(REVIEW) TUALA COMEL DARI SULAMAN COMEL KAKNOOR



Gembira betul Niyaz bila Liez pakaikan tuala cantik dari Sulaman Kecik Kak Noor nie. Siap berebut lagi dengan Kakak Qaseh. Liez lagi la teruja. Disebabkan ada 3 helai tuala,Liez bagi 1 tuala untuk Niyaz, 1 untuk Qaseh dan 1 lagi untuk Liez simpan dalam bag galas. Lengkap betul set tuala ni.



Dan Liez juga puas hati dengan tuala ni. Liez memang agak memilih sikit kalau bab mencari tuala mandi. Bukan apa, ini untuk keselesaan anak-anak dan untuk memastikan badan kering sepenuhnya. Mesti nak cari tuala dari kain kapas 100%.


Niyaz gembira dengan kawan-kawannya

Liez nak promote tuala Sulaman Kecik Kak Noor yang sangat menepati citarasa Liez. Dengan design  design yang bisa membuatkan anak-anak seronok untuk menggunakannya. Hasil sulaman pada tuala juga sangat kemas dan teliti. Disamping penggunaan kain tuala dari 100% kain kapas yang lembut sesuai untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak. Untuk set bayi, didatangkan dengan 3 helai tuala iaitu tuala mandi, tuala muka dan sapu tangan. 




Sulaman Kecik Kak Noor menawarkan pakej tuala sulaman dengan harga yang sangat berpatutan dan yang penting sangat cantik dan selesa dipakai. Bukan sahaja sulaman tuala untuk bayi dan kanak-kanak tetapi boleh juga untuk pelbagai keraian seperti untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan. Boleh dijadikan hadiah untuk Hari Lahir,Hari Guru, Hari Bomba, Hari Ibu Bapa dan sebagainya. Dengan design yang menarik dan comel, boleh juga mengikut design mengikut citarasa dan selesa masing-masing.

Dan ada lagi...
Jika korang nak memenangi 1 set tuala sulaman boleh sertai Merdeka Contest yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Contest ini atas kerjasama blogger Sis Hawa.


KLIK BANNER UNTUK SERTAI CONTEST
Hadiah yang ditawarkan adalah 3 set Tuala Sulaman Pakej Family untuk 3 orang blogger yang bertuah. 

Jangan berlengah lagi sertai Merdeka Contest dan menangi Set Tuala Sulaman Comel KakNoor. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi KakNoor di

No tel: 012-4781909 (Whatsapp sahaja)
Blog: Sulaman Comel KakNoor
Facebook: Nooriha Hazemi
Instagram: Sulaman_Comel

Post a Comment

11 Comments