Monday, February 25, 2013

Alhamdulillah...Akhirnya

Monday, February 25, 2013 0
Syukur kehadrat Illahi atas kurnian NYA kepada aku dan my Dearie.
Doa kami dimakbulkan olehNYA, Alhamdulillah selepas 2 tahun berkahwin.
Insyallah , kami akan menjadi Mama dan Baba tak lama lagi.
Yehoooo...excited giler..mcm nak lompat2 rasanya..hihihi

Tapi biasa la, bila mengandung je morning sickness memang tak dapat dipisahkan.
Memang mencabar la bagi aku yang first mengandung nie.
Tapi tue la, orang yang morning sickness awal-awal confirm kurus 
coz muntah je kerjanya kan
but me tak..badan naik mendadak angkara my dearie yang paksa makan.

Kononya doctor cakap, muntah-muntah nie sebab perut kosong dan bila 
lambat makan tue yang berangin. That's why bila makan kita akan muntah balik
makanan yang kita makan. Wallahualam...

After dengar advice doctor, terus my dearie jadi pakar nutrisi yang "berjaya"
He will make sure aku makan  pada masa dan waktu yang tepat.
Tue pun sebab dah kena sound coz slalu makan lambat.hahaha
PADAN MUKA !!!

So, makin menjadi-jadi la badan nie dimanjakan dengan makanan.
Sarapan, lunch dinner memang xpenah miss. 
Siap ader tea break berapa kali pun tak tahu la.
Hahhahaha.. 

Okla nanti next entry kita cerita pasal buku pink ye.
Tak sabar rasanya nak share.

Note:
Semoga baby akan sihat macam mama dan baba ye..



Sunday, February 24, 2013

Opppss..suami ku pitam !!!!!

Sunday, February 24, 2013 0
Nak story, malam new year my Dearie pitam pulakkk !!!
Tak tahu la tetiba leh jatuh macam nangka bushukk la..tp nasib heroin malaya
sempat sambut..hihihihi

Entah la tetiba je my Dearie pitam. Story nya bermula begini......

31 December tue memang ambik cuti sebab ader urusan dengan bank.So merendek
Sakan la kami berdua. Then masa lunch hour, g belasah makan dekat
kedai ikan bakar ribu-ribu.

Then balik umah buat tahi mata la apa lagi kan..
Tapi bila aku sedar dari tidur, tetiba kerajinan menerjah diriku untuk memasak.
Masak sambal tempoyak udang favourite my Dearie.Tue pun sebab
sikite tempoyak pemberian budak ofis dan udang.

So semangat la masak masa my Dearie still tido.tung tang tung tang kat dapoq..
Tadaa.... Siaplah sambal tempoyak udang favourite my Dearie resepi
My mama in law

So bila my Dearie sedar terus la menerjah makan. Ynag bestnya makan dengar
keropok bawang.entah fesyen ape tak tau hihihi.
Makan punya makan, sampai habis la.Dengan pedas yang melampau,
Sanggup jugak my Dearie makan sampai berfeluh-feluh.

So habis satu bab.. So malam tue, ader invitation BBQ dinner with our group
at Kemensah Height. So we're so excited nak pergi. After solat isyak,
Kami gerak la ke sana. But before that, my dearie dah muntah la.
Memang tue fashion dia, kalau makan banyak ke or perut kosong ke
memang akan muntah la..hihihi sorry cayang i story sikit je.

So bila sampai sana, aku macam biasa makan macam2 la..
Ader lamb, chicken, pastu asam pedas ayam la, mee rebus la, salad la
macam-macam ado. Tapi, my Dearie tak makan langsung.katanya kejap lagi dia makan
Tapi tengok dia macam tak selesa je. When i asked him, dia cakap pening-pening sikit.
So, aku dah gelabah la.. But still lagi ok leh sembang-sembang gelak.
But, sampai satu masa, i saw his face and lip jadi biru.
Aku ckp la dan tanya dia nape. So dia ckp memang tak sedap badan.
So decide nak balik la tak sempat nak celebrate new year dengan geng la nampaknya.

So, bila nak balik my Dearie nak g toilet jap. So aku pun rasa risau follow la dia dari belakang.
Tapi bila sampai dekat depan pintu toilet, KEDEBUKKK !!!!!
My Dearie jatuh dan ketika itu heroin dia sempat menyambut.

Dengan terkejutnya, aku jerit panggil cousin My dearie,  semua panic la dan terus
berlari ke dapur nak selamatkan my Dearie.
After bagi minum air, so my Dearie di bawak ke depan dan bagi tidur kejap.
Kasi tido 10 minit dan after that ok la, siap nak g tengok bunya api kat atas bukit lagi.
Lagi 8 minutes before pukul 12 malam, kami bergegas la dengan 2 kereta
Ke bukit berdekatan nak layan bunga api.


So itu la cerita pitam dimalam tahun baru My dearie ..
Hihihi panic jugak la sebab tetiba kan..
Ingatkan because of my sambal,tempoyak yang pedas tue.

