Semak Arah Kiblat Rumah Agar Tepat Dengan Khidmat Ahli Falak Negeri Selangor

Semak Arah Kiblat Rumah Agar Tepat Dengan Khidmat Ahli Falak Negeri Selangor | Alhamdulillah niat Liez nak panggil Ahli Falak untuk tentukan arah kiblat dirumah termakbul. Minggu lepas, akhirnya rumah Liez dikunjung Ahli Falak dari Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Guna Khidmat Ahli Falak Bertauliah Semak Arah Kiblat Rumah

Benda yang Liez dah niat lama dah. Sebelum ini Liez tentukan arah kiblat menggunakan aplikasi di telefon. Bila datang masa kita kena tentukan semula arah kiblat, selalu miss time tu. So guna la juga aplikasi untuk tentukan. Kalau ikut yang Liez tahu, darjah kiblat yang digunakan di Malaysia adalah di antara 291° hingga 293°. Itupun Liez tahu bila tengok TikTok Jabatan Agama Islam Perak.

Dua minggu lepas, Liez ternampak FB Jabatan Agama Islam Selangor menyiarkan tentang khidmat menentukan arah kiblat untuk kediaman persendirian, surau atau masjid. Liez pun isi details seperti yang diminta dan menunggu panggilan dari mereka. Dan selang dua hari, Liez terima Whatsapp dari seorang Ahli Falak dan membuat temujanji untuk datang ke rumah. Kebetulan, rumah Liez baru selesai proses renovation jadi memang sedang elok lah kalau nak datang.

Proses Tentukan Arah Kiblat Tidak Semudah Yang Disangka.

Hari yang di janjikan tiba. Tiba Ustaz Khairul Amin, orang yang akan membuat kiraan dan menanda arah kiblat. Liez tak cakap banyak, dan Tua Khairul terus sahaja membuat kerjanya. Di bawa bersamanay beg hitam agalk besar juga, tersimpan alatan untuk membuat kiraan dan penandaan nanti.  Bermula dengan melihat arah mata hari terbit di balkoni. Dan seterusnya beliau ke arah tangga tepi rumah Liez sebab nak tahu arah matahari.

Jadi selepas itu, dia membuat kiraan. Kalau tengok, macam susah juga beliau nak mengira sebagainya. Liez pun tak tanya banyak. Hanya sempat rakam video dan gambar sahaja.


Untuk melekatkan tanda arah kiblat, perlu menggunakan tangga. Kebetulan encik suami ada beli tangga untuk kegunaan kami di rumah, jadinya mudah untuk Tuan Khairul untuk memanjat.

Bayaran Untuk Khidmat Tentu Arah Kiblat Oleh Ahli Falak Negeri Selangor.

Selesai proses menanda arah kiblat, Liez buat bayaran sebanyak RM70. Ini termasuk servis dan juga 2 tanda arah kiblat sepeti pelekat tanda arah. Liez membuat penambahan 2 lagi pelekat tanda arah kiblat untuk 3 bilik tidur dan 1 di ruang makan.

Kalau ada yang memerlukan khdmat tanda arah yang lebih tepat Oleh Ahli Falak boleh hubungi Tuan Khairul Amin di 016-6271753 untuk membuat temujanji.



Post a Comment

1 Comments

  1. Bagus juga kalau pakar yang buatkan arah kiblat ni. Lebih yakin.

    ReplyDelete