Perkembangan Kanak-Kanak

6 Bahan Superfood Dalam Eskayvie i-Qids Berkesan Untuk Perkembangan Kanak-Kanak | Perkembangan setiap kanak-kanak berbeza mengikut umur dan dipengaruhi pelbagai faktor seperti genetik, neurologi, fizikal, persekitaran dan emosi seseorang itu. Semua faktor-faktor ini sangat penting dan perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak membesar dengan normal, gembira dan sihat.

Perkembangan kanak-kanak perlu diperhatikan daripada usia mereka masih bayi lagi kerana ini boleh membantu mengesan perbezaan dalam menentukan bagaimana sel-sel otak berkembang selain ia boleh mempengaruhi pembelajaran sepanjang hayat dan kesihatan mereka.
Perkembangan kanak-kanak yang tidak seimbang akan membuatkan kanak-kanak sukar untuk fokus semasa belajar atau tidak memberikan tumpuan semasa belajar, menghadapi memori atau daya ingatan yang lemah, cepat letih, mudah lesu dan kurang beraktiviti. Belum lagi kanak-kanak yang kerap tantrum atau mengamuk jika tidak diikutkan kehendak mereka.

Kalau korang perasan, mereka yang mengalami situasi ini adalah dalam kalangan kanak-kanak di awal usia 2 tahun ke atas. Memang susah dan jadi serba salah bila mereka mengamuk di tempat awam kan? Nak marah, tapi selalu kesian pada anak. Jika dibiarkan atau tidak dibendung lebih awal, perangai tantrum itu akan semakin menjadi-jadi nanti. Anak-anak akan terus mengamuk tidak kira di mana dan pada bila-bila masa saja.

Daripada aspek lain, anak-anak akan kurang minat untuk belajar, tidak suka untuk belajar dan lebih banyak bermain. Ini juga termasuk kesan daripada post COVID-19, anak-anak jadi susah untuk fokus. Serius Liez memang boleh nampak kesan-kesan negatif daripada kanak-kanak yang menunjukkan perubahan yang ketara. Ia sangat mempengaruhi tumbesaran fizikal dan emosi kanak-kanak sejak dunia dilanda COVID-19.

Terutama bagi yang lahir pada tahun 2020, perkembangan tumbesaran dan pendedahan mereka terhadap persekitaran agak terbatas. Contohnya anak Liez yang berusia 2 tahun. Kebolehan dia untuk bercakap agak perlahan dan merisaukan.

Liez sempat bertanya dengan kawan-kawan yang mempunyai anak sebaya, mereka juga mengalami masalah yang sama. Mereka tak dapat keluar beriadah dengan kawan-kawan dan tak dapat menikmati kebebasan bergerak seperti sebelum pandemik. Anak-anak akan mula buat perangai sebab rasa terkongkong dan terperap di rumah. Memang ada rasa takut tetapi kita sebagai ibu bapa kena ambil serius dan bertindak untuk atasi masalah seperti ini.

Liez tertarik dengan produk terbaru yang dilancarkan oleh Eskayvie Sdn Bhd iaitu i-Qids, booster minda untuk otak kanak-kanak. Eskayvie i-Qids yang diformulasikan oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, mengandungi bahan-bahan superfood yang dapat membantu perkembangan otak anak menjadi lebih baik bagi memenuhi kekurangan nutrisi mereka. Ianya bagus agar anak-anak kekal sihat untuk otak dan minda yang cerdas.

Eskayvie i-Qids dilancarkan sempena sambutan ulangtahun ke-13 Eskayvie Sdn Bhd, syarikat bumiputera peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan di Malaysia. Produk Eskayvie i-Qids ini disahkan HALAL dan selamat untuk dimakan oleh kanan-kanak. Eskayvie i-Qids berperisa coklat, mudah dimakan kerana dalam bentuk tablet. Rasanya sedap dan menjadi kegemaran anak-anak. Kalau anak-anak Liez, boleh berebut nak makan Eskayvie i-Qids 3, 4 biji sehari!!

Eskayvie i-Qids mengandungi 6 bahan nutrisi utama daripada pelbagai sumber iaitu:-

1. Phosphatidylserine (Serine)
2. Alpha Linolenic Acid (ALA)
3. 22 Ekstrak Buah-buahan & Sayuran
4. Moringa
5. Prebiotik
6. Multivitamin & Mineral

1. Phosphatidylserine (Serine)
Di Malaysia, masih ramai kanak-kanak yang kekurangan pengambilan Phosphatidylserine setiap hari. Ianya membantu fungsi otak yang baik tetapi mereka hanya mengambil 1/3 daripada 100mg yang disarankan. Phosphatidylserine bukan sahaja penting untuk bantu sel-sel otak berhubung, tapi boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak yang membolehkan kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Ada kajian yang dibuat di beberapa negara maju mendapati, ramai individu di dunia tidak mengambil Phosphatidylserine yang mencukupi walaupun ianya mudah terdapat di dalam makanan seharian. Pengambilan Phosphatidylserine juga dapat mengurangkan simptom ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) Jadi, ibu bapa digalakkan untuk memberikan Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan seperti yang terdapat dalam Eskayvie i-Qids.

