RESEPI KERABU SUUN MUDAH

By Mrs Liez - 1:30 AM


RESEPI KERABU SUUN MUDAH | Hi korang~ masih mood beraya kan? Korang mesti banyak open house untuk dihadiri selagi tak habis bulan Syawal hihihi. Dekat ofis pun buat hari terbuka kan?  Memang melayan la hari-hari dengan rendang, ketupat, laksa, mee rebus bagai. Bila balik rumah dah tak tahu nak masak menu apa untuk makan malam keluarga.

 RESEPI KERABU SUUN MUDAH 
Liez pun lalui benda yang sama. Sampai naik bosan melayan menu-menu raya. So Liez akan sediakan hidangan yang simple dan mudah tapi sedap. Even Liez boleh layan makan macam tu je. Kenyang sangat.

Bahan-Bahan:
Suun (rendam dengan air panas dan tos)
Ikan bilis( basuh, tos dan goreng
Cili padi (hiris)
Kacang tanah (disangai atau digoreng)
Serai (hiris)
Bunga kantan (hiris)
Bawang besar (hiris)
Batang seleri (hiris)
Daun bawang (hiris)
Sos ikan
Jus limau nipis
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)

Cara penyediaan:
Gaulkan semua dalam mangkuk besar dan hidangkan.

Nota:
1. Kuantiti setiap barang ikut selera masing-masing. Kalau Liez suka ikan bilis, bunga kantan, bawang besar dalam kuantiti banyak.
2. Cili padi ikut kepedasan selera masing-masing.

Selamat mencuba!!

Nak cuba menu lagi sedap? >>>>>>>>>> RESEPI AYAM TANDOORI LAZAT


  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. sukaaa suuuun sedap. mnarik jugak ni penah try skali je buat yg krabu kacang panjang. nanti bebila rajin boleh cuba ni =D

    ReplyDelete
  2. Mudah je nak buat. Boleh cuba ni liez. Ana peminat kerabu no 1. Hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya... Apa2 jenis krabu semua akak suka :)

    ReplyDelete