Shopee Live Membolehkan Penjual Keropok Lekor dari Terengganu Memiliki Rumah Sendiri

Shopee Live Membolehkan Penjual Keropok Lekor dari Terengganu Memiliki Rumah Sendiri | Keropok Mfaizz Mempopularkan ‘Packing Secara Live’

Muhammad Faizz bin Pausan Arif dari Terengganu, pemilik dan pengusaha Keropok Mfaizz, adalah salah seorang penjual terbaik Shopee Live luar bandar yang telah memecah rekod dengan lebih RM500,000 keropok lekor terjual dalam masa tiga bulan. Setiap jam 8 pagi di Shopee Live, beliau merupakan penjual yang ditunggu-tunggu penonton untuk mereka menyaksikan Muhammad Faizz membungkus keropok untuk penghantaran segera dalam siri ‘Packing Secara Live’ beliau.


“Saya amat gembira kerana Shopee Live telah mengubah hidup saya - sebelum ini, saya tinggal bersama ibu saya dan jualan saya terhad dengan pelanggan yang boleh datang ke kedai luar talian saya. Dengan Shopee Live, saya berjaya membina rumah sendiri, memiliki aset sendiri, dan sekarang saya mampu untuk menanggung keluarga saya,” kata Muhammad 

Faizz yang kini memiliki kilang sendiri dan memproses 1 tan daging ikan setiap hari. Terkini, beliau sedang merancang untuk menambah kapasiti pengeluaran tambahan untuk memenuhi permintaan pelanggan strim langsung.

Pengajaran terbesar beliau: isi kandungan adalah amat penting. “Berdasarkan pengalaman saya, penonton mudah bosan dengan jenis isi kandungan yang sama, jadi saya selalu mencuba cara baharu untuk meningkatkan keterlibatan mereka. Saya pernah buat isi kandungan secara langsung tentang bagaimana untuk membuat keropok, dan saya menerima sambutan yang sangat memberangsangkan… sebelum jumlah tonton menurun. Kemudian, saya buat promo beli lima bungkusan keropok lekor dan dapatkan sos cili buatan sendiri percuma, tetapi jualan masih kurang memberangsangkan. Apabila saya cuma buat kandungan dengan hanya menunjuk produk yang saya ada, saya kehilangan penonton dan jualan. Setelah saya membuat kandungan ‘Packing secara Live’ saya memecah rekod jualan ketika 11.11 baru-baru ini kerana pelanggan suka melihat produk mereka dibungkus secara langsung dan bersedia untuk dihantar. Saya sentiasa mencari idea baharu untuk membuat isi kandungan baharu.’

Muhammad Faizz menjelaskan beliau lebih menonjol daripada penjual strim langsung yang lain dengan memilih slot 8 pagi di Shopee Live: 
Rakyat Malaysia suka makan keropok lekor yang segar, jadi saya tunjuk penonton di waktu pagi bagaimana saya campur 20kg daging ikan selayang tanpa tulang dengan 10kg tepung sagu, kemudian goreng dengan ramuan sedap lain secara langsung sehingga ianya separuh masak, dan kemudian saya pek vakum bungkusan untuk kurier mengambilnya pada waktu tengah hari. Apabila pelanggan menerima bungkusan dalam masa dua hari, mereka boleh menggorengnya sekali lagi untuk makan.

Kebanyakan pesaing Muhammad Faizz di Terengganu merupakan penjual keropok luar talian yang terpaksa menunggu sehingga waktu cuti sekolah untuk melihat hasil jualan yang lebih memberangsangkan. Tetapi Muhammad Faizz memilih untuk jual dalam talian dan telah menjual lebih 18,000 pesanan kepada pelanggan seluruh negara, kebanyakannya dari Selangor dan Johor sejak menyertai Shopee Live pada Mac 2023. Yakin dengan platform dalam talian, Muhammad Faizz beraspirasi untuk pergi lebih jauh dan menjadi peniaga keropok dalam talian terbaik di Malaysia.
Dengan jumlah trafik yang pesat dan kadar pertukaran aktiviti pembelian yang tinggi, saya boleh jimat kos pemasaran di Shopee Live. Rancangan saya adalah untuk tambah sesi Shopee Live, tambah kapasiti pengeluaran dan mesin jadi saya boleh berstrim langsung dengan lebih lama, dan mengambil hos yang boleh mengganti saya bila perlu.

Kejayaan Muhammad Faizz terbukti memberi manfaat kepada komuniti tempatan. Beliau mendapat bekalan daging ikan dari nelayan di Terengganu untuk membuat keropok lekor, keropok ikan putih dan keropok segera. Terkini, beliau telah mengambil 25 pekerja dari komuniti beliau untuk membantu proses pengeluaran dan pembungkusan, dan turut motivasi empat adik-beradiknya (yang juga penjual keropok) untuk meniaga dalam talian.






Post a Comment

1 Comments

  1. Kereeen Abang niiiih 👍👍👍👍. Dia kreatif dalam melakukan live. Dan selalu cari cara untuk menaikkan traffic pengunjung 👍❤️. Seandainya saya di Malaysia, dah ikut pesan juga KEROPOK lekor dia 😄😄

    ReplyDelete