2. Alpha Linolenic Acid (ALA)
Ikan sebenarnya mengandungi sejenis nutrisi dipanggil Omega 3 yang penting untuk kesihatan otak. Omega 3 mempunyai EPA dan DHA yang membantu dalam merangsang sel-sel otak untuk berhubung. Sumber Omega 3 ini jarang digemari oleh kanak-kanak berbanding sumber daripada daging merah dan daging ayam. Even anak-anak Liez tak berapa meminati ikan.

Di pasaran terdapat pelbagai jenama minyak ikan yang boleh menggantikan pengambilan ikan. Tetapi disebabkan baunya yang hanyir, ia menyukarkan ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak. Sebab itu pengambilan Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber EPA dan DHA bagi otak si manja memandangkan rasanya yang lebih lazat dan mudah untuk dimakan.

3. Ekstrak 22 Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Adakah anak-anak kita makan sayuran atau buahan di setiap hidangan makanan seharian mereka?

Semua sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber antioksidan yang utama dalam pyramid makanan seharian kita. Tetapi lebih 90% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan secara mencukupi terutama kanak-kanak. Buahan dan sayuran mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah serta tidak mengandungi kolestrol yang sesuai diambil.

Ramai ibu bapa yang tidak sedar akan pentingnya buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan makanan anak-anak kerana alasan anak-anak tidak suka. Ini akan menyebabkan mereka tidak dapat memanfaatkan kebaikan antioksidan yang tinggi daripada sumber ini. Ekstrak sayuran dan buahan bukan sahaja mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi tetapi mempunyai penyerapan bahan Fenolik dan Polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak.

4. Moringa Oleifera
Rasanya ramai antara kita yang tahu tentang daun Moringa, 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai'. Ia merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat. Moringa mempunyai gabungan nutrisi, asid amino, antioksidan dan anti radang yang bersesuaian dalam pemakanan serta penyembuhan.

Ianya mempunyai khasiat 3x zat besi berbanding sayur bayam, 4x kalsium berbanding susu, 3x potassium berbanding pisang dan 7x vitamin C berbanding buah oren. Ia juga kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper, Manganese dan Zinc.

Kepentingan semua khasiat Moringa ini dapat menyokong kesihatan organ selain meningkatkan tenaga dan sistem imun badan. Tidak dinafikan manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang dilahirkan pada pasca pandemik berikutan kurangnya pendedahan terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka.

Khasiat Moringa juga dapat membantu:-
● Membangunkan struktur sel pertumbuhan kanak-kanak
● Menaikkan selera makan
● Baik untuk kulit
● Merawat "mood swings" kanak-kanak
● Membantu proses pertumbuhan rambut
● Memelihara penglihatan kanak-kanak

5. Prebiotik
Fungsi prebiotik merupakan baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik di dalam usus manusia. Ia membantu membentuk satu ekosistem usus yang sihat, meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih cepat dan efisien.

Ramai yang mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan kesihatan usus, Sebenarnya banyak fungsi prebiotic dalam pelbagai bentuk seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi. Rasanya sedikit manis, menjadikannya ia nutrisi mudah untuk diamalkan oleh kanak-kanak. Bila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.

6. Multivitamin dan Mineral
Realitinya, kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat lebih-lebih lagi sejak pandemik bermula. Pengambilan nutrisi dalam pemakanan anak-anak yang tidak terjaga, pengambilan makanan segera, makanan terproses, makanan ringan dan pelbagai makanan yang tidak sihat.

Oleh itu, pengambilan gabungan vitamin dan mineral penting untuk melengkapi dan mengisi jurang nutrisi harian kanak-kanak. Peranan ibu bapa sangat diperlukan dan peka dengan pemakanan anak-anak bagi menjamin tumbesaran yang lebih sempurna. Apa yang ibu bapa perlu lakukan, berikan mereka makanan tambahan atau suplemen untuk memenuhi keperluan anak-anak kita.

“Eskayvie i-Qids diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (BKKM), TANPA perasa dan TANPA pewarna tiruan. Setiap tablet juga hanya mengandungi gula daripada bahan semulajadi yang sesuai untuk keperluan kalori harian kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.”

Manfaat Pengambilan Eskayvie i-Qids
Pengambilan makanan yang lengkap dengan zat nutrisi dan berkhasiat bukan sahaja memberi kesan baik dan positif kepada anak-anak. Ia sangat membantu kesihatan dan emosi anak-anak daripada masalah kekurangan nutrisi yang mungkin mengganggu tumbesaran mereka. Bila anak-anak mula ke sekolah selepas 2 tahun disebabkan Covid-19, Eskayvie i-Qids adalah salah satu inisiatif untuk ibu bapa berikan kepada mereka.