Note:
Tue tanda-tanda tau....hihihi tanda ape..???
Jeng Jeng Jeng


Friday, February 22, 2013

1st Check up sudah !! (22 Feb 2013)

Friday, February 22, 2013 0
1st Check Up
Nervous sebenarnya bila nak check up nie..Ye la tak tahu ape yang diaorg nak check kan.
Siap ajak My Dearie teman kan..Padahal bukan boleh masuk pun,
tapi sekurangnya ader peneman kan..kan..kan
Actually check up buat dekat klinik kerajaan je. Nak pergi swasta buat
masa sekarang tak mampu lagi. Lagipun klinik kerajaan dah bagus.

Ok, first sampai je tengok punya la ramai ibu-ibu dan bakal ibu-ibu kat klinik.
Ader yang nak buat check up macam aku and ader yang nak buat check up untuk baby.
Sampai-sampai je ambik no dan terus pergi toilet ambik air kencing.
So harus di ingat no giliran dan juga no cawan bekas air kencing kita tadi.
Nanti nurse akan tanya masa nak ambik details kita.

2nd, nama kita akan dipanggil. Masuk dalam bilik dan nurse akan suruh kita timbang berat
dan jugak ketinggian. My weight adalah..hmmmm hmmmm rahsia..
Malu nak cakap sebab dah gemuk kan.huhuhuhuhu MENCIIII !!!!
Then nurse akan catit berat, ketinggian, tekanan darah kita.
Baru la dia akan suruh kita ke bilik satu lagi untuk ambil darah.

3rd, bila darah dah diambil, kita akan di interview serba sikit pasal kesihatan la.
Macam- macam dia akan tanya so jawab je la .. then dia akan suruh kita baring
untuk breast check up. Untuk kesan if ader ketumbuhan yang meragukan ke.
So senang untuk diaorg refer to doctor. Selepas tu baru masuk jumpa doc.
Doctor akan advice la ape yang patut dan yang tak patut.

4th, nurse akan suruh kita bawak sampel darah ke lab untuk check lebih detail la.
My darah semua ok so xde masalah. 
Lepas g lab, jumpa balik nurse untuk second appoinment.
But before that kena g dentist check gigi. Nasib klinik gigi dekat sini just sebelah je.
Aku sangat nervous sebab dah lebih 15 tahun tak jumpa doc gigi.
Tapi masa buat pemeriksaan gigi tue, just dia kira berapa gigi yang ader.
Tup-tup lepas tue, doctor tue offer nak cuci gigi..
Dengan pantas tanpa rasa takut terus je setuju.
Terus dibaginya kad appoinment utk cuci gigi nanti..
Hahhahaha..dalam takut-takut tapi setuju je bila doc nak cuci gigi
Hihihihihi

So lepas check up gigi, nurse set next appoinment 21 March 2013. 
Nurse pun bagi Obimin dan stop ambik asid folic sebab dalam obimin dah ader semua 
zat-zat untuk kandungan. Alhamdulillah semua selamat.

Tapi biasa la My Dearie, dia excited nak tahu baby dalam perut nie kembar ke tak.
Actually aku jugak seronok if dapat kembar. Lagipun dalam sejarah family kami,
dua-dua memang ader kembar.Pergi check up memang la xde scan lagi. Appoinemt for scan
pada 4 April nanti. TAPI...... My Dearie tak sabar terus je ajak g Klinik Norliza untuk scan.
Tapi after office hour la.

TADAAAAA... buku pink gua




Thursday, February 21, 2013

Tak sabar dah nak scan wahai My Dearie .....

Thursday, February 21, 2013 0
Tak sabar nak pergi scan. Masa kat klinik pagi tadi memang tak de scan.
Set appoinment untuk scan bila masuk 20 minggu je.
Dengan keexcitedan My Dearie, ptg after ofis kami meluru ke klinik Norliza di Melawati.
Bila masuk je dan bagi tahu nak scan terus je muka My Dearie berseri seri.
Aku pun sama sangat tak sabar katanya..hihihi

Ya Allah, kuasa NYA yang Maha Berkuasa dapat kami tengok baby kami bergerak aktif.
Dalam hati hanya tuhan je yang tahu betapa seronoknya.
 Nak menangis pun ader tapi control.
Dapat tengok dia bergerak dan denyutan jantung normal. 
Memang sangat happy. My Dearie siap snap pic.
Tapi lupa nak inform suruh record video, lagi best kan..

Tak pe, next scan 4 April nie insyallah nak rakam video.
Klau pic memang akan dapat copynya. Video tu la gi best sebab leh tengok dia bergerak.

NOTE:
Ape-ape pun, aku bersyukur diberi peluang untuk merasa kehadiran 
janin bernyawa dia dalam perut ini.
Semoga anak mama dikurniakan paras rupa yang sempurna dan baik akhlak.
AMINNNNNN........

Waktu ni anak mama baru 12 minggu..sangat aktif macam mama..hihihi