BZU BZU Lancar Rangkaian Penjagaan Kulit Little Lady Khusus Untuk Kanak-Kanak 4 Tahun Ke Atas

BZU BZU Lancar Rangkaian Penjagaan Kulit Little Lady Khusus Untuk Kanak-Kanak 4 Tahun Ke Atas | Alahai bestnya anak-anak sekarang ye, dah ada produk penjagaan kulit khas untuk kanak-kanak. Zaman Liez dulu memang tak ada benda-benda macam ni kan? Dah remaja baru la nak cuba pakai itu, ini. 
Terbaru, jenama penjagaan keluarga terkemuka di Malaysia iaitu BZU BZU, melancarkan rangkaian penjagaan kulit Little Lady terdiri daripada Mousse Pembersih Wajah, Krim Wajah dan Losyen Badan - formulasi yang dirumus khas untuk menghasilkan kulit mulus dan berseri. Dihasilkan untuk kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun ke atas, penjagaan kulit terkini ini adalah formulasi selamat yang dilengkapi dengan bahan-bahan semula jadi dan diuji pakar dermatologi, terbukti lembut untuk kulit. Pelancaran ini mendapat kerjasama Watsons Malaysia.

Menawarkan penyelesaian kepada semua keperluan penjagaan kulit dan berhasrat untuk mendidik tabiat penjagaan kulit yang sihat daripada usia muda, rangkaian penjagaan kulit Little Lady BZU BZU memperkasa setiap gadis kecil untuk mengambil langkah seterusnya untuk membesar dengan seri.
Pelancaran BZU BZU Little Lady di The Greybox (GMBB), Kuala Lumpur, telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, ​​En. Raphael Jiang. 

Rangkaian produk penjagaan kulit BZU BZU Little Lady merupakan satu kejayaan besar yang telah kami capai kerana rangkaian ini memenuhi keperluan golongan usia yang sangat unik. Pihak kami seringkali melihat produk penjagaan kulit kanak-kanak bagi golongan kanak-kanak yang lebih berusia, jadi kami ingin menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang lebih muda. Dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi terpilih yang terbaik dan berkesan, tujuan rangkaian Little Lady adalah untuk memelihara kulit kanak-kanak dengan baik. Proses kawalan kualiti yang terperinci memastikan bahawa produk akhir mencapai piawaian yang ditetapkan dan ibu bapa memperoleh produk terbaik yang mengandungi bahan-bahan semula jadi serta lembut dan selamat digunakan untuk anak-anak mereka.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Watsons Malaysia atas kerjasama yang lancar bagi majlis pelancaran produk terbaru kami. Kerjasama ini dapat merealisasikan visi kami untuk menjadi kenyataan. Dengan rangkaian penjagaan kulit BZU BZU Little Lady yang tersedia di Watsons Malaysia bersama promosi menarik yang ditawarkan, kami percaya bahawa produk kami dapat menjangkaui lebih ramai pengguna pada masa hadapan.

Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia

Memandangkan Watsons sedang memperluas pilihan produknya untuk memenuhi keperluan semua, ini memberikan peluang terbaik untuk Watsons dan BZU BZU membina kerjasama eksklusif dengan pelbagai rangkaian produk yang ditawarkan kepada para pelanggan kami. Watsons menyasarkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur dengan menyediakan pilihan produk yang lebih banyak dan memenuhi keperluan setiap golongan usia dengan rangkaian penjagaan kulit Little Lady BZU BZU.

Sewaktu majlis pelancaran, BZU BZU menganjurkan pertandingan pertunjukan fesyen untuk kanak-kanak kecil menonjolkan bakat mereka. Pertunjukan fesyen itu mempamerkan peserta-peserta berpakaian kostum ikan duyung, berjalan dengan anggun di pentas peragaan untuk memenangi pertandingan itu. 5 peserta terbaik adalah Teh Yih Han, Aurelia, Somi, Nik Ufaira Maureen, dan Olivia. Setiap pemenang tersebut berjaya membawa pulang sebuah trofi dan hamper Little Lady. Para peserta lain juga diberi pingat dan hamper Little Lady sebagai cenderahati atas usaha dan penyertaan mereka.
Little Lady Facial Cleansing Mousse (100 ml)
Dirumus dengan Prebiotik, Mousse Pembersih Wajah ini ialah ejen pembersih semula jadi 100% yang menggalakkan kulit yang lebih sihat dan memulihkan penghalang semula jadi kulit. Mousse ini diperkaya dengan Vitamin B Kompleks yang berasal daripada Dedak Beras Jepun untuk membantu meredakan kulit dan mengandungi Gula Kompleks tambahan yang menjadikan kulit lebih lembut, licin serta dilindungi daripada ternyah hidrat. Secara keseluruhannya, buih pembersih wajah ini lembut dan berfungsi untuk menghilangkan kotoran dan sebum dengan berkesan untuk mencegah jerawat.

