Terawal Jelajah Dinosaur Encounter World Di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak

Terawal Jelajah Dinosaur Encounter World Di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak | Syukur alhamdulillah diberikan kesihatan dan bernafas untuk tahun 2024 ini. Masih belum lambat untuk Liez ucapkan selamat tahun baru 2024 untuk semua sahabat-sahabat blog Liez.
Silverlakes Village Outlet

Jalan-Jalan Ke Batu Gajah

Cuti sekolah 2 minggu lepas, Liez dan family sempat menjadi yang terawal jelajah Dinosaur Encounter World Di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah. Ia dirasmikan pada 15 Disember 2023 dan kami ke sana pada 17 Disember 2023.

Sesampai di Ipoh, terus Liez dan encik suami decide nak bawa anak-anak pergi sana. Kebetulan mama mertua ada kenduri di KL, akan balik Ipoh petang nanti. So kita lepak dulu sebelum balik ke rumah. Sesampai di sana sekitar jam 12 tengahari. Orang pun tak ramai, lagipun masih maru lagi dibuka kan..

Kami terus berjalan masuk. Masih belum ada outlet yang dibuka disini, cuma ada flea market di hadapan pintu masuk dan juga beberapa tempat untuk anak-anak bermain kereta=kereta comel sekitar kawasan itu.

Harga Tiket Masuk 

Harga tiket masuk ke Dinasour Encounter World boleh refer gambar dibawah. Bagi Liez kalau dikurangkan, lagi bagus. Boleh menarik lebih ramai pengunjung. Total hangus kami 5 beranak ialah RM100. RM30 seorang untuk dewasa dan RM25 seorang untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.

Masuk ke dalam memang luas dan banyak replika dinasaur di pamerkan. Yang best ianya bergerak. Anak-anak awal-awal macam takut-takut tapi lama-lama ok je. Apa yang nak di takutkan tak tahu lah...

Dinasaur Encounter CHECKED!!! Ada juga tempat yang dilawati sempena cuti sekolah pendek ni. Untuk cuti sekolah bulan dua ni tak tahu nak kemana lagi. Yang pasti Opah dan AyahChor diaorang dah tanya balik ke tidak.

Liez macam nak balik tapi belum decide lagi. Kalau balik, mertua Liez dah susun jadual untuk kami semua hahahaha...

Terawal Jelajah Dinosaur Encounter World Di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak

Kalau ada yang plan nak pergi nanti, boleh usha seperti dibawah
Instagram : Dinosaur Encounter

Lokasi:



Post a Comment

0 Comments