Pasang Net Pada Grill Balkoni - Detik Cemas Monyet Cuba Menerkam

Pasang Net Pada Grill Balkoni - Detik Cemas Monyet Cuba Menerkam | Detik cemas semalam petang bila ada seekor monyet memanjat dan berhenti di balkoni rumah kami. Kebetulan si kakak dan si adik tengah layan tengok tv, Liez di dalam bilik dan ayah Liez dekat dining table. Terkejut Liez dengan bunyi sliding door di tutup dengan kuat dan si kakak menjerit-jerit sebut monyet. Yang si adik ikut sama menjerit ketakutan.

Liez pun kelam kabut keluar dari bilik dan ke depan. Anak-anak menjerit ketakutan sebab monyet tu tak lari pun dari balkoni tu. Ayah Liez pun cuba gertak dia tapi dia buat tak tahu je. Berkali-kali kami cuba halau tapi sekali tu dia terus melompak ke arah kami dengan garangnya. Taring dia memang panjang ye!!! Anak-anak menjerit-jerit takut.

Tak lama lepas tu dia turun ke bawah dan hilang entah ke mana. Tak tahulah rumah siapa pulak yang jadi lokasi dia. Yang terkejutnya Liez, bila tengok 1 sliding door boleh terkeluar dari raillingnya.. Betapa kuatnya anak Liez tolak sampai terkeluar pintu tu disebabkan terkejut. Jadi hal pulak Liez dengan ayah Liez gagah pasang balik. Tapi kudrat ayah tak kuat macam tu, so kami berjaya masukkan balik tetapi tak dapat ditolak dengan betul. Ketat jadinya, dan Liez suspect dia tak terletak betul diatas rodanya. Dengan kudrat ayah dan Liez ni memang susah sikit nak buat. Tunggu encik suami balik petang untuk tengokkan balik.

Sebelumnya pernah je monyet tu dah masuk dalam rumah Liez. Waktu tu, Liez di dalam bilik si abang tengah mengemas baju-baju lama untuk di simpan. Kakak dan adiknya di ruang tamu layan tv. Tengah mengemas, Liez angkat muka nak pandang luar bilik tiba-tiba ternampak sosok monyet dah ada di dining area tengah jalan terhendap-hendap. Liez apa lagi, menjerit sekuatnya. Dia terkejut, terus lari masuk bilik si kakak dan keluar melalui tingkap bilik. Yang anak-anak terkejut tanya Liez kenapa. hehehe.. memang diaorang tak perasan pun monyet tu masuk. Dan Liez suspek monyet tu masuk melalui tingkat bilik kakak tu juga sebab monyet tu terus lari keluar dari situ.
Dah lepas kejadian tu, si kakak trauma dan kerja dia tutup semua tingkap, pintu bilik semua ditutupnya. Yang mama baba dia bising, rimas sebab duduk rumah bertutup. Berkuap udara tak keluar masuk.

Masalah Monyet Masuk Rumah Tiada Kesudahan

Masalah monyet masuk dalam rumah residen kondo Liez ni memang dah biasa. Kerap residen-residen dekat sini update di FB group dan Whatsapp komuniti kondo. Memang jahat sangat monyet-monyet ni. Masuk rumah ambil makanan dan sepahkan makanan-makanan tu.



Masalah monyet ni dah lama sebab kondo kami dibina berhampiran dengan kawasan bukit. Setiap hari memang boleh nampak monyet-monyet panjat bumbung townhouse, masuk rumah. Even setiap hari boleh tengok sekumpulan monyet selongkar tong sampah besar dekat belakang kondo.Bukan tak pasang pera

ngkap, awalnya ada juga monyet yang diperangkap. tapi lama-lama dia pun cerdik, tiada monyet yang masuk perangkap. Ada juga orang dari jabatan perhilitan datang untuk pasang perangkap tapi temui jalan buntu.

Even ada petua kata letakkan patung harimau. hahahaha ada je jiran yang letak tapi hmmmm tak dia endahkan nya.. relax je monyet-monyet tu mengadap patung tu.

Jadinya kena terima kehadiran monyet-monyet tu cuma Liez yang marah dan menakutkan bila ia masuk rumah.

Buat Keputusan Pasang Net Demi Keselamatan Anak-Anak dan Keluarga

Tapi disebabkan kejadian semalam, kami nekad pagi tadi untuk beli net dan pasang di grill balkoni. Demi keselamatan anak-anak dan juga pengudaraan rumah ni. Kalau tidak memang semua tingkat, sliding door ditutupnya. Plan nak pasang invisible g
rill tapi tunggu budget cukup ye. Insya-ALLAH ada rezeki memang nak pasang nanti.

Pagi tadi selepas breakfast dating dengan encik suami, kami ke kedai hardware untuk beli net. Alhamdulillah dah lega sebab dah pasang net dan anak-anak rasa selamat. walaupun yang si kakak masih takut-takut dan biarkan sliding door terbuka.

Bila siap pasang net, Liez cakap dengan encik suami. dah macam kita pulak yang kena duduk dalam kurungan, bukan monyet-monyet tu hahahahaha



Post a Comment

4 Comments

  1. Dekat rumah mak, monyet datang dengan geng ambil barang yang ada dekat porch kereta. Makanan kucing dalam plastik siap dengan bekas makanan habis diangkutnya..terpaksa pulak mak kasi makanan kucing kat dalam rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diairg ni ambik mkn sikit je, selebihnya buat sepah, rosakkan.. jiran² dok bising kata habis makanan diaorg tabur satu rumah

      Delete
  2. lepas ini monyet pulak senyum dari luar melihat orang kena kurung ...spesies monyet akan serang kawasan perumahan sebab mereka kelaparan..bahaya untuk kanak-kanak...cara terbaik hapuskan atau pindahkan monyet ke habitat semula jadi mereka dengan bantuan majlis PBT

    ReplyDelete
  3. monyet mmg boleh jadi agresif. bagus la Liez buat keputusan pasang net tu utk ketenteraman sekeluarga..

    ReplyDelete