Little Lady Facial Cream (50 ml)
Krim wajah ini dirumus dengan 95% bahan semulajadi dan berasaskan tumbuhan serta tidak berminyak. Ia mengandungi pelembab semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia kasar seperti Talc, Paraben, Silikon, Asbestos dan Formaldehid. Padat dengan Prebiotik dan Gula Kompleks bersama bahan-bahan lain yang memperkaya, formula ini membantu untuk menghidrat, melindungi dan memulihkan kulit.

Little Lady Body Lotion (120 ml)
Losyen badan ini sesuai untuk kegunaan harian dan dilengkapi dengan Prebiotik, Vitamin B, Mentega Shea dan hidrolisis protein susu. Ia terhasil daripada formula ringan yang tidak berminyak dan mempunyai sensasi sejuk untuk melegakan ketidakselesaan kulit. Dengan memberi penekanan untuk menghasilkan produk terbaik melalui beberapa peringkat penyelidikan dan pembangunan, losyen ini dirumus untuk menguatkan mikrobiom kulit dan meningkatkan kesihatan serta tekstur kulit. Losyen ini juga menggalakkan tona kulit sekata, kaya dengan Vitamin A dan E yang melembabkan, melembutkan, dan melindungi kulit, serta meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan keradangan.

Harga dan Ketersediaan:
Nikmati tawaran eksklusif hanya di Cawangan Watsons Malaysia terpilih:
Untuk Semenanjung Malaysia, nikmati diskaun dari 3 Ogos 2023 hingga 4 September 2023
Untuk Malaysia Timur, nikmati diskaun dari 10 Ogos 2023 hingga 11 September 2023

Promosi Dalam Kedai
Untuk promosi di Cawangan Watsons Malaysia terpilih, nikmati tawaran eksklusif berikut:

Little Lady Facial Cleansing Mousse (100 ml): 
Harga Biasa - RM 39.90
Harga Bukan Ahli - RM 37.90
Harga Ahli - RM 35.90

Little Lady Facial Cream (50 ml):
Harga Biasa - RM 49.90
Harga Bukan Ahli - RM 46.90
Harga Ahli - RM 44.90

Little Lady Body Lotion (120 ml):
Harga Biasa - RM 29.90
Harga Bukan Ahli - RM 28.90
Harga Ahli - RM 26.90

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian penjagaan kulit Little Lady, lawati: https://bzubzu.my/

Mengenai BZU BZU
BZU BZU - berasal daripada perkataan Perancis ‘Bisou’ yang bermaksud 'ciuman penuh kasih sayang' - ialah jenama penjagaan keluarga dari Singapura, yang diasaskan pada 2019 ketika pandemik dengan matlamat untuk mencipta produk penjagaan kanak-kanak dan keluarga untuk setiap golongan usia menggunakan bahan-bahan semula jadi dan berkhasiat yang berkesan dan selamat digunakan pada kulit sensitif. Semenjak itu BZU BZU telah mengembangkan populariti dan keyakinan dalam kalangan ibu-ibu Malaysia, merangkul anugerah termasuk 2021 Supermom Awards untuk Penjagaan Kulit Terbaik untuk Bayi, memenangi dua kategori dalam anugerah 2021 BabyTalk Reader’s Choice Awards dan terkini, dianugerahkan sebagai Penjagaan Kulit Sensitif Bayi Terbaik daripada Motherhood 
Choice Awards 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di https://bzubzu.my/.




Post a Comment

1 Comments