Hilangkan Bosan Bersosial Media, Layan Permainan Atas Talian Plays.org

Hilangkan Bosan Bersosial Media, Layan Permainan Atas Talian Plays.org | Terkadang bosan juga seharian buat kerja rumah yang tak akan habis, memasak dan menjaga anak-anak. Kalau namanya emak, memang itulah yang digalas dan diuruskan setiap hari tanpa jemu. Terkadang rasa stress dan penat bila datang mood tak baik tu. Layan lah sekejap social media buat rehatkan badan dan otak ni.

Tetapi, sekarang ni dah rasa malas nak tengok social media sebab banyak sangat benda negatif yang boleh buat kita lagi stress. Nak tak nak cari solusi lain untuk rehatkan fikiran dan bermalasan dengan permainan online Plays.org.

Apa itu Plays.org?

Rasanya ramai diantara kita tidak kira uasia yang suka dengan permainan atas talian atau online. Tidak dinafikan, Liez pun terjebak dengan permainan online, ehhh even mama mertua Liez pun layan main permainan online.

Nak dijadikan cerita, bila google terjumpa website Plays.org. terkejut Liez, sebab ada beribu permainan atas talian boleh dimain secara PERCUMA!! Tetiba mengamit kenangan dia zaman persekolahan dulu, even masa mula bekerja pun Liez berebut nak main permainan di komputer dengan ayah.

Pilihan Kategori Permainan di Plays.org

Kalau ditengokkan dari website www.plays.org, wah banyak ye games di situ. Naik rambang nak main yang mana satu. Kalau Liez yang dewasa ni tak tahu nak main apa, anak-anak lagi lah. Rambang mata diaorang nak main semua games yang ada. Kalau ikutkan, nak main semua ye.


Education Games

Education games yang sesuai untuk anak-anak kecil dari usia 3 tahun hingga 6 tahun. Ada pelbagai permainan antaranya ABC Tap Tap Bird, Animals Shadow, Animals Words, Catch the Fish dan banyak lagi.

Najla layan Animal Words Learning, dimana kena letakkan nama haiwan yang diberikan ke arah gambar haiwan tersebut. Excited ye si kecil ni ye bila jawapan dia betul. Mama pulak naik syok nak join.

Board Games

Permainan yang famous zaman dulu-dulu tapi bukan main di komputer tau. Usunglah kotak dam ular, ajak kawan-kawan main. Terpekik jerit bila ada yang menang dan kalah.

Board games di Plays.org memang ada bermacam-macam jenis. Ada Snaked and Ladders, Chess, Domino, Ludo dan banyak lagi. Liez pun suka board games sebab ia mengembalikan kenangan dan memeri indah zaman dulu.

Cartoon Games

Pilihan anak-anak Liez. Dalam Cartoon games, ada bermacam jenis permainan dari karektor cartoon seperti Ben 10 Alien Rush, Batman Street Force, PowerPuff Girl dan banyak lagi. Permainan semua mudah sesuai untuk kanak-kanak. Tengoklah si abang, dia punya seronok siap gelak mengekek-ngekek lagi.


Sudoku

Pilihan utama Liez. Serius Liez in love dengan Sudoku sejak diperkenalkan oleh Maksu Liez. Layan usung buku, layan jawab time naik tren, tunggu bas. Sekarang dalam Plays.org pun ada Soduku, tak perlu nak usung buku dah. Main terus dari telefon bimbit je.

Dan yang kedua, Cooking games. Serius ini boleh buat lupa diri kalau dapat main. Dulu kena install dalam Google Play kan, tapi sekarang main je di Plays,org. Mudah!

Jom Main Permainan PERCUMA Di Plays.org!!!

Korang.... memang best sangat main games di Plays.org ni, mengimbau kenangan sungguh. Rasa muda pulak!! Sesekali kita release tension dan penat seharian dengan Plays.org ni.

Boleh dimainkan pada telefon seperti Apple iPhone, telefon bimbit Android seperti Samsung, tablet seperti iPad atau Kindle Fire, komputer riba dan komputer desktop Windows. Plys.org i berfungsi dalam Apple Safari, Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Opera dan pelayar web moden yang lain.


Post a Comment

0 Comments