Pengalaman berada dalam zon separa kritikal memang takkan dilupakan. Bersama dengan anak-anak kecil lain yang sakit, menjerit ketakutan dan kesakitan. Wajah ibu bapa yang kerisauan dan kepenatan memang meruntun jiwa kental Liez.
Lalui sendiri tengok Najla meraung bila doc pasang tiub oksigen. Dia menangis teresak-esak tak berhenti. Dan bila Liez kena tinggal dia sekejap untuk nurse pasangkan branula pada kaki, dengar dia menjerit, meraung pangil mama.. mama.. mama.. Allahuakbar.. tak tergambar rasa. Bila dapat jemput dia, Najla terus menangis nak mama. Sebut sakit sebut nak balik. Tak kuat tengok dia menangis kesakitan.
Dari jam 12 tengah malam sampai jam 5 petang di unit itu, sementara menunggu ada katil kosong di wad. Dan selama itu lah Liez dukung Najla sehingga dia tidur. Cuba nak letak dia di atas katil tapi dia sedar dan meraung ketakutan sebab trauma. Badan Liez memang dah tak selesa sebab duduk dalam keadaan tegak dan tahan dari tidur.
Kisah bermula pada Ahad malam. Masa tu tengah celebrate birthday cousin Najla di rumah. Dalam happy main dengan kakak-kakak, abang tiba-tiba atok cakap Najla bernafas laju macam semput. Liez pun terus tengok dada dan perut Najla. Nampak pernafasan laju dan ada lekuk di dada.
Kisah bermula pada Ahad malam. Masa tu tengah celebrate birthday cousin Najla di rumah. Dalam happy main dengan kakak-kakak, abang tiba-tiba atok cakap Najla bernafas laju macam semput. Liez pun terus tengok dada dan perut Najla. Nampak pernafasan laju dan ada lekuk di dada.
Terus bersiap nak ke klinik. On the way ke parking, nafas Najla start berbunyi. Bila masuk kereta, even pasang radio masih bunyi nafas Najla kedengaran dengan kuat. Baba Najla dah panik dan risau. Sampai ke klinik, doctor suruh ambik neb. Selepas itu, doc check semula tetapi bunyi masih ada. Doctor buat surat refer dan minta pergi ke hospital untuk rawatan lanjut. Balik ke rumah, kemas apa yang patut dan terus ke hospital.
Pagi Isnin - Hari Deepavali
Masih berada di zon separa kritikal kerana tiada katil kosong di wad. Doctor akan datang setiap 20 minit untuk tengok pernafasan Najla. Tak lama kemudian doctor bagitahu akan hantar ke wad pemerhatian sementara menunggu.
Terus berharap Liez boleh dapat katil besar dan boleh lah Liez beradu sekejap. Dapat power nap 15 minit pun dah ok. Bagi hilang rasa mengantuk dan meregangkan tulang, urat yang bekerja dari malam semalam. Rupanya dapat katil baby, terus minta encik suami tanya nurse jika Liez boleh tukar katil besar sebelah. Alhamdulillah boleh, tapi tak dapat tidur juga sebab ada doctor datang soal siasat pasal Najla dan kemudian nurse datang check BP, bagi makan ubat pulak.
Akhirnya jap 12.30 tengahari, nurse serahkan slip untuk Liez uruskan pendaftaran masuk wad. Nak tak nak kena tinggalkan Najla sekejap. Liez bagi Najla guna Tab dan bagitahu nak ambik barang kejap. Nasib dia ok dan relax dekat atas katil. Liez juga bagitahu nurse yang Najla ada di katil dan minta tengok -tengokkan.
Apa lagi langkah panjang lah Liez menapak ke level 2. Sempat inform encik suami, dapat masuk wad. Selesai pendaftaran, kelam kabut la balik pada Najla. Sampai-sampai dia boleh tanya "mama aner" ??? Ehhhhh punya seronok dapat Tab sampai lupa mama tinggalkan di kejap.
Jam 1.15 petang Liez dah pun ada di wad 9D. Tunggu encik suami datang melawat jam 4 petang nanti. Alhamdulillah sepanjang di dalam wad, Najla makin sihat cuma tidak banyak bercakap. Start dari masuk zon separa kritikal, Najla perlu ambik neb setiap 4 jam dengan menggunakan inhaler. Risau juga sebab setahu Liez kalau pakai inhaler ini untuk yang ada Asthma.
Hari ke 3 - Selasa
Bangun pagi Najla dah panggil mama. Alhamdulillah nampak perubahan dia. Then Liez bagi dia sarapan Honeystar. Terus dia bangun nak makan, nampak berselera dan mula senyum. Mula bising mulutnya nak tengok tepi tingkat wad. Syukur sangat dan lebih mengembirakan bila doctor yang membuat pemeriksaan pagi tadi dah benarkan Najla balik ke rumah.
Terus inform encik suami dan tunggu dia jemput petang nanti. Syukur Alhamdulillah. Semoga tak di masukkan ke hospital lagi. Dah trauma bila dengar anak menangis sakit bila dicucuk, dengan keadaan yang terbatas. Allahuakbar, semoga kita dijauhkan dari perkara -perkara ini.
0 Comments