Short Trip ke JB, Jadi Peneman Mertua Dan Adik Ipar (Part 01)

Short Trip ke Johor Bahru, Jadi Peneman Mertua Dan Adik Ipar (Part 01) | Lama dah tak bercuti, jalan-jalan makan angin tau. Kali terakhir rasanya masa raya tahun kami bercuti ke Lexis Hibiscus Port Dickson. Actually banyak dugaan dan pengalaman pahit Liez dan encik suami lalui pada hujung tahun hingga bulan Julai tahun ini. Alhamdulillah, Kami bersyukur segalanya dapat diatasi.

Balik kepada tajuk kita, nak dijadikan cerita masa balik bercuti ke Ipoh masa cuti sekolah baru-baru ni. Mama minta bantu Liez if dapat jadi peneman memandu untuk bawa adik ipar Liez ke JB atas urusan kerja. Sebelum ini, arwah baba yang memandu untuk bawa adik ipar bekerja luar kawasan. Seronok arwah sebab boleh jalan-jalan cari makan sama. Adik ipar Liez tak boleh memandu jarak jauh atas sebab kesihatan, mama boleh memandu tapi kita taknak lah dia memandu untuk jarak yang jauh. So, Liez follow sekali. Kebetulan mak ayah Liez memang stay seminggu di rumah Liez, Liez minata tolong tengokkan kakak dan abang sebab diaorang kan sekolah. Jadi untung si kecil Najla, dapat follow kami.

Hari pertama (Khamis)
Sepatutnya plan nak gerak ke JB jam 10 pagi, tetapi adik ipar ada kerja yang perlu diselesaikan dan belum mendapat pelepasan untuk bergerak ke lokasi, Akhirnya jam 1.57 petang baru kami bergerak ke sana. Liez memandu, alhamdulillah cuaca dan aliran trafik sangat lancar di highway cuma sesak nak keluar dari Batu Caves ke Sungai Besi. Lama betul nak keluar dan kami sampai di R&R Air Keroh untuk berhenti lunch jam 4 petang. Sempat makan A&W buat lapik perut sebelum menyambung perjalanan ke JB. Akhirnya kami sampai di JB jam 7 petang. 

Tapi sebelum kami ke hotel, kami singgah ke Hard Rock Cafe Puteri Harbour. Mama dan adik ipar nak shopping beli souvenir. Biasalah kalau ke Hard Rock, mencari t-shirt atau souvenir lain yang popular di situ. 


Kemudian, kami mencari tempat makan malam pula. Kami decided nak makan ala steamboat, tempat favourite arwah baba suka makan. Sebelum ini, dia berada di sekitar padang berhampiran Akademi Bola Sepak JDT tetapi sudah berpindah ke Bandar Baru Uda. 


Lepas dinner, terus kita check-in hotel. Hotel pilihan ialah Thistle Hotel JB, hotel favourite Liez dan Liez pernah check-in pada tahun 2008. Waktu tu Liez berkerja dengan A'Famosa Resort sebagai Sales person.
Hari Kedua (Jumaat)
Bangun pagi dan bersiap untuk sarapan pagi. Adik tak ambik sarapan di hotel tetapi kami nak jelajah makan di sekitar hotel. Sempat kami sarapan di Rumah Mas sebelum menghantar adik ke ofis lawyer. Biasa lah, adik ipar Liez memang food hunting so dia cari kedai-kedai yang dia rasa best untuk dicuba. Tengoklah dia order makanan, memang jenuh nak makan. Viral menu Daging Harimau menangis, Laksa Johor, Nasi Goreng Daging, Roti telur goyang dan roti kukus kaya pandan. Semua sedap terutama sekali daging harimau menangis dan Nasi goreng daging. memang korang kena cuba.

Lepas kenyang, terus Liez drive hantar adik ke ofis. Mama tanya kita nak kemana pula lepas ni sebab plan nak ke Hello Kitty terpaksa dibatalkan. Rupanya, Hello Kitty dan bertahun tutup guys!!!! Frust ye korang. Mama pun cakap di teringin nak ke Tanjung Piai sebab dah lama dia nak pergi tapi masa arwah baba ada, baba taknak ke sana.

Liez pun google nak tahu jauh mana Tanjung Piai tu dan terkejut sebab tak lah jauh mana. 45 kilometer, lebih kurang 45 minit. Apa lagi, Liez pun terus drive ke sana. Nak jadi cerita, Najla sibuk nak mama, nak mama. Aisshhh.. anak kecik ni dia memang akan buat perangai if dengan orang yang jarang dia nampak. Jadinya, separuh jalan, Mama drive sampai ke sana. Rupanya Najla nak tidur, sebab tu meragam.
Sampai ke di Tanjung Piai, syukur sebab orang tak ramai tetapi panasnya...uisshhhh terik guys!! Redah juga sebab kalau tak pergi sekarang bila lagi kan.. Liez pakaikan Najla topi untuk kurangkan kepanasan tu. Berseronoklah kami bertiga dengan Tanjung Piai walaupun panasnya, berbelah tangan ye..

Masa gerak balik ke JB, kami singgah lepak minum Kedai Kopi Tenggek. Kedai yang viral sebab menjadi pilihan Sultan Ibrahim dan kerabatnya. Kopinya macam kopi Vietnam je, dan Liez memang tak minum kopi hitam (kopi kampung) tu. Mama order kopi Tenggek, Liez order air oren.
Sambung balik ke JB dalam keadaan letih sebab cuaca panas sangatkan. Tapi sempat kami singgaj ke Pasar Larkin, port favourite mama dan baba makan kacang pool Haji. Port makan macam foodcourt penuh dengan makanan seperti Nasi briyani, goreng pisang kuah cili kicap, Laksa Johor, Mee rebus dan banyak lagi. Target Liez nak makan kacang pool haji sebab Liez memang tak pernah cuba menu kacang pool selain yang Liez masak sendiri. Alhamdulillah dapat makan kacang pool Haji dan Liez rasa sedap. Boleh jadi favourite!! Tapau nasi briyani untuk Najla dan mama nak makan pisang goreng kuah kicap. Perggghh sedap ye kuah kicap dia, memang ngam dengan goreng pisang.

Sampai hotel dah jam 4 petang,mandi, solat dan rehat sementara menunggu adik balik kerja. Tapi dia lepak dulu dengan geng di KFC berhadapan hotel ni. Dapat rehatkan badan sekejap sebelum plan seterusnya.

Bersambung......... Part 02




Post a Comment

0 Comments