Pengambilan Eskayvie i-Qids yang konsisten dapat membantu dalam perkembangan sel otak, menguatkan ingatan, lebih fokus dan memberikan daya tumpuan yang lebih baik terhadap pembelajaran. Formula Eskayvie i-Qids membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak agar dapat saling berhubungan.

Selain itu, ia turut melancarkan sistem pencernaan supaya dapat menerima nutrisi yang masuk ke dalam tubuh badan. Bab ini memang Liez akui, bila anak-anak ada masalah pembuangan mereka akan mula meragam, tidak selesa, kualiti tidur malam terjejas dan emosi juga mudah terganggu.

Khasiat dalam Eskayvie i-Qids juga membantu dalam kesihatan mata, kesihatan terhadap tulang dan gigi agar lebih kuat. Kandungan nutrisi dalam Eskayvie i-Qids membantu kanak-kanak dalam mengawal emosi mereka terutama bagi anak-anak yang kerap tantrum atau mengamuk. Kanak-kanak yang mempunyai masalah speech delay juga boleh mengambil Eskayvie i-Qids untuk bantu mereka untuk cepat belajar dan menyebut perkataan.

Cara Pengambilan Eskayvie i-Qids

Kanak-Kanak usia 2 tahun hingga 4 tahun (berat badan kurang 15kg)
Ambil 1 – 2 biji sehari (1 biji pagi & I biji malam)

Kanak-kanak usia 4 tahun hingga 8 tahun (berat 15kg hingga 20kg)
Ambil 1 – 3 biji sehari

Kanak-kanak usia 9 tahun ke atas (berat 20kg ke atas)
Ambil 1 – 4 biji sehari

Testimoni Pengguna Eskayvie i-Qids

Di bawah adalah antara beberapa testimoni daripada ibu bapa yang memberikan Eskayvie i-Qids kepada anak-anak mereka. Kegembiraan terserlah bila anak-anak mula menunjukkan perubahan dan ibu bapa senang dengan kesan positif ini.


1. Anak menjadi lebih fokus untuk belajar selepas 2 tahun belajar dari rumah
2. Ada peningkatan dalam pembelajaran

1. Anak makin mudah menghafal surah-surah
2. Anak mula kerap bercakap dan kurang pelat
3. Anak sudah ada keyakinan diri untuk bergaul


1. Anak kurang tantrum atau mengamuk
2. Anak mula menunjukkan minat untuk belajar
3. Anak mudah diuruskan dan mengikut arahan

1. Selera anak makin bertambah
2. Sistem pencernaan lancar dan kembali normal

1. Anak speech delay dan Autism mula nampak perubahan: tidak meragam dan boleh memberi respon
2. Anak ADHD dapat membaca dengan betul

VIDEO TESTIMONI PENGGUNA ESKAYVIE i-QIDS


*Testimoni mungkin menunjukkan kesan dan tempah yang berbeza mengikut keserasian individu tersebut.

Menjadi impian ibu bapa mahukan anak-anak yang dilahirkan dan membesar dengan sempurna, sihat dan gembira. Ibu bapa jugalah yang perlu memastikan anak-anak diberikan makanan bernutrisi dan terbaik bagi menjamin tumbesaran mereka mengikut usia mereka. Tetapi bila ibu bapa yang terpaksa bekerja, tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak atau mengharap anak-anak sendiri yang menjaga pemakanan mereka. Memberikan makanan tambahan Eskayvie i-Qids adalah solusi kepada masalah ini.

Liez sebagai ibu yang sentiasa ada dengan anak-anak juga ada terlepas pandang tentang pengambilan makanan berkhasiat dan berzat untuk anak-anak. Ada yang tak makan sayur, ada masa tak nak makan ikan dan anak-anak lebih suka makan makanan ringan.

Perlunya pengambilan suplemen atau makanan tambahan seperti Eskayvie i-Qids sangat membantu memenuhi keperluan nutrisi anak-anak Liez. Mereka gembira, Liez pun senang hati. Hanya kunyah 2 kali sehari untuk manfaat yang optimum dan kesan luar biasa pada anak-anak. Pasti anak-anak tidak menolak Eskayvie i-Qids kerana ia berperisa coklat yang lazat, mudah dikunyah dan sedap.

Harga Eskayvie i-Qids hanya RM65 sebotol (60 chewable tablets)

Nak dapatkan Eskayvie i-Qids boleh terus hubungi HQ Eskayvie atau agen-agen berhampiran. Jangan lupa lawati media sosial Eskayvie seperti dibawah:

Facebook PAGE: Eskayvie Malaysia
Instagram: Eskayvie Malaysia

#EskayvieDiffenz #EskayvieDiffenzJunior #KitaIkhtiar



Post a Comment

0 